ASH 7

3.2K 116 4
                                    

"apa yang kau cakap tadi? isteri kau pegang kucing and then kucing tu terus mati dan lehernya berlubang, begitu?", soal faiz terkejut. "ya....", balas azroy sepatah. "jadi kau fikir isteri kau tu yang menggigit leher kucing tu sampai berlubang macam tu?", soal faiz. "ya...", balas azroy sepatah. "ahhh.... merepeklah kau ni... aku tak percayalah isteri kau tu buat kucing tu mati sampai macam tu sekali...", faiz menggeleng gelengkan kepalanya. "eh... aku tak merepeklah... aku cakap betul ni...", kata azroy. "tapi pernah ke kau nampak dia menggigit leher kucing tu di depan mata kau?", soal faiz. "tak pernah... tapi aku suspect dia yang menyebabkan kematian kucing tu...", kata azroy dengan pantas sekali. "this is ridiculous... mana ada seorang manusia menggigit leher binatang lalu menghisap darahnya... jikalau ada, itu bukan manusia biasa namanya tu...", kata faiz dengan dahi yang berkerut. mereka saling berbalas pandangan seketika. ketika mereka sedang berdiri di situ tiba tiba handphone azroy berbunyi dengan nyaring sekali. azroy pun segera menjawap panggilan di handphonenya. "hello...", azroy bersuara perlahan lahan. "hello... abang... maya ni... tolong saya, bang... ada orang datang ke rumah kita. mereka membawa senjata. mungkin mereka datang nak tangkap saya... saya sekarang sedang bersembunyi di dalam almari pakaian kita.....", kedengaran suara maya di hujung talian. dia bercakap dalam nada suara yang cemas sekali. "okay, sayang... sekejap lagi abang akan pergi ke sana...", balas azroy perlahan lahan. dia segera mematikan talian handphonenya. "ada apa roy?", soal faiz ingin tahu. "isteri aku dalam bahaya... ada orang yang bersenjata datang ke rumah kami. mereka mungkin nak menangkap isteri aku tu... aku pergi dulu iz...", cepat cepat azroy beredar dari situ. "tunggu dulu... biar aku ikut kau ke sana....", faiz bangun dengan kaki kanannya. dengan susah payah dia melangkah dengan bantuan tongkat kayu di celah ketiaknya. mereka bergegas menuju ke kereta milik azroy. mereka melangkah masuk ke dalam kereta tersebut.

di sepanjang perjalanan menuju ke rumahnya, azroy berdoa di dalam hatinya semoga maya tidak apa apa. faiz hanya duduk diam di sebelahnya. azroy memperlahankan keretanya sebaik saja dia sampai di kawasan perumahan malawati. dari jauh lagi mereka dapat lihat ada 3 orang lelaki sedang berdiri di luar pintu rumah azroy sambil memegang pistol di tangan. "aku rasa lebih baik kau berhentikan kereta kau kat sini, roy... biar aku pergi ke sana untuk alihkan perhatian mereka dan kau pula pergi jenguk isteri kau dalam rumah tu melalui pintu belakang...", cadang faiz. "good idea, iz... okay, aku pergi dulu....", cepat cepat azroy memberhentikan keretanya di tepi jalan kemudian dia melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. begitu juga dengan faiz. mereka berpisah haluan. azroy melangkah ikut jalan belakang. manakala faiz pula berjalan terhinjut hinjut menuju ke arah 3 orang penyangak itu. "er... encik bertiga ni nak cari siapa?", soal faiz sebaik saja dia berdiri di halaman rumah yang sunyi sepi itu. dia memandang wajah 3 orang penyangak tersebut silih berganti. 3 orang lelaki tersebut segera menyembunyikan pistol di tangan mereka. mereka bertiga hanya berdiri memerhatikan faiz. "er... encik ni siapa?", soal salah seorang lelaki itu. "oh... nama saya faiz... saya tinggal kat rumah hujung sana tu...", bohong faiz seraya menjuihkan bibirnya ke arah sebuah rumah terletak di hujung perumahan tersebut. "encik faiz, mana perginya orang yang tinggal dalam rumah ni?...", soal salah seorang lelaki itu. "oh... orang tu sudah pergi ke pusat bandaraya lipis awal pagi tadi. mungkin mereka pergi bershopping pagi ni.... dia pergi dengan di temani oleh seorang perempuan dengan menaiki kereta proton iswaranya...", bohong faiz. "betul ke ni?", soal lelaki itu lagi. "ya... betul encik... by the way, kenapa encik bertiga ni nak cari dia pula?", soal faiz ingin tahu. "oh... sebenar kami ni nak cari perempuan yang lari bersama dengan lelaki tu... buat pengetahuan encik perempuan tu sangat merbahaya. jikalau encik nampak lelaki tu balik ke sini bersama dengan perempuan tersebut tolong call kami di talian ini, ya...", lelaki tersebut bersuara seraya menarik keluar kad nama dan nombor telefonnya. "baiklah...", faiz menganggukkan kepalanya. dia mengambil kad kecil itu dari tangan lelaki tersebut. selepas itu mereka melangkah pergi dari situ.

sebaik saja 3 orang penyangak itu beredar dari situ azroy segera melangkah menuju ke arah rakannya. "oh... terima kasih faiz sebab kau tolong aku tadi.... kalau tidak aku tak tahu apa nak buat lagi...", kata azroy sambil memegang bahu kiri rakannya itu. "aku tolong korang setakat mana yang mampu aku tolong... anyway, aku rasa lebih baik korang jangan tinggal kat sini lagi... korang balik saja ke kampung. kat sini tak selamat...", kata faiz dengan wajah yang serius. "ya... betul juga kata kata kau... aku pun ada terfikir macam tu juga. lebih baik aku bawa isteri aku tinggal di kampung saja... hari ini juga aku bawa dia pindah ke kampung...", kata azroy dengan pantas. dia melangkah menuju ke rumahnya dengan di ekori oleh faiz. azroy membuka pintu dengan kunci pendua di tangannya. kemudian dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. faiz segera mengekorinya dari belakang. "maya... maya...", panggil azroy. kelihatan isterinya berlari keluar dari dalam bilik tidur mereka dengan airmata yang masih mengalir deras di pipinya. dia segera memeluk azroy sambil menangis. "kenapa awak menangis ni?... abang dah baliklah...", soal azroy. "saya takut bang... saya takut 3 orang penyangak tu datang dengan tujuan hendak menangkap saya...", kata maya sambil menangis. "jangan takut... mereka sudah pun pergi... mari kita packing semua barang dan pakaian kita... kita harus pergi dari sini...", kata azroy sambil meleraikan pelukannya. "oh... kita harus pergi ke mana bang?", soal maya sambil menyeka airmata yang mengalir di pipinya. " kita balik ke kampung... kat sana lebih selamat....", balas azroy dengan pantas. mereka segera packing semua kain baju mereka ke dalam beg. dengan di perhatikan oleh faiz. "cepat sikit packing barang tu... manalah tahu tiba tiba saja 3 orang penyangak tu datang ke sini lagi... naya kita jadinya...", kata azroy pada isterinya. "baiklah...", cepat cepat maya memasukkan ke semua pakaiannya ke dalam beg di tangannya. beberapa minit kemudian mereka pun siap packing semua barang barang yang mereka perlu bawa balik ke kampung. barang yang lain itu di tinggalkan dahulu di rumah tersebut. Apabila azroy merasa keadaan sudah aman barulah dia akan kembali mengambil semua barangnya dari dalam rumah sewanya itu.

setelah selesai semuanya mereka bergegas keluar dari dalam rumah tersebut dengan membawa beg pakaian masing masing. mereka melangkah menuju ke kereta milik azroy. semua barang di masukkan ke dalam bonet kereta. selepas itu mereka melangkah masuk ke dalam kereta tersebut. tidak lama kemudian kereta itu terus meluncur meninggalkan kawasan perumahan malawati. ketika mereka sedang berada dalam perjalanan menuju ke pusat bandaraya lipis tiba tiba muncul pula sebuah kereta hyundai di sebelah mereka. cermin hitam kereta tersebut terbuka perlahan lahan. kelihatan 3 orang penyangak tadi memandang ke arah mereka dengan pandangan mata yang marah. terkejut betul azroy, maya dan faiz apabila mereka melihat 3 orang penyangak itu mengejar mereka dengan kereta hyundai tersebut. "berhentikan kereta korang!... kalau tidak aku akan tembak korang....", bentak salah seorang lelaki tersebut. dia menghalakan pistolnya ke arah azroy tapi arahannya tidak di endahkan. malah azroy terus saja memecut keretanya dengan laju sekali sehingga dia berjaya meninggalkan kereta 3 orang penyangak tu di belakang. azroy memandu dengan kelajuan yang maksimum. satu demi satu kereta di hadapannya di potong dengan pantas. macam pelumba kereta rally pula lagaknya ketika itu. setelah dia memotong beberapa kenderaan di hadapannya akhirnya dia berjaya memandu keretanya lebih jauh dari 3 orang penyangak yang tak guna itu. Kereta hyundai tersebut tidak kelihatan lagi. Mungkin ianya sudah ketinggalan di belakang. Azroy menarik nafas lega. mereka kini sudah keluar dari kawasan bandaraya lipis yang sibuk itu.

"sorrylah iz... aku tak dapat hantar kau balik ke rumah kau... aku takutlah 3 orang penyangak tu pergi kerjakan kau pula. maklumlah mereka dah tahu yang kau bersuhabat dengan kami dalam perkara ni... jadi nampak gayanya kau kena balik kampung dengan kami...", kata azroy dengan pantas. "tak apalah... aku tak kisah pun jikalau aku terpaksa balik ke kampung bersama korang... bila keadaan sudah aman nanti barulah aku balik ke rumah aku...", kata faiz perlahan lahan. "oh... baguslah kalau macam tu... anyway, maaflah iz sebab aku libatkan kau dalam masalah kami ni...", kata azroy sambil memandu keretanya. "tak apalah roy... aku tak kisah pun jikalau aku terlibat dalam masalah korang... kawan yang sejati harus bersama dalam susah dan senang kan?", kata faiz sambil menepuk bahu kiri rakannya itu. "yeah.... thats right...", balas azroy sambil tersenyum lebar. malam mula melabuhkan tirainya. mereka masih dalam perjalanan menuju ke kampung setiu. entah macamana tiba tiba muncul pula suatu cahaya yang sangat terang di depan mata mereka. mata azroy terasa silau sekali. dia mula hilang kawalan. kereta yang di pandunya terus terbabas di dalam gaung. azroy dapat rasakan yang keretanya jatuh bergolek ke dalam gaung tersebut. seluruh alam terasa berputar putar. kepalanya terhantuk dengan kuat di atas siling kereta sebaik saja keretanya jatuh terbalik ke dalam gaung itu. antara sedar dengan tidak sedar kelihatan 3 lembaga menghampiri keretanya. pandangan matanya menjadi kabur dan kabur. akhirnya dia tidak sedarkan dirinya lagi....

ASH (PG13)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon