ASH 25

826 55 12
                                    

BAB 6

azroy melangkah masuk ke bahagian benteng pertahanan di sebelah kiri bangunan menara kawalan tersebut. dia bersedia hendak memasang boomstoll di bahagian bawah benteng yang ada di situ.tiba tiba datang seorang ahli tentera puak agfa di situ. "hey... apa yang kau buat tu?", soalnya. tanpa menjawap soalan makhluk asing itu azroy segera menumbuk wajah makhluk asing tersebut dengan buku limanya. terus jatuh pengsan makhluk asing tersebut di buatnya. dengan sepantas kilat dia meletakkan boomstoll di tempat yang agak tersorok. kemudian dia bangun dan melangkah pergi dari situ tiba tiba, "hey... kenapa wajah kau di tutupi dengan topeng kain tu ar? kau ni siapa?", soal suatu suara. perlahan lahan azroy menoleh ke belakangnya. kelihatan 3 makhluk asing sedang berdiri memandang ke arahnya dengan pandangan mata yang semacam. belum pun sempat dia menjawap soalan makhluk asing itu tiba tiba saja ketiga tiga makhluk asing tersebut di tembak oleh seseorang dari belakang. ketiga tiga makhluk asing itu terus jatuh lalu mati di atas tanah. "are you okay?", soal suatu suara. azroy terus mengangkat wajahnya. alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat maya isterinya sedang berdiri memandang ke arahnya sambil tersenyum lebar.

"maya?!... kenapa kau berada kat sini pula? bukankah kau sudah pergi bersama dengan datuk kau sebentar tadi? mana ash, anak kita?", soal azroy bertalu talu. "memang maya dah pergi dengan atuk tadi tapi maya tak sampai hati membiarkan abang pergi berjuang di medan pertempuran sebab itulah maya datang ke sini untuk menolong abang... anyway, maya tinggalkan ash bersama dengan atuknya... jangan bimbang... dia akan selamat sebab atuk saya dah bawa dia ke tempat yang lebih selamat...", terang maya panjang lebar. "apa apa pun abang tak setujulah kalau maya datang ke sini untuk bertempur dengan musuh... sebenarnya abang risaukan kesihatan kau tu... kau baru saja melahirkan anak kita... sepatutnya kau berehat di rumah bukannya bertempur melawan musuh macam ni...", kata azroy dengan wajah yang serius. "jangan risaukan maya bang... maya okay aje ni...", belum pun sempat azroy bersuara kelihatan beberapa ahli tentera puak agfa mula bertempur dengan ahli tentera puak massa yang menyamar di situ. maya segera mengeluarkan swordforenya lalu dia mula menggunakan senjata tersebut untuk mencederakan dan memenggal kepala musuh. azroy terpaksa mengekori isterinya kerana dia bimbangkan keselamatan isterinya. dia terpaksa menjadi bodyguard isterinya walaupun pada hakikatnya maya begitu pandai menjaga keselamatan dirinya sendiri.

sementara itu kelihatan sebuah kenderaan terbang mendarat tidak jauh dari situ. sebaik saja kenderaan terbang itu mendarat, faiz terus menembak kepala si makhluk asing yang memandu kenderaan terbang tersebut. kemudian dia beredar dari situ. dia berlari keluar dari dalam kenderaan terbang itu dengan membawa gunstem di tangannya. dia mula menembak setiap ahli tentera puak agfa yang berada di depan matanya. azroy lihat rakannya terus menerus membunuh semua ahli tentera puak agfa yang berada di situ. "hati hati faiz... jangan sampai kau tertembak ahli tentera puak massa yang menyamar pula...", tegur azroy dalam earpiece di telinganya. "oh... maaf, aku terlupa pula yang tentera puak massa menyamar menjadi seperti tentera puak agfa...", faiz bersuara perlahan lahan. "hm... never mind... sebaiknya kau masuklah ke dalam menara kawalan sana tu dan tolong pasangkan boomstoll pada setiap tingkat dalam bangunan menara kawalan tu.. lakukannya dengan secepat mungkin....", kedengaran suara azroy bergema di dalam earpiece di telinganya. "baiklah...", balas faiz sepatah. dia pun berlari pantas meninggalkan tempat itu. dia mula melakukan tugasnya. bagaikan pelesit dia berlari di celah celah ahli tentera yang sedang bertempur di situ. sementara itu kelihatan dr dred dan ahli skuadnya sedang sibuk memasukkan beberapa titisan racun dalam bekalan makanan tentera puak massa. ketika mereka sedang leka melakukan tugas masing masing tiba tiba muncul beberapa ahli tentera puak agfa di situ. "hey... apa yang korang lakukan tu?", soal salah seorang daripada ahli tentera puak agfa tersebut. tanpa menjawap soalan pihak musuh itu, mereka pun mula menembak ke arah pihak musuh dengan menggunakan gunstem di tangan masing masing. maka terjadilah adegan tembak menembak di situ.

maharaja zios sedang lena di buai mimpi sebaik saja bahunya terasa di goncang oleh seseorang. "tuanku... tuanku...", kedengaran suatu suara bergema di cuping telinganya. dia pun terus membuka matanya. kelihatan kolonel reid sedang berdiri di depan matanya. "ada apa kolonel?...", soal maharaja zios separuh 'mamai'. "tuanku... kita di serang oleh pihak musuh...", kata kolonel reid dengan peluh dingin yang mengalir membasahi pipinya. "apa?.... siapakah musuh yang menyerang kita?", soal maharaja zios cukup terkejut. "mungkin tentera puak massa...", balas kolonel reid dengan pantas. "kalau macam tu tembak dan bunuh saja mereka...", perintah maharaja zios. "tapi mereka pandai menyamar menjadi seperti anggota tentera kita... jadi amat sukar untuk menembak dan membunuh mereka...", kata kolonel reid. "tembak saja mereka yang awak fikir menyamar seperti tentera kita... jangan biarkan mereka menang...", kata maharaja zios dengan pantas. "tapi amat sukar untuk tentukan samada tentera tu tentera kita atau pun tentera puak massa sebab wajah dan pakaian mereka serupa dengan ahli tentera kita...", kata kolonel reid lagi. "jangan banyak cakaplah... tembak saja mereka semua...", perintah maharaja zios. "termasuk ahli tentera kita sendiri?", soal kolonel reid kebingungan. "ya... yang penting tak ada lagi yang buat onar kat sini...", perintah maharaja zios. "tapi...", kata kata kolonel reid di potong pantas oleh maharaja zios. "kau ni banyak bertapi tapilah... kalau macam tu lebih baik beta turut serta dalam pertempuran ni...", maharaja zios bangun lalu mencapai baju perangnya. dia mula memakai baju perangnya. "eh... kenapa kau tercegat kat situ pula?... kau pergilah kerahkan semua ahli tentera yang lain... katakan pada mereka yang beta memerintahkan mereka supaya mereka keluar bertempur dengan tentera puak massa tu...", kata maharaja zios dengan wajah yang serius. "menjunjung perintah tuanku...", dengan sepantas kilat kolonel reid beredar dari situ.

faiz sedang memasang boomstoll di tingkat yang teratas ketika dia melihat pintu dari bumbung atas terbuka luas. faiz segera bersembunyi di sebalik pintu bilik yang terletak tidak jauh dari situ. kelihatan seorang anggota tentera puak ahfa tergesa gesa melangkah menuju ke pintu lif. tidak lama kemudian muncul pula seorang makhluk asing yang lengkap berpakaian baju perang menuju ke pintu lif tersebut. "kolonel reid tunggu beta...", begitu kata si makhluk asing yang berwajah garang itu. makhluk asing yang di panggil kolonel reid itu tunduk hormat pada makhluk tersebut seraya menunggunya di dalam lif. tahulah faiz bahawa itu ialah maharaja zios. dia membiarkan mereka pergi dari situ. sebaik saja mereka pergI meninggalkan tempat itu faiz kembali meneruskan tugasnya. dia kini sudah hampir siap memasang boomstoll di setiap tingkat bangunan menara kawalan itu. dia telah setkan masa pada boomstoll tersebut. tiba tiba faiz teringatkan kapal induk puak agfa. dia perlu pasangkan boomstoll dalam kapal induk tu. dia pun segera melangkah menuju ke bumbung atas bangunan tersebut. misinya cuma satu, dia ingin pasangkan boomstoll dalam kapal induk itu....

ASH (PG13)Where stories live. Discover now