ASH 30

778 56 17
                                    

BAB 7

mulai dari hari itu kapten sharp mula mengajar semua pemuda dan belia dalam rekrut yang baru. mereka mengadakan kem motivasi selama seminggu. dalam masa seminggu itu mereka di latih dengan pelbagai aktiviti lasak. setelah menjalani kem motivasi selama seminggu mereka mula di latih berkawad dan sebagainya. ini termasuklah belajar menggunakan senjata. setelah mereka mahir sedikit dalam penggunaan senjata mereka mula di bahagikan ke dalam pasukan tentera yang berbeza. ada yang masuk tentera udara dan ada juga yang masuk tentera darat. azroy menyertai tentera darat. manakala faiz pula menyertai tentera udara. sebaik saja salah satu daripada kereta kebal yang rosak itu di baik pulih, semua tentera darat yang berminat dengan kenderaan di ajar untuk menggunakan kereta kebal tersebut. kapten sharp mengajar mereka langkah demi langkah. setelah mereka tahu cara cara menggunakan kereta kebal dengan betul kapten sharp menyuruh mereka berlatih sendiri bagaimana menggunakan kereta kebal itu.

sementara itu raider pula mengajar semua pasukan tentera udara untuk mengenali bahagian dalam kapal jet pejuang dan juga spaceship dengan melawat sendiri kapal perang yang siap di bina. setelah beberapa hari mereka di ajar mengenali bahagian dalam kapal perang tersebut, kapten sharp mula mengajar mereka cara cara menggunakan jet pejuang dan spaceship dengan betul. maya pun turut mengambil bahagian terutamanya dalam mengadakan demonstrasi bagaimana hendak menggunakan spaceship tersebut. maya memang mahir dalam mengendalikan spaceship kerana arwah ayahnya ialah co pilot spaceship. maya ada belajar cara cara mengemudikan spaceship yang besar itu. untuk melakukan demonstrasi yang pertama mereka terpaksa membuka pintu besar di atas bangunan bawah tanah tersebut. sebaik saja pintu besar terbuka luas maya pun mula menghidupkan enjin spaceshipnya. semua ahli tentera udara yang terpilih memerhatikan saja cara dia menghidupkan enjin dan memandu spaceship tersebut keluar dari dalam bangunan bawah tanah itu. setelah mereka tahu caranya maya kembali memandu spaceship tersebut ke dalam bangunan bawah tanah melalui pintu besar yang ternganga luas itu. selepas itu mereka belajar cara menggunakan jet pejuang pula.

kali ini kapten sharp yang melakukan demonstrasi bagaimana caranya hendak menggunakan kapal perang tersebut. setelah mereka menyaksikan demonstrasi yang di lakukan, mereka kini sudah tahu cara cara menggunakan kapal perang itu. sekarang tiba pula giliran mereka menggunakan kapal perang tersebut. faiz di beri penghormatan yang pertama untuk menggunakan jet pejuang yang baru saja selesai di bina itu. pada mulanya faiz merasa kekok di saat dia menggunakan kapal perang tersebut. kapten sharp duduk di sebelahnya cuba mengajarnya cara cara untuk menggunakan jet pejuang itu. setelah beberapa kali faiz membawa jet pejuang tersebut terbang mengelilingi kawasan perlombongan lama itu dia mula mahir menggunakan kapal perang tersebut. malah sempat lagi dia di ajar terbang dalam pusingan yang berpusar pusar. faiz sikit pun tidak takut ketika dia memandu jet pejuang itu dengan laju. dia rasa happy aje saat itu. maklumlah cita cita dia nak naik kapal terbang di udara sudah tercapai. dalam diam faiz terasa yang dirinya tak ubah seperti seekor burung yang terbang bebas di udara. setelah puas terbang di udara dia kembali memandu jet pejuang tersebut menuju ke bangunan bawah tanah di mana mereka meletakkan semua kapal perang mereka. selepas itu mereka yang lain di berikan peluang untuk mencuba menerbangkan jet pejuang dengan di tunjuk ajar oleh kapten sharp. mereka belajar menggunakan jet pejuang sehingga mereka mahir menerbangkannya. itu pun memakan masa selama beberapa hari. setelah puas belajar cara menerbangkannya mereka kini di ajar cara nak buat gunakan senjata yang ada di dalam jet pejuang tersebut. terutamanya bom roket. kapten sharp terpaksa mengajar mereka cara cara bagaimana hendak kenakan sasaran dengan menggunakan monitor radar kecil yang ada di dalam jet pejuang tersebut.

ianya agak susah sedikit sebab jikalau objek sasaran berada di koordinat yang berubah ubah jadi agak sukar bagi mereka untuk menetapkan hala tuju bom roket masing masing. jadi mereka terpaksa belajar berulang kali sehingga mereka semua mahir menggunakan kapal perang itu. pada mulanya faiz mengalami sedikit masalah ketika dia menggunakan roket bom yang terpasang dalam jet pejuangnya tapi setelah dia di tunjuk ajar oleh kapten sharp, dia pun mula mahir menggunakannya. dia boleh tetapkan bom roketnya menuju ke arah bangunan lama yang di tunjukkan oleh kapten sharp dengan betul. malah dia boleh menembak menggunakan shooter yang ada pada jet pejuang itu dalam jarak yang jauh. tembakannya sangat tepat. ini membuatkan kapten sharp memujinya. faiz hanya tersenyum gembira setiap kali dia mendengar pujian dari mulut jedi tersebut. sebenarnya dia memang minat dengan kapal perang seperti itu sebab itulah dia cepat mahir dalam menggunakan kapal perang tersebut. dalam tempoh 3 bulan saja mereka semua sudah banyak belajar dari kapten sharp. azroy pun turut belajar dengan ahli puak massa yang lain. dia menyertai setiap latihan yang di lakukan bersama ahli puak massa yang lain. dia belajar semuanya sekali. ini termasuklah menggunakan kereta kebal, jet pejuang, spaceship dan sebagainya. pada masa lapangnya pula dia belajar menggunakan swordfore dan juga senjata yang lain daripada kapten sharp. sedikit demi sedikit dia semakin mahir dalam menggunakan alat senjata makhluk asing tersebut. dalam pada itu sempat juga azroy mengarahkan rakyat jelatanya yang lain membina lubang perangkap yang banyak di luar kawasan kubu pertahanan mereka. tanpa banyak soal mereka semua mula mempersiapkan apa yang patut. setelah berhempas pulas bebrapa hari menggali tanah yang dalam untuk di jadikan lubang perangkap, akhirnya ia siap sepenuhnya.

hari demi hari berlalu, kubu pertahanan sudah siap di bina. begitu juga dengan kapal perang dan spaceship di bawah tanah. mereka sudah bersiap sedia untuk menghadapi serangan dari maharaja zios dan tentera puak agfa. mereka hanya menunggu ketibaan mereka saja. azroy sering memberi peringatan pada semua puak massa supaya mereka sentiasa berjaga jaga. manalah tahu maharaja zios akan datang menyerang mereka di saat mereka terleka dengan kehidupan mereka sendiri. malam itu azroy langsung tidak dapat tidur. matanya tak dapat di lelapkan. begitu banyak yang bermain di mindanya. lagi pula dia merasa tak sedap hati malam itu. macam ada sesuatu yang tak kena pula. dia lihat isterinya tidur lena dengan anak lelaki mereka. perlahan lahan dia bangun dari atas katil yang empuk itu. dia melangkah keluar dari dalam bilik beradunya. dengan langkah kaki yang perlahan lahan dia menapak menuju ke arah beranda. dia berdiri di luar beranda seorang diri sambil merenung di langit yang gelap gulita.

"bang, kenapa abang masih belum tidur lagi?....", soal suatu suara. azroy segera menoleh ke belakang. kelihatan maya melangkah menghampirinya. "abang tak dapat tidur, maya....", balas azroy. "kenapa ni?... abang fikirkan tentang maharaja zios dan bala tenteranya tu ke?", soal maya dengan lembut. azroy menganggukkan kepalanya. "jangan banyak fikirlah bang... nanti abang stress pula...", maya bersuara sambil memegang bahu kanan suaminya itu. "abang bukannya apa, maya... sejak abang jadi seorang raja ni abang merasa tanggungjawab abang semakin beratlah... abang takut abang tak mampu melindungi semua makhluk kat sini.... termasuklah kau dan anak kita... abang takut abang gagal dalam menjalankan tanggungjawab abang ni... abang...", perkataan azroy terus di potong pantas oleh maya. "sudahlah tu bang... jangan cakap macam tu lagi... maya yakin abang mampu jalankan tanggungjawab abang dengan baik... so abang bawa bertenang, ya....", maya cuba memberi semangat pada suaminya itu. azroy terdiam selepas itu. ketika mereka sedang berdiri di situ tiba tiba azroy lihat seperti ada cahaya berkelip kelipan di atas langit. ianya kelihatan seperti bintang kecil pula tapi yang peliknya cahaya berkelip kelipan itu semakin lama semakin banyak. ianya kelihatan seperti sekumpulan cahaya lampu berkelipan menuju ke arah pulau michigon. tahulah azroy bahawa kerlipan cahaya itu datangnya dari kapal perang milik maharaja zios dan bala tenteranya. "maya.... bunyikan siren kecemasan. musuh sedang menuju ke arah kita!... kerahkan seluruh ahli tentera kita untuk bersiap sedia menghadapi pihak musuh!....", kata azroy dengan pantas. "baiklah bang...", cepat cepat maya berlari meninggalkannya di situ. azroy merenung ke arah kerlipan cahaya yang semakin lama semakin dekat itu. "datanglah ke sini, wahai maharaja zios... kami sudah siap menghadapi serangan dari kau dan bala tentera kau tu...", bisik azroy sambil menggetapkan giginya. dia terus beredar dari situ....

ASH (PG13)Where stories live. Discover now