ASH 63

446 40 14
                                    

"macamana korang dapat masuk ke sini?", soal presiden ronald tramp dalam bahasa melayu. "rasanya tidak perlu aku menjawap soalan tuan tu... aku nak tanya tuan satu soalan. tuan nak selamatkan diri tuan ke atau pun tidak?", soal faiz ingin tahu. belum pun sempat presiden ronald tramp bersuara tiba tiba muncul pula seorang wanita bersama seorang anak perempuan di ruangan itu. "whats happened honey?", soal si wanita itu seperti ketakutan. anak perempuan yang kecil itu di pegangnya erat erat. faiz tahu itu ialah isteri presiden ronald tramp bersama anak perempuan mereka. dia pernah melihat mereka sekeluarga di dalam berita yang di siarkan di TV sebelum ini. "its okay honey, they're come in peace... my dear angel come here....", presiden ronald tramp memanggil anak perempuannya. anak kecil itu berlari pantas menuju ke arah papanya. presiden ronald tramp pantas memeluk anak kecil tersebut. "I'm so scared daddy... why those peoples outside this building keep on shooting and bombing?", tanya si anak kecil ingin tahu. "dont be so scared... they're only played with the guns and bombs just like in the movie... so dont worry my sweetheart.... its gonna be alright...", kata presiden ronald tramp pada anak perempuannya itu. "you mean they're acting or something like that?", soal si anak kecil itu lagi. "yep...", balas presiden ronald tramp sepatah. "so they're acting in the movie?", soal anaknya lagi. "yep... anyway, daddy want you to keep quiet and listen to your mummy words... dont be so naughty, okay... got it?", presiden ronald tramp berpesan pada anak perempuannya. "i got it...", balas si anak kecil dengan pantas. presiden ronald tramp mencium dahi anak perempuannya. dia memandang wajah isterinya seketika. perlahan lahan dia menarik isterinya ke suatu sudut yang terletak tidak jauh dari situ. dia seperti berbincang sesuatu dengan isterinya.

faiz dan cruz terpaksa menunggu di ruangan itu. tidak lama kemudian presiden ronald tramp melangkah masuk ke ruangan tersebut bersama anak dan isterinya. "tadi kau tanya aku nak selamatkan diri ataupun tidak, bukan?", soal presiden ronald tramp. "ya...", balas faiz sepatah. "sebenarnya apa rancangan kau tu?...", soal presiden ronald tramp ingin tahu. "begini, aku nak bawa tuan lari jauh dari tempat ini... kalau boleh tuan mesti bersembunyi di tempat yang selamat. kalau tidak nyawa tuan akan terancam...", kata faiz. "maaflah... aku tidak dapat melarikan diri bersama korang...", balas presiden ronald tramp perlahan lahan. "kenapa pula tuan cakap macam tu?", soal faiz ingin tahu. "sebab pada pendapatku, jikalau seorang pemimpin melarikan diri di saat saat getir macam ni. itu maknanya pemimpin itu seorang yang pengecut. aku tidak mahu rakyatku menganggap aku seperti seorang pemimpin yang pengecut. anyway, jikalau korang nak selamatkan seseorang, korang bawalah anak dan isteriku ini lari jauh dari sini... nyawa mereka jauh lebih berharga dari nyawaku sendiri...", kata presiden ronald tramp dengan wajah yang serius. "jadi tuanku pula macamana?", soal faiz dengan penuh prihatin. "biarkan aku di sini bersama bala tenteraku... aku akan berjuang bersama mereka jikalau sudah terdesak....", kata presiden ronald tramp perlahan lahan. "baiklah...", balas faiz sepatah. presiden ronald tramp segera menyuruh isteri dan anaknya ikut ke mana saja faiz dan rakannya pergi. pada mulanya isterinya, gail tidak sampai hati meninggalkannya di situ seorang diri tapi setelah dia di desak oleh suaminya sendiri dia pun terpaksa meninggalkan tempat itu bersama dengan anak perempuannya. Angel, anak perempuannya menangis sebaik saja mereka melangkah pergi dari situ. dia macam tahu saja yang mereka sekeluarga terpaksa berpisah. faiz segera membawa mereka keluar melalui pintu belakang white house tersebut. ketika mereka berlari keluar dari situ kelihatan sebuah kapal pejuang musuh mendarat tidak jauh dari situ. faiz segera menghentikan langkah kakinya. begitu juga dengan cruz dan anak isteri presiden ronald tramp.

"korang masuk dan bersembunyi dulu di dalam white house tu... biar aku yang uruskan mereka...", kata faiz. gunstem milik cruz di raihnya dengan pantas. tanpa berlengah lagi cruz segera menarik tangan anak isteri presiden ronald tramp supaya berlari tinggalkan tempat itu. faiz lihat ada 10 ahli tentera kaisar zios melangkah keluar dari dalam kapal pejuang tersebut. dia segera mengacukan gunstem di tangannya ke arah pihak musuh. tanpa membuang masa lagi dia terus menembak semua ahli tentera itu dengan gunstem di tangannya. 10 ahli tentera tersebut mati di tembaknya. "cruz, keluar sekarang... keadaan sudah clear!...", laung faiz pada rakannya yang sedang bersembunyi di sebalik pintu belakang white house tersebut. sebaik saja cruz mendengar perkataan rakannya itu dia pun terus berlari keluar dari situ sambil menarik tangan anak dan isteri presiden ronald tramp. faiz berlari masuk ke dalam kapal pejuang berbentuk trapezium itu. begitu juga dengan cruz dan anak isteri presiden ronald tramp. faiz pantas menghidupkan enjin kapal pejuang tersebut. tidak lama kemudian kapal pejuang trapezium itu meluncur laju menuju ke udara. "kita nak pergi ke mana ni?", soal cruz ingin tahu. "ke pulau celestica.... aku nak anak dan isteri presiden tu di tempatkan di sana... aku fikir mereka lebih selamat bila berada di sana...", kata faiz. "good idea...", cruz bersuara sambil tersenyum lebar. faiz menoleh ke belakangnya. "please have a seat, ma'am... we're going to celestica island.... its the best place to hide from the enemy....", kata faiz pada wanita itu. tanpa banyak soal wanita tersebut pun duduk di atas kerusi yang ada di situ. begitu juga dengan anak perempuannya angel. masing masing diam membisu. tidak lama kemudian kapal pejuang tersebut mula meluncur naik ke udara....

sementara itu kelihatan kapal pejuang troy X1 terus di buru oleh kapal berbentuk segi tiga tersebut. kapal segi tiga itu asyik menembak ke arah kapal pejuang miliknya. nasib baik dia pandai mengelak dari terkena serangan musuh kalau tidak tak tahu lagilah apa yang akan terjadi pada dirinya. "macamana ni, kapten sharp? si keparat tu masih hidup lagilah... macamana nak bunuh si keparat tu?", soal ashriel cukup geram. dari tadi dia asyik menembak ke arah kapal pejuang berbentuk hexagon itu tapi tembakannya masih juga tidak mengenai sasaran. sakit betul hatinya apabila dia melihat kapal pejuang berbentuk hexagon itu masih berlegar di ruang udara. "apa kata kalau kita suruh dr. dred dan raider menghambatnya dari hadapan sambil menembak ke arahnya. manakala kita yang berada di belakangnya pun turut menembak ke arahnya. sudah pasti kapal pejuangnya akan terkena tembakan kita...", cadang kapten sharp. "oh... good idea kapten sharp...", balas ashriel dengan pantas. dia mula menghubungi dr dred dan raider melalui earpiece di telinganya. dia menyuruh mereka menghala ke arah kapal pejuang musuh yang berbentuk hexagon itu sambil menembak tepat ke arahnya. dalam waktu yang sama ashriel dan kapten sharp pula akan menembaknya dari belakang. tanpa banyak soal dr dred dan raider segera melakukan apa yang di suruh oleh ashriel.

troy X1 merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat ada sebuah kapal segi tiga yang lain muncul di depan kapal pejuangnya secara mendadak. kapal pejuang segi tiga tersebut mula memuntahkan pelurunya. begitu juga dengan kapal pejuang segi tiga yang mengejarnya dari belakang. masing masing menembak ke arahnya tanpa henti. dengan sepantas kilat troy X1 menjunamkan kapal pejuangnya ke bawah. akibatnya tembakan yang di lepaskan oleh dr dred dan juga raider meluncur laju ke arah kapal pejuang milik ashriel dan kapten sharp. "oh shiittt!!!!....", ashriel separuh menjerit. kapten sharp segera menjunamkan kapal pejuangnya ke bawah. nasib baik mereka tidak terkena tembakan itu kalau tidak tak tahu lagilah apa yang terjadi pada mereka berdua. "fuh... kita hampir saja terkena tembakan dari dr dred dan raider tu...", kapten sharp sambil memandu kapal pejuang mereka. "cilanat betul si keparat tu... sampai sekarang kita masih belum dapat menewaskannya...", ashriel bersuara dalam nada suara yang geram sekali. "tak apa ash... kita akan cuba cari cara yang lain pula...", kata kapten sharp. ashriel hanya duduk diam di atas kerusinya sambil menggetapkan giginya. geram betul dia pada makhluk yang ada di dalam kapal pejuang berbentuk hexagon tersebut. jikalaulah dia bertemu dengan makhluk keparat yang telah membunuh papa angkatnya itu sudah pasti dia akan mencincangnya dengan kedua bilah pedangnya sampai lumat....

ASH (PG13)Where stories live. Discover now