ASH 12

2.1K 88 7
                                    

"kau rasa mana satu terowong yang harus kita lalui?", soal faiz sebaik saja mereka berdiri di hadapan 2 terowong itu. "entahlah... kau rasa yang mana satu ar?", soal azroy pula. dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. mereka saling berbalas pandangan. masing masing merasa bingung. tak tahu mana satu terowong yang harus mereka lalui. ketika mereka sedang berdiri dalam kebingungan di situ tiba tiba saja pintu lif tersebut terbuka dengan luasnya. kelihatan beberapa lembaga berpakaian angkasawan meluru ke arah mereka. dengan sepantas kilat azroy menembak ke arah lembaga lembaga tersebut dengan menggunakan senjata yang di pegangnya. alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat senjata itu mengeluarkan cahaya laser berwarna biru. semua lembaga yang terkena tembakannya terus mati di situ juga. "what the hell?!... senjata apakah ini?", soal azroy kehairanan. dia memerhatikan senjata yang di pegangnya saat itu.

buat pertama kali dalam hidupnya dia memegang senjata yang menggunakan laser berwarna biru. tiba tiba saja dia merasakan bahawa dirinya tak ubah seperti berada di dalam cerita Star Wars yang selalu di tontonnya suatu ketika dahulu. di mana semua senjatanya berteknologi tinggi seperti itu. "tak ada masa untuk fikirkan itu semua... mari kita lari dari sini!!!!....", jerit faiz di sebelahnya. faiz, maya dan azroy pun terus berlari dari situ. mereka berlari masuk ke dalam salah satu terowong yang terletak tidak jauh dari situ. mereka berlari dan terus berlari sehingga akhirnya mereka terjumpa jalan keluar dari situ. "ada jalan keluarlah tapi pintu ni terkunci dari luar...", kata maya sambil mendekati pintu tersebut. "biar aku cuba tendang pintu tu dengan menggunakan kaki besi aku ni...", kata faiz. maya dan azroy berundur ke tepi. faiz berlari lalu di tendangnya pintu itu sehingga pintu tersebut terkopak dua. tercengang azroy dan maya di buatnya. faiz tersenyum lebar. tak sangka pula kaki besinya berguna di saat darurat seperti itu. setelah berjaya memecahkan pintu tersebut mereka segera berlari keluar dari situ.

mereka lihat suasana di luar agak gelap. tahulah mereka bahawa waktu ialah waktu malam. mereka segera bersembunyi di sebalik timbunan drum minyak yang ada di situ. kelihatan sebuah kenderaan yang boleh terbang meluncur lalu berhenti dekat dengan bangunan tersebut. tercengang azroy dan faiz di saat mereka memerhatikan kenderaan yang meluncur terbang bagaikan kenderaan dalam cerita Star Wars pula. "walaweh... kenderaan boleh terbanglah...", bisik faiz terkejut. "yelah...", bisik azroy cukup terkejut. terbeliak biji mata mereka dan terlopong mulut mereka di saat mereka memerhatikan kenderaan berteknologi tinggi itu. kelihatan 3 lembaga melangkah turun dari dalam kenderaan tersebut. mereka sedang melangkah sambil membawa masuk beberapa kurungan kecil binatang yang baru saja mereka bawa dari dalam trak tersebut. "habis pupus semua binatang mereka bawa ke sini....", bisik azroy. "nak buat macamana kan... itu memang makanan diorang...", bisik maya pula. azroy dan faiz terus memandang wajah perempuan tersebut. "eh... kenapa korang pandang aku macam tu pula?", soal maya separuh berbisik. "macamana kau tahu itu makanan diorang?", soal azroy ingin tahu. "aku tahu sebab aku pernah nampak diorang minum darah binatang tu semua....", balas maya dengan wajah selamba. "oooh....", balas azroy. dia tidak lagi mempersoalkan perkara tersebut. "sebaiknya kita lari dengan menggunakan kenderaan terbang tu...", bisik maya sebaik saja 3 lembaga tersebut menghilang dalam bangunan itu. "kalau kita naik benda tu pun belum tentu kita akan bisa memandu kenderaan seperti itu...", kata azroy pula. "jangan banyak cakaplah.... mari ikut aku...", maya bersuara sambil melangkah pergi dari situ. dia mula melangkah terjengket jengket menuju ke arah kenderaan tersebut. begitu juga dengan faiz. mereka melangkah dengan penuh berhati hati. mahu tidak mahu azroy pun terpaksa mengekori mereka dari belakang.

maya segera membuka pintu kenderaan itu lalu masuk ke dalamnya. faiz pun turut melangkah masuk dengan di ikuti oleh azroy di belakangnya. maya terus duduk di atas kerusi pemandu. tercengang azroy dan faiz ketika mereka berada dalam perut kenderaan tersebut. bagaikan tahu apa yang dia lakukan maya terus menghidupkan enjin kenderaan. ketika mereka sedang berada dalam kenderaan itu tiba tiba muncul 3 lembaga yang baru saja meninggalkan kenderaan tersebut di luar bangunan itu. mereka mengacukan senjata ke arah kenderaan dan memberi isyarat agar mereka keluar dari dalam kenderaan tersebut. "alamak... mereka dah tahu kita berada kat dalam kenderaan inilah... macamana ni? tentu mereka akan tembak kita dalam kenderaan ini....", tutur faiz dengan cemas sekali. "bertenanglah... korang duduk dan pasangkan tali keledar korang tu... this is going to be a wild ride....", kata maya. serentak dengan itu dia terus menekan turbo boost kenderaan tersebut. dalam sekelip mata saja mereka meluncur terbang dengan lajunya dari situ. "woaaaahhhhh!....." faiz menjerit kerana merasa gayat. manakala azroy pula hanya duduk diam di tempat duduknya. mereka kini berada jauh dari bangunan yang pelik reka bentuknya itu. azroy merenung wajah isterinya. dia lihat maya begitu mahir menggunakan kenderaan terbang tersebut. dalam diam dia merasa hairan. "maya... sejak bila pula awak pandai menggunakan kenderaan ni? awak macam dah biasa pula menggunakan kenderaan ni...", soal azroy setelah dia lama berdiam diri. "maya pandai sebab maya pernah tengok cara lembaga itu menggunakan kenderaan ini semasa maya di bawa lari ke sini... anyway, kenapa abang bertanyakan soalan macam tu pula?....", soal maya sambil memandu kenderaan tersebut.

"oh.... nothing... abang cuma bertanya saja...", balas azroy. tiba tiba, "geduuummmm!!!!...", tiba tiba kedengaran belakang kenderaan mereka di tembak oleh sesuatu. "oh.... shit!... this is not good... ada kenderaan lain mengejar kita dari belakanglah dan mereka membawa senjata.... mereka pasti akan menembak kita lagi...", kata faiz dengan cemasnya. maya pun terus memandu kenderaan terbang tersebut dengan laju sekali. kali ini dia memakai extra turbo boost kenderaan tersebut. bagaikan pelesit ianya meluncur laju meninggalkan kenderaan itu di belakang. "okay, honestly aku rasa kita ni macam berada dalam cerita Star Wars pula. ada senjata berlaser biru dan kenderaan boleh terbang ke udara.... man, this is too weird...", kata faiz setelah mereka berjaya melarikan diri dari di kejar oleh kenderaan misteri sebentar tadi. "yeah... you can say that again....", balas azroy di sebelahnya. "roy, cuba kau tengok kat sana tu...", faiz bersuara sambil menjuihkan bibirnya ke arah sebuah kota lama yang sudah lama hancur dan terbiar nun jauh di sana. Mereka memerhatikan kota tersebut melalui jendela kenderaan yang mereka naiki. azroy terkejut sebaik saja dia melihat kota besar yang hancur semua bangunannya. Kota tersebut kelihatan seperti baru saja terkena serangan bom yang dashyat pula. mereka terlopong di saat menyaksikan reruntuhan bangunan yang ada di situ. maya memandu kenderaannya di celah celah reruntuhan bangunan tersebut. tiba tiba saja azroy teringatkan mimpinya. kalau tak salah dia pernah bermimpi tentang kota lama ini. di mana dia bertemu dengan maya dalam keadaan perut yang memboyot. dia merasakan apa yang ada dalam mimpinya kini menjadi kenyataan. Jangan jangan dia sekarang memiliki kebolehan untuk melihat ke masa hadapan melalui mimpinya? Entahlah....

AUTHOR NOTE: dah banyak kali mizz cuba update cerita ni tapi masih gagal juga. Maklumlah line phone teruk sangat... harap kali ni ianya berjaya di publishkan....

ASH (PG13)Where stories live. Discover now