ASH 67

454 36 6
                                    

"ash... aku rasa mereka mungkin musuh ketat kaisar zios... buktinya mereka datang dan terus menyerang kapal induk tu...", teka kapten sharp setelah dia berfikir seketika. "mungkin juga...", balas ashriel perlahan lahan. "aku fikir inilah masanya kita bergabung untuk melakukan serangan ke atas kapal induk milik kaisar zios tu...", kapten sharp bersuara dengan pantas tapi ashriel menggeleng gelengkan kepalanya. "tak... aku tak fikir macam tu... aku rasa lebih baik kita bunuh saja lelaki keparat yang telah membunuh papaku itu... kemudian barulah kita menyerang kapal induk kaisar zios tu...", kata ashriel dengan wajah yang serius. "tapi ash ini merupakan peluang yang terbaik untuk kita melakukan serangan bertubi tubi ke atas kapal induk kaisar zios tu...", tekan kapten sharp. "tak... aku tak setuju dengan perkataan kau tu... kita bunuh saja lelaki besi tu dulu. kemudian barulah kita buat seperti apa yang kau katakan tu...", kata ashriel. "tapi ash...", kata kata kapten sharp di potong pantas oleh pemuda tersebut. "tak ada tapi tapi lagi... kita mesti bunuh lelaki keparat tu dulu... selagi dia masih hidup selagi itulah aku tak akan berdiam diri....", ashriel pantas bersuara. kapten sharp terdiam selepas itu. ashriel kembali menumpukan perhatiannya pada monitor radar di depan matanya. dia ingin mencari di manakah kedudukan kapal pejuang berbentuk hexagon itu...

sementara itu kelihatan jefri sedang sibuk meneliti beberapa dokumen dan juga maklumat yang terdapat di dalam komputer induk makhluk asing tersebut. tanpa menunggu sebarang arahan dari ashriel dia pun terus mencari jalan bagaimana hendak masuk lebih dalam lagi ke  dalam sistem komputer induk itu. rupa rupanya kapal induk tersebut di kuasai sepenuhnya oleh komputer induk yang bernama teresa. semua maklumat tersusun rapi dalam file direktori. begitu juga dengan semua maklumat tentang mikrochip yang tertanam di dalam otak beribu ribu bala tentera milik kaisar zios. dia mula mencari di manakah sistem pertahanan kapal induk tersebut. cari punya cari akhirnya dia menemukannya. rupa rupanya kapal induk itu kini di lindungi oleh sistem kebalnya sendiri. "oooh... patutlah kapal induk tu tidak terkena apa apa walau pun ianya berkali kali di tembak dengan peluru berpandu... rupa rupanya kapal induk itu di lindungi oleh sistem kebalnya sendiri....", bisik hati kecilnya. jefri mula berfikir panjang. jikalau dia mematikan sistem kebal itu sudah tentu kapal induk tersebut akan mudah di tembak dan di musnahkan. "uncle, aku dah tahu kenapa kapal induk tu tak dapat di musnahkan... rupa rupanya kapal induk tu menggunakan sistem kebalnya...", kata jefri setelah dia berfikir sejenak. "so?", pyros memandang wajah pemuda itu secara sekilas. "so, aku rasa lebih baik aku buat sesuatu...", balas jefri. "maksud kau?", soal pyros pula.  "maksudku... aku mesti mematikan seluruh sistem kebal kapal induk tu supaya senang kita memusnahkannya...", kata jefri. "hm... ikut suka hati kaulah... yang penting kau tahu apa yang kau lakukan...", balas pyros. tanpa membuang masa lagi jefri pun segera menekan deactivate pada button security option yang tertera di atas skrin laptopnya. jefri pantas menumpukan perhatiannya ke arah kapal induk itu. lapisan yang berwarna putih mula menghilang dari sekeliling kapal induk tersebut. dalam waktu yang sama sempat lagi pyros menembak kapal induk itu dengan peluru berpandu. "kabooommm....", kedengaran peluru berpandu dari pyros mengenai sasarannya. semua kapal pejuang berbentuk oval turut memuntahkan peluru mereka ke arah kapal induk tersebut. kali ini permukaan kapal induk itu berlubang sana sini akibat terkena tembakan air shooter dari pihak musuh.

sementara itu kelihatan semua makhluk yang berada di dalam kapal induk kaisar zios semakin merasa ketakutan. apatah lagi bila kapal induk tersebut mengalami gegaran yang hebat akibat ledakan peluru berpandu dari pihak musuh. "kayla... apa yang telah terjadi ni? kenapa kapal induk ni seperti hendak meletup pula? mana sistem kebalnya?....", soal kaisar zios dengan marah. "tuanku, maafkan aku... aku rasa ada insan yang telah berjaya masuk ke dalam sistem komputer kita sehinggakan dia berjaya mematikan sistem kebal kapal induk kita ini...", kata kayla dengan pantas. "lebih baik kau pasangkan balik sistem kebal tu sekarang juga... kalau tidak kapal induk ini akan terhempas ke bumi. bila sudah selesai cuba kau cari si bedebah yang berani sangat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer kita.... bila kau sudah jumpa cuba kau kesan di mana dia berada sekarang... kalau kau dah tahu di mana dia berada kau bagitahu aku, ya.... biar aku menyuruh ahli tentera kita yang lain pergi membunuhnya..", kata kaisar zios dengan pantas. "baiklah tuanku...", kayla segera melakukan apa yang di suruh oleh kaisar zios. setelah sistem kebal kapal induk di activate semula, dia pun mula mencari siapakah dalang di sebalik semuanya ini.

jefri merasa tidak keruan sebaik saja dia melihat seperti ada seseorang sedang menjejakinya dalam sistem komputer makhluk asing tersebut. buktinya ada yang logged on kat situ. kemudian muncul pula beberapa soalan di atas skrin laptopnya. "siapa kau ni?... kenapa kau masuk ke dalam sistem komputer kami?... macamana kau dapat masuk dalam sistem komputer kami ni?", begitulah pertanyaan yang di utarakan oleh insan yang menjejakinya saat itu. jefri tidak segera menjawap soalan tersebut. malah dia terus saja logged off kan komputernya. dia sengaja tidak mahu menjawap semua soalan itu kerana dia tahu yang dia sudah kedapatan mencerobohi sistem komputer makhluk asing tersebut. "whats wrong jefri?", soal pyros sebaik saja dia lihat pemuda itu menutup laptopnya. "mereka dah tahu aku telah menceroboh masuk ke dalam sistem data komputer mereka... aku terus saja logged off... aku harap mereka tak dapat kesan ip address aku....", kata jefri dengan pantas. "hm... lain kali kalau kau nak buat sesuatu perkara kau kena buat dengan berhati hati... jangan fikir yang kau tu lebih pandai dari orang lain... ada lagi orang yang lebih pandai dari kau, tau... buktinya mereka dapat mengesan kau biar pun kau mencerobohi data komputer mereka secara senyap senyap...", pyros bersuara sambil menerbangkan kapal pejuang mereka di celah celah peluru air shooter yang di lepaskan oleh kapal pejuang pihak musuh dari berlainan arah. "yeah... lain kali aku akan berhati hati dalam menggodam sistem komputer orang lain... thanks for your advice anyway...", kata jefri perlahan lahan. pyros pun diam selepas itu. tangannya ligat menekan punat air shooter. dia menembak kapal musuh secara bertalu talu. jefri hanya duduk diam di sebelahnya.

"bagaimana kayla kau dah berjaya mengesan si bedebah yang berani sangat hacked sistem komputer kita tu?...", soal kaisar zios sebaik saja kayla datang menghadapnya. "aku cuma dapat mengesan dia semasa dia masih berada di dalam direktori security manager komputer induk kita... sempat lagi aku bertanya padanya siapa dia dan kenapa dia menceroboh masuk ke dalam sistem komputer kita tapi dia tidak menjawap soalan aku... malah dia terus logged off macam tu saja...", kata kayla. "tapi kau dah dapat mengesan ip address dia?", soal kaisar zios ingin tahu. "tidak... sebab dia gunakan nama samaran 'dark skull' ketika dia menceroboh masuk ke dalam sistem komputer kita... lagi pula dia menghilang dari sistem komputer kita dengan begitu saja tanpa sempat aku mengesan ip addressnya...", balas kayla. "bodoh!... kenapa kau tak cari ip addressnya dulu?... kenapa kau tak cuba mengesan di mana dia berada? buat apa pula kau pergi bertanya soalan macam tu padanya?", soal kaisar zios separuh marah. "maafkan aku tuanku... aku yang buat silap....", balas kayla sambil menundukkan kepalanya. "kau tahu pun kau dah buat silap... aku maafkan kau kali ni tapi lain kali kalau kau buat kesilapan yang sama lagi aku tak akan maafkan kau... apa apa pun aku nak kau pantau setiap aktiviti dan program yang ada di dalam komputer induk ni dengan sebaik mungkin. jikalau ada pihak yang cuba menceroboh masuk ke dalam sistem komputer induk tu kau kena bertindak dengan segera. kalau boleh kau kena cari ip addressnya dan kesan di mana dia berada. aku nak setiap hackers yang berani mengacau bilau sistem komputer aku tu di buru dan di bunuh supaya tidak ada lagi yang merosakkan program aku...", kata kaisar zios dengan wajah yang serius. "baiklah tuanku... aku janji akan menjalankan tugasku dengan baik selepas ini...", kata kayla. "good for u... sekarang kau pergilah pantau keadaan di dalam komputer induk tu... manalah tahu ada hackers lain yang menceroboh masuk ke dalam sistem komputer kita tu lagi...", kata kaisar zios. "baiklah tuanku... aku pergi dulu...", kayla melangkah pergi dari situ. kaisar zios kembali duduk bersandar di atas singgahsananya sambil memeluk pinggang 2 orang gundiknya yang sedang duduk di sebelahnya. mereka berkucupan sambil berpelukan dengan di saksikan oleh gundik gundiknya yang lain di situ...

ASH (PG13)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora