ASH 18

1.2K 65 25
                                    

"aku tahu korang tidak berani menentang bala tentera puak agfa tu sebab jumlah mereka jauh lebih banyak dari jumlah puak massa yang ada.... bagi korang melarikan diri itu adalah satu cara untuk menyelamatkan diri dari musuh tapi sampai bila korang akan melarikan diri dari musuh? takkanlah sampai selama lamanya korang akan menjadi pelarian di planet sendiri, kan?.... so aku cadangkan supaya korang bangkit melawan puak agfa tu demi kebebasan korang...", belum pun sempat azroy menghabiskan perkataannya salah seorang dari puak massa segera memotong perkataannya, "cakap tu memanglah senang... kau tak tahu betapa peritnya hidup dalam peperangan. banyak jiwa yang terkorban hanya kerana ingin menentang puak agfa yang kejam tu. kau tengoklah kami sekarang... dulu kami adalah puak yang terbanyak di planet ferros ni tapi sekarang hanya ini saja yang masih hidup. banyak yang mati akibat peperangan yang terjadi di antara puak massa dengan puak agfa tu selama 8 bulan lamanya. apakah kau ingin melihat kami semua mati di tangan puak agfa tu lagi?", soal seorang pemuda yang berambut ceracak itu. "er... maaf... siapa nama kau?", soal azroy ingin tahu. "panggil saja aku cruz...", balas pemuda dengan nada suara yang mendatar.

"baiklah cruz... aku tahu kau takut kehilangan nyawa korang tapi mana lebih baik.... korang terus melarikan diri dari pihak musuh buat seumur hidup korang dan korang terus hidup dalam ketakutan selamanya... atau korang lawan saja mereka demi kebebasan yang mutlak?... bagi aku lebih baik korang berjuang demi kebebasan puak korang sendiri daripada korang terus di jajah oleh penjajah asing seperti itu... jikalau korang masih tidak mahu melawan puak agfa tu sudah pasti mereka akan terus memburu korang sehingga korang tidak mampu lagi melarikan diri dari pihak musuh. paling teruk lagi apabila pihak musuh terus berkuasa di planet ferros ini dan menjadikan korang sebagai hamba abdi mereka buat selama lamanya... pada masa itu barulah korang sedar yang korang perlu melakukan sesuatu demi kebebasan korang tapi itu sudah terlambat sebab mungkin ketika itu puak agfa sudah berkuasa penuh atas planet ini jadi peluang untuk korang menentang puak agfa adalah tipis, setipis daun bawang....", kata azroy dengan wajah yang serius. "jadi kau nak kami menentang puak agfa tu dengan jumlah kami yang sedikit ni?...", soal pemuda bernama cruz itu lagi. "ya...", balas azroy sepatah. "okay, let me ask you one question.... macamana kami boleh menentang puak agfa sedangkan jumlah kami sedikit?... lagi pula kami tak cukup senjata untuk melawan puak agfa.... macamana nak lawan pihak musuh jikalau senjata sedikit saja jumlahnya?...", soal cruz bertalu talu. "sebenarnya kita tidak perlukan senjata yang banyak untuk menentang puak agfa tu...", kata azroy. "apa?.... kita tidak perlu gunakan senjata yang banyak?... jadi macamana kita nak lawan musuh kalau tak gunakan senjata yang banyak?...", soal cruz kehairanan. "begini... aku ada strategi yang tersendiri bagaimana hendak melawan puak agfa tu...", kata azroy dengan pantas.

"apakah strategi kau tu?", soal cruz ingin tahu. "pertama sekali kita kena belajar seni mempertahankan diri.... kawan aku faiz akan mengajar korang cara cara untuk mempertahankan diri apabila di serang musuh. jadi korang akan menjalani latihan seni mempertahankan diri tu secara berperingkat peringkat sehinggalah korang dapat menguasainya dengan baik. selepas tu kita akan membahagikan semua puak massa yang ada dalam beberapa kumpulan. setiap kumpulan ada tugasnya yang tertentu. nanti aku akan bahagikan tugas pada setiap kumpulan. setiap ahli dalam kumpulan harus bekerjasama dalam menjalankan tugas masing masing. jangan ada perbalahan akibat percanggahan pendapat. korang mesti bersatu hati dalam menjalankan tugas masing masing. jikalau korang saling bercanggahan pendapat dan tidak saling membantu pasti segala usaha kita akan menjadi sia sia. yang penting di sini ialah kesatuan dan kerjasama... jikalau kita bersatu hati dan bekerjasama menentang puak agfa tu kita pasti akan berjaya...", kata azroy bersungguh sungguh. "aku setuju dengan pendapat kau tu...", sokong salah seorang dari puak massa yang berdiri di situ.

"aku rasa kita perlu bersatu hati untuk menentang musuh.... selama ini kita tidak pernah pun bersatu hati dalam segala hal. kita sering saja bergaduh sesama kita.... akibatnya kita kalah teruk di tangan puak agfa tu... jadi sekarang kita harus bangkit melawan puak agfa tu tapi kali ni kita harus bersatu hati dan bekerjasama. macam yang di katakan oleh saudara azroy tadi tu, kalau kita tidak bekerjasama dan tidak bersatu hati dalam menentang musuh sudah pasti segala usaha kita akan menjadi sia sia....", sambung lelaki tersebut. "ya... betul perkataan dred tu....", sokong salah seorang lelaki yang berdiri di situ. "baiklah... jikalau korang sokong perkataan lelaki bumi tu, korang ikutlah plan dia... aku tak nak... sebab aku tak mahu kehilangan nyawa aku sendiri hanya kerana menentang puak agfa yang ganas tu.....", kata cruz dengan pantas. "maaf cruz... bukan kau seorang saja yang akan bergadai nyawa dalam peperangan ini... malah aku dan kawan aku si faiz tu akan berjuang demi kebebasan puak massa dan juga manusia di bumi... jika bukan kita semua yang berjuang demi kebebasan kita siapa lagi yang akan tampil ke depan untuk bebaskan semua puak massa? apakah kau sanggup membiarkan puak kau sendiri menderita selamanya di bawah jajahan puak agfa?...", soal azroy dengan wajah yang serius. cruz terdiam. "jawap pertanyaan aku ni cruz.... apakah kau sanggup membiarkan puak kau sendiri menderita selamanya di bawah jajahan puak agfa?", soal azroy lagi. dia merenung wajah cruz dengan renungan mata yang tajam sekali.

ASH (PG13)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt