ASH 4

4.2K 172 5
                                    

azroy sampai di tempat kerjanya. dia langsung tidak dapat menumpukan perhatiannya pada pekerjaannya. sebenarnya dia masih memikirkan tentang maya yang tiba tiba saja hendak menikah dengannya. dia tidak tahu samada nak menikah dengan gadis tersebut ataupun tidak. memang dia teringin hendak menikah dengan gadis itu tapi dia takut jikalau 3 orang lelaki yang memburu maya tempohari datang hendak membunuh dia dan juga maya. tentu haru biru sajanya. "ehemmm....", kedengaran seseorang berdehem di sebelahnya. lamunannya terhenti. dia lihat dato mustafa majikannya sedang memandang ke arahnya dengan pandangan mata yang tajam. dia terpaksa buat muka selamba dan pura pura menulis sesuatu dalam kertas di atas meja. "azroy... saya tengok awak macam tak tumpukan perhatian awak pada perbincangan yang kami bincangkan... fikiran awak melayang ke mana?", soal dato mustafa ingin tahu. "maaflah dato... sebenarnya saya ada masalah peribadi sikit....", balas azroy seraya mengangkat wajahnya. "kalau ye pun janganlah awak asyik mengelamun aje. sekurang kurangnya awak fokuslah sedikit pada perbincangan kami ni... janganlah awak asyik diam dan mengelamun aje...", tegur dato mustafa. "okaylah, kali ni saya akan cuba fokuskan perhatian saya pada perbincangan kita...", janji azroy. "hm... yelah tu... tentang kertas kerja yang saya suruh awak buat 3 hari yang lepas tu awak dah buat ke tak?", soal dato mustafa. "dah...", balas azroy sepatah. "bagus... awak serahkannya pada saya selepas meeting ni...", kata dato mustafa dengan wajah yang serius. "baiklah dato...", balas azroy. mereka kembali bermeeting semula. azroy terpaksa menumpukan perhatiannya pada agenda mesyuarat pada pagi itu.

selepas habis bermeeting azroy melangkah keluar dari bilik conference tersebut. dia melihat jam di tangannya. masih awal lagi. belum tiba masanya untuk dia balik ke rumah. dia mengambil masa bersendirian di bilik pejabatnya untuk memikirkan apa yang harus dia lakukan. setelah puas berfikir dia pun mengambil keputusan untuk memberitahu perkara ini pada orang tuanya di kampung. dia segera menelefon emak dan ayahnya. orang tuanya merasa sungguh gembira sebaik saja dia mengatakan pada mereka bahawa ada seorang gadis ingin menikah dengannya. mereka pun mula mendesak dia supaya dia membawa maya pulang ke kampung halaman mereka. orang tuanya ingin berjumpa dengan gadis tersebut. kemudian barulah mereka berbincang tentang perkara itu. setelah menamatkan perbualannya di telefon azroy bergegas keluar dari bilik pejabatnya. dia mengorak langkah menuju ke bilik pejabat majikannya. sampai saja di sana dia mula mengetuk daun pintu bilik pejabat tersebut. "ya... masuk...", kedengaran suara majikannya bergema dari dalam bilik pejabat itu.

perlahan lahan dia membuka pintu lalu masuk ke dalam bilik pejabat tersebut. dia menyerahkan kertas kerja yang di minta oleh dato mustafa sebentar tadi. lelaki itu pun segera menyambut kertas kerja yang di serahkan oleh azroy padanya. "er... dato... boleh kan kalau saya minta cuti satu hari aje?... saya fikir saya nak balik ke kampung sayalah...", kata azroy perlahan lahan. "bukan ke awak dah balik kampung hari isnin yang lalu?", soal dato mustafa seraya mengangkat wajahnya. "er... mak saya di kampung sakit secara mendadak, dato... saya risaukan keadaannya....", bohong azroy pula. "mak awak sakit apa pula?", soal dato mustafa ingin tahu. "dia di serang penyakit pneumonia secara mendadak, dato... dia kini terlantar di hospital pekan meru. tolonglah dato benarkan saya balik ke kampung dalam satu hari aje... saya nak jenguk mak saya di hospital pekan meru.... tolonglah...", rayu azroy dengan muka kasihan. "hm... baiklah tapi lepas ni awak tak boleh ambil cuti lagi sebab awak dah banyak kali cuti dalam tahun ni...", kata majikannya dengan wajah yang serius. "oh... baiklah... terima kasih dato...", balas azroy dengan wajah yang gembira. "ye...", balas dato mustafa sepatah. setelah berbual buat beberapa ketika dengan majikannya dia pun terus melangkah keluar dari situ. dia kembali bekerja dengan senyuman lebar terukir di bibirnya. dia berkira kira dia hendak balik ke rumahnya sebaik saja habis waktu bekerja. kemudian dia nak bawa maya balik ke kampung halamannya petang itu juga. sebaik saja habis waktu bekerja dia pun terus bergegas keluar dari dalam bilik pejabatnya. dia sudah tidak sabar lagi hendak balik ke rumahnya. dia melangkah masuk ke dalam keretanya. perlahan lahan kereta proton iswara miliknya meluncur laju meninggalkan tempat itu.

*** *** ***

"i'm home...", azroy bersuara sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah sewanya. kelihatan maya sedang duduk menonton TV di ruang tamu tersebut. "oh... kau dah balik rupanya...", maya bersuara sambil tersenyum manis. "maya... aku dah bagitahu orang tua aku tentang kau. mak dan ayah aku teringin hendak berjumpa dengan kau. mungkin mereka nak berkenalan dengan kau kot...", kata azroy lalu duduk di atas kerusi yang ada di situ. "so?...", maya memandang wajah pemuda itu. "so, aku terpaksa bawa kau balik ke kampung aku petang ini juga...", kata azroy dengan pantas. "okay...", balas maya sepatah. "eh... kau tidak membantah perkataan aku ke?", kata azroy. "tak... buat apa pula aku membantah perkataan kau?... sedangkan kau dah ku anggap macam penyelamat aku...", kata maya dengan wajah serius. "oh really?", soal azroy macam tidak percaya pula. "yep... marilah kita pergi ke kampung halaman kau tu... aku nak berjumpa dengan mak dan ayah kau...", kata maya dengan pantas. "oh... baiklah....", azroy pun bingkas bangun lalu beredar dari situ. dia mula mengemas barang barangnya untuk di bawa ke kampung halaman. setelah siap semuanya mereka pun melangkah keluar dari dalam rumah itu. pintu rumah di kunci rapat. kemudian mereka masuk ke dalam kereta proton iswara milik azroy. kereta proton iswara itu terus meluncur laju meninggalkan tempat tersebut.

sebelum mereka pergi ke kampung setiu azroy membawa maya membeli belah di sebuah shopping mall yang terletak di pusat bandaraya lipis itu. dia menyuruh maya memilih pakaian yang sesuai untuk dirinya. banyak juga pakaian yang di beli oleh azroy untuk gadis tersebut. setelah puas membeli belah mereka pun kembali meneruskan perjalanan mereka menuju ke kampung setiu. selepas mereka berada di dalam perjalanan pulang ke kampung setiu selama 4 jam lamanya akhirnya mereka sampai di depan rumah orang tua azroy. ketika itu hari sudah pun melabuhkan tirai senjanya. mereka di sambut dengan riang oleh kedua orang tua azroy. bukan main gembira lagi emak dan ayahnya sebaik saja mereka mendapat tahu bahawa anak lelaki mereka kini sudah berpunya. sekurang kurang dia tidak lagi merasa sedih, kesepian dan kecewa setelah di tinggalkan oleh kekasihnya si haryati tu. mereka pun berbual bual sehingga ke larut malam. mak dan ayah azroy mula membincangkan tentang soal pernikahan mereka. nampaknya mereka sangat bersetuju jikalau azroy menikah dengan gadis itu. azroy langsung tidak menyangka bahawa orang tuanya akan menerima maya sebagai menantu mereka tanpa banyak soal. selalunya mereka pasti akan menyiasat latar belakang gadis itu terlebih dahulu seperti mana yang mereka lakukan terhadap haryati sebelum ini tapi kali ini mereka tidak banyak soal. malah orang tuanya mendesak mereka menikah dengan segera. pada mulanya azroy kurang yakin yang maya ialah jodohnya tapi setelah dia memikirkannya berulangkali dia mula mempercayai bahawa maya ialah jodohnya. buktinya mereka sudah sepakat hendak menikah dalam masa yang terdekat ini. tanpa banyak berfikir lagi azroy mengambil keputusan untuk menikahi gadis tersebut biar pun dia tahu begitu banyak risiko yang akan di hadapinya selepas ini...

ASH (PG13)Where stories live. Discover now