ASH 15

1.5K 73 5
                                    

BAB 4

maya menghentikan langkah kakinya sebaik saja dia berdiri dekat dengan sebuah penutup lubang besi bulat yang terletak di atas lantai tidak jauh dari situ. dia cuba membuka penutup lubang besi bulat tersebut dengan tangannya namun dia gagal berbuat demikian. tanpa di suruh azroy segera membukakan penutup lubang besi itu dengan tangannya. dengan sekali tarik saja penutup lubang tersebut berjaya di bukakannya. "thank you...", ucap maya. azroy hanya diam di sebelahnya. "mari ikut aku melalui lubang ni...", ajak maya. tanpa membantah faiz mengekori langkah kaki maya. azroy hanya diam sambil mengekori mereka dari belakang. mereka menuruni anak tangga menuju ke terowong bawah tanah. "maya, sebenarnya apa yang telah terjadi di antara puak agfa dan puak massa ni? kenapa saling berperang pula?", soal faiz ingin tahu.

"sebenarnya puak massa ialah puak yang paling berkuasa di planet ini... puak massa lah yang menetap di planet ini tapi puak agfa pula ialah puak pendatang asing yang datang dari planet zargos. mereka datang ke sini untuk memperluaskan jajahan mereka di planet ini... maya dengar mereka mempunyai rancangan untuk memperluaskan jajahan mereka di planet bumi pula....", kata maya sambil berjalan di hadapan mereka. "apa?.... mereka hendak menjajah planet bumi pula?", soal azroy tiba tiba menyampuk. "ya.... begitulah yang maya dengar dari mulut maharaja zios iaitu raja yang memerintah kerajaan agfa sebab itulah ada dari pihak mereka yang sanggup datang ke bumi hanya untuk meninjau keadaan di sana dan sekaligus membuat penyelidikan samada binatang di bumi boleh di jadikan sumber makanan ataupun tidak. ternyata binatang di bumi memang sedap darahnya bila di makan. itu sebabnya kenapa puak agfa berazam hendak memperluaskan jajahan mereka di planet bumi kerana mereka tahu ada sumber makanan tetap di situ. lagi pula mereka memang ada rencana untuk menjadikan manusia sebagai bala tentera mereka di suatu hari nanti.....", kata maya panjang lebar.

"oh... aku tidak akan biarkan perkara itu terjadi...", kata azroy pula. "aku pun tidak akan biarkan mereka menjajah bumi...", kata faiz. "tapi itu cuma dalam perancangan mereka saja. belum tentu mereka akan dapat menawan bumi sebab mereka masih berusaha menawan planet ini...", balas maya dengan wajah yang serius. "oh... jadi apa yang harus kita lakukan?", soal faiz. "tiada apa yang boleh kita lakukan...", balas maya. "apa?... tiada apa yang boleh kita lakukan? apakah puak massa hanya duduk diam dan menyerah kalah macam itu saja?", soal azroy cukup bengang. "ya... kami hanya dapat bersembunyi di bawah terowong bawah tanah ini... sebenarnya maharaja kami sudah mangkat sebaik saja planet ini di serang oleh puak agfa. ramai tentera dan puak kami mati setelah di serang oleh puak agfa. setiap kali pemimpin puak kami bangkit melawan mereka pasti ianya kecundang di tangan bala tentera agfa. selepas itu tiada lagi pemimpin yang sanggup tampil ke depan untuk melawan puak agfa...", kata maya perlahan lahan. "ouwh.... kasihan puak massa... terpaksa menghadapi kekalahan yang berterusan...", komen faiz. "ya.... memang kasihan pun... sebenarnya kami memang nak melawan balik tapi kami tidak tahu bagaimana nak berperang. kami tidak ada pemimpin perang yang tahu selok belok tentang peperangan. kami hanyalah makhluk asing yang lemah...", balas maya perlahan lahan. "oh begitu....", faiz menganggukkan kepalanya tanda faham. azroy hanya diam di belakang mereka. fikirannya kacau bilau bila memikirkan kemungkinan yang puak agfa akan memperluaskan jajahan mereka di planet bumi. jika betullah apa yang maya katakan itu memang habislah planet bumi di kerjakan mereka. sedangkan planet ferros sudah hancur di kerjakan oleh puak agfa ini kan pula planet bumi.

"kita dah sampai kat markas massa... anyway selamat datang ke markas kami...", kata maya sambil melangkah masuk ke dalam dewan bawah tanah yang agak luas itu. di dalam dewan itu kelihatan beberapa makhluk bertubuh hitam sama seperti maya. ada yang tua dan ada juga yang muda. paling kecil ialah baby yang di kendong oleh ibunya. azroy tidak menyangka makhluk puak massa hampir sama rupanya dengan manusia tapi bezanya tubuh mereka berwarna hitam dan mereka tidak memakai pakaian seperti manusia di bumi. bentuk tubuh mereka sama seperti watak mystique dalam cerita x-men tu. cuma warna tubuh mereka saja tidak sama. semua yang berada dalam dewan itu pandang semacam ke arah mereka. "terito mexin bensi men.... quaisen si ti en.... fin foy jem....", kedengaran maya bersuara pada mereka yang ada di situ. mungkin maya menerangkan pada mereka siapakah diri mereka yang sebenarnya. seorang makhluk tua yang ada di situ datang lalu menemui maya. mereka berbual bual buat beberapa ketika. setelah berbual bual maya menghampiri faiz dan juga suaminya azroy. "er.... cuba korang masukkan benda ni di dalam telinga kiri korang...", maya menyerahkan suatu benda kecil seperti biji saga pada faiz dan juga azroy. "ini apa?", soal faiz ingin tahu. "ini sejenis alat yang akan memudahkan korang mendengar apa yang kami katakan....", kata maya. tanpa banyak soal faiz pun memasukkan biji merah itu ke dalam telinga kirinya. biji tersebut terus meresap masuk dalam lubang telinganya. "benjoy men dusa koi ten jen...", kedengaran makhluk tua itu bersuara pada faiz. "oh.... ya... ya.... ya....", balas faiz seperti faham apa yang makhluk tua itu katakan padanya. "apa dia cakap ar?", soal azroy di sebelahnya.

"kau patut masukkan biji merah tu dalam telinga kiri kau... kau akan faham bahasa mereka...", balas faiz. mahu tidak mahu azroy pun terpaksa memasukkan biji kecil berwarna merah tersebut ke dalam telinganya. secara automatik dia faham apa yang makhluk asing itu perkatakan. dia cukup terkejut sebab dia dapat memahami bahasa asing dengan mudah. "sekarang cuba korang masukkan biji hitam ni dalam mulut korang pula... jangan bimbang ini bukan racun tapi benda ini akan memudahkan korang berkomunikasi dengan puak kami....", kata maya seraya menyerahkan 2 biji benda kecil berwarna hitam. tanpa banyak soal faiz mengambil sebiji benda kecil tersebut ke dalam mulutnya. benda itu terus meresap ke dalam lidahnya seperti cecair gula gula yang manis. sebaik saja ianya cair di dalam mulut faiz, dia mulai berbicara dalam bahasa asing yang pelik itu. tercengang azroy bila dia lihat rakannya pandai berbicara dalam bahasa asing. "masukkan biji hitam tu dalam mulut abang.... jangan bimbang abang tak akan apa apa kalau makan biji hitam tu....", kata maya. perlahan lahan azroy memasukkan biji hitam tersebut ke dalam mulutnya. tanpa di duga dia mula pandai berbicara dalam bahasa asing makhluk planet ferros. maya tersenyum sebaik saja suaminya berbicara dalam bahasa puaknya sendiri. dalam diam dia merasa gembira sebab suaminya berbicara dengan makhluk tua yang berdiri tidak jauh dari situ. sebenarnya itu ialah datuknya sendiri. nampak gayanya datuknya sangat sukakan azroy. buktinya mereka berbual bual dengan panjang lebar. mereka bagaikan kenalan lama yang baru saja berjumpa...

ASH (PG13)Where stories live. Discover now