ASH 5

4K 141 7
                                    

untuk mengelakkan terjadinya perbuatan sumbang mahram terjadi di antara mereka berdua, kakak azroy iaitu marlina segera mencadangkan agar maya tinggal bersamanya di pekan meru. kebetulan dia perlukan pekerja baru di restorannya. jadi dia mengajak maya tinggal bersamanya. tanpa banyak soal maya bersetuju dengan cadangan marlina itu. azroy tidak banyak bersuara. dia ikut saja apa yang kakaknya katakan. keesokan harinya azroy segera pulang ke bandaraya lipis. manakala maya pula mengikut marlina pulang ke rumahnya di pekan meru. mereka berpisah haluan...

*** *** ***

"hello....."
"hello.... azroy, akak ni... akak nak tanya awak ni..."
"apa dia kak?"
"ini berkenaan bakal isteri awak tu... akak tengok dia berkelakuan pelik lah....."
"pelik?..."
"maksud akak?"
"dia macam tak nak makanlah bila akak ajak dia makan... tapi yang peliknya dia sihat walafiat biarpun tak makan seharian..."
"eh... betul ke ni kak?... mungkin dia on diet tak kak?... maklumlah orang perempuan kan suka berdiet..."
"tapi dia langsung tak nak makan... dia selalu terperap dalam bilik tidurnya. entah apa dia buat pun akak tak tahu..."
"mungkin dia malu makan dengan akak tak?... mungkin dia makan bila akak tak ada di sampingnya tak?..."
"entahlah... tapi akak rasa pelik semacamlah dengan dia tu..."
"ahh... akak ni... perasaan akak aje tu... saya tengok maya tu baik baik saja orangnya..."
"yelah tu... apa apa pun akak harap lepas korang menikah nanti dia tidak lagi berdiet macam tu... kalau dia asyik berdiet, memang kurus keringlah isteri kau tu nanti..."
"hm... yelah... yelah.... lepas kami nikah nanti saya akan pastikan dia makan selalu sehingga dia jadi gemuk macam belon..."
"yelah tu... anyway, akak hairan jugalah..."
"kenapa kak?"
"bakal isteri kau tu langsung tak ada kad pengenalan. bila di tanya ianya sudah hilang entah ke mana... bukan itu saja dokumen sijil lahirnya pun tak ada... jadi macamana korang boleh menikah kalau bakal isteri awak tu tak ada dokumen penting... jangan jangan bakal isteri awak ni orang asing tak?... maksud saya orang asing yang datang dari luar negara secara haram?"
"eh... betul ke kak dia tak ada kad pengenalan atau sijil beranak?"
"ya... betul... saya tanya dia tapi dia kata dokumen tu semua sudah hilang entah ke mana..."
"jadi macamana ni kak? kalau kami menikah kelak tentu akan timbul masalah tentang dokumen yang hilang tu... tentu tak ada pihak yang sanggup menikahkan kami..."
"itulah masalahnya sekarang... apa apa pun awak kena cari jalan untuk selesaikan masalah ni..."
"baiklah kak... saya akan cuba selesaikan masalah ni dengan segera...."
"er... akak terpaksa hung up dulu... akak nak drive kereta ni... sebenarnya akak nak balik ke rumah... er... talk to you later, bye..."
"bye...."
azroy meletakkan handphonenya di atas meja. fikirannya terganggu. "betul ke maya tak pernah makan? jadi macamana dia boleh hidup kalau tidak makan?... anyway, betul ke maya kehilangan kad pengenalan atau sijil beranaknya?... jadi macamana pula dokumen pentingnya itu boleh hilang?.... pelbagai persoalan mula muncul di benaknya.

*** *** ***

petang itu azroy pergi ke rumah kawan baiknya faiz. kelihatan faiz sedang duduk sambil melayari internet dalam laptopnya. sejak kawannya itu di timpa kemalangan di jalanraya tempohari dia hanya duduk melayari internet di rumah. kaki kirinya langsung tidak bergerak akibat di timpa kemalangan yang mengerikan itu. hanya isterinya saja yang bekerja di kedai buku atau majalah milik mereka berdua. walaupun faiz tidak dapat membantu isterinya di kedai buku tersebut namun dia dapat mempromosikan jualan buku atau majalah mereka di internet. ramai juga yang order buku dan juga majalah mereka secara online. itu pun di kira mendatangkan keuntungan juga. "hai... faiz...", sapa azroy sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah kawannya itu. "oh hai...", balas faiz seraya bangun dari tempat duduknya. tongkat di dinding di capai lalu di letakkan di kedua belah ketiaknya.

dia mula melangkah terhinjut hinjut dengan kaki kanannya dan juga bantuan 2 tongkat di celah ketiaknya. perlahan lahan dia duduk di sebelah azroy. "kenapa wajah kau ni nampak macam tak happy aje ni?", soal faiz sebaik saja dia terpandang wajah rakannya itu. "aku ada masalah sikit...", balas azroy perlahan lahan. "masalah apa pula ni?", soal faiz. mahu tidak mahu azroy pun terpaksa menceritakan pada rakannya itu tentang maya dan rancangannya hendak menikah dengan gadis tersebut. "wait for a second...", potong faiz dengan pantas. azroy berhenti bercakap. dia memandang wajah pemuda itu. "kau cakap kau baru saja berkenalan dengan gadis bernama maya tu tapi kenapa kau sanggup menikah dengan gadis tu padahal kau tahu dia sedang di buru oleh 3 orang lelaki yang bersenjata?", soal faiz separuh kehairanan. "entahlah... tapi aku merasa kasihan padanya faiz... aku terpaksa menikahinya kerana dia beria ia sangat nak tinggal dengan aku...", balas azroy. "tapi kau tak kenal gadis tu. kau tak tahu latar belakang nya. lagi pula kau cakap dia tak ada kad pengenalan ataupun sijil beranak... jadi macamana kau nak menikah dengan gadis seperti itu?... entah entah dia pelarian dari negara mana pun kau sendiri tidak tahu...", kata faiz dengan panjang lebar.

"tapi faiz, aku tak sampai hati nak kecewakannya... dia kata dia sanggup jadi isteri aku jika aku terima dia dalam rumahku. so aku pun terpaksalah cakap yang aku akan menikah dengannya....", balas azroy. "jadi, kau nekadlah nak menikah dengan gadis bernama maya tu?", soal faiz. "ya... tapi masalahnya sekarang maya tu tak ada kad pengenalan atau sijil beranak. .. macamana kami nak daftarkan pernikahan kami jikalau maya tak ada dokumen penting tu semua?", soal azroy separuh bengong. "korang menikah mengikut cara orang kampung sahajalah dengan berwalikan hakim.... cari tok kadi yang sanggup nikahkan korang tanpa berdaftar...", kata faiz. "Maksud awak pernikahan kami tidak di daftarkan di jabatan agama islamlah ni gara gara maya tak ada kad pengenalan, begitu?....", potong azroy. "ya begitulah... tapi sekurang kurang korang masih boleh menikah dengan cara begini kan?...", kata faiz. azroy terdiam di tempat duduknya. faiz memegang bahu rakannya itu. "sebaiknya kau berbincanglah dengan family kau dulu. tanya apa pendapat mereka tentang perkara ni... mungkin mereka ada idea lain untuk selesaikan masalah korang tu...", kata faiz. "hm... baiklah... aku akan bertanya tentang perkara ni pada family aku hujung minggu ni...", balas azroy perlahan lahan.

*** *** ***

malam itu azroy terjaga dari tidurnya sebaik saja handphonenya berbunyi dengan nyaring sekali.
"hello...."
"hello... azroy, akak ni..."
"oh... akak, apasal akak call saya tengah malam buta ni?"
"akak tak dapat tidur.... akak masih teringatkan peristiwa yang terjadi di rumah akak pagi tadi..."
"kejadian apa pula ni kak?"
"kucing kesayangan akak di jumpai mati di atas lantai dapur pagi tadi.... akak lihat leher kucing tu seperti di gigit oleh sesuatu. akak tak tahu apakah yang menggigit leher kucing tu sampai tak ada darah macam tu sekali..."
"hm... mungkin dia kena gigit oleh anjing tak kak?... maklumlah anjing kan banyak berkeliaran di kawasan pekan meru. tak mustahil dia kena gigit oleh anjing..."
"ahhh... mustahillah... takkanlah kucing tu di gigit anjing padahal kucing tu mati dalam rumah ni..."
"jadi akak fikir apakah yang menggigit leher kucing akak tu sehingga ianya mati?"
"entahlah.... akak sendiri pun tidak tahu... anyway, si maya dah kuburkan kucing yang mati tu di belakang rumah akak petang tadi...."
"eh... akak sendiri ke yang suruh dia kuburkan kucing tu?"
"tak.... dia sendiri yang pergi kuburkannya..."
"oh i see.... er, akak aku nak sambung tidur ni... aku masih merasa mengantuk lorh..."
"yelah... yelah... sweet dream ya, bye..."
"bye..."
tanpa memikirkan perbualannya bersama kakaknya sebentar tadi, azroy pun kembali melelapkan matanya.

*** *** ***

petang sabtu itu selepas habis waktu bekerja azroy segera menapak keluar dari bangunan syarikat bakti holding sendirian berhad. dia berkira kira hendak pergi ke pekan meru untuk bertemu dengan maya. dia fikir lebih baik dia berbincang dengan maya dan familynya tentang masalah yang masih belum di selesaikan. kepulangannya di sambut dengan baik oleh maya dan kakaknya marlina. begitu juga dengan kedua orang tuanya di kampung. malam itu selepas makan malam azroy pun mula berbincang dengan orang tuanya. setelah berbincang dengan saksama akhirnya mereka mengambil keputusan untuk meneruskan rancangan pernikahan mereka mengikut cara yang di katakan oleh faiz. bila tiba hari yang di nantikan mereka pun menikah dengan di saksikan oleh sanak saudara yang terdekat dan juga rakan baiknya faiz. walaupun pernikahan mereka di buat secara tertutup dan tidak ramai orang yang di jemput untuk menghadiri majlis pernikahan mereka namun ianya sudah cukup menggembirakan hati pasangan pengantin yang baru menikah itu. malam itu kelihatan azroy menikmati saat saat yang indah bersama isterinya. mereka sudah berasmara dana sampai 3 kali tanpa rasa jemu. tak cukup dengan itu mereka berasmara dana lagi pada waktu subuh. orang tengah tidur pun mereka masih buat 'project' lagi... maklumlah pengantin barulah katakan. malam pertama tu lah diorang ber'gasak' sampai pagi.....

ASH (PG13)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin