Bab 6

7.5K 228 4
                                    

Suara Nek Tijah yang menjerit memanggil cucunya menyebabkan Raysha keluar dari biliknya dan mula menjenguk neneknya yang berada di ruang tamu. Dia memandang neneknya yang kelihatan kelam kabut memanggilnya.

"Nenek ni kenapa?"tanya Raysha. Dia risau neneknya itu sakit atau apa.

"Pergi pakai tudung. Ada orang nak jumpa kamu."kata Nek Tijah sambil tersenyum-senyum.

Raysha yang melihat senyuman neneknya itu sudah rasa semacam. Macam ada sesuatu yang neneknya ni rancangkan.

"Siapa nek?"tanya Raysha. Dia bukan rapat sangat pun dengan orang-orang kampungnya ni. Yang rapat dengannya hanya lah Abang Irfan. Itu pun sebab mereka sama sekolah. Yang lain langsung dia tak layan.

"Hish! Kamu ni. Cuba dengar cakap nenek ni. Pergi amik tudung sekarang."kata Nek Tijah sambil menolak cucunya itu ke arah biliknya.

Raysha dengan rasa terpaksa masuk juga ke biliknya. Malas dia mahu melawan kata-kata neneknya ni. Nanti tak pasal-pasal jadi perang pula.

Raysha mengambil tudung berwarna kelabunya yang disidai di ampaian lalu dipakainya. Dia melihat mukanya dicermin sebelum keluar dari biliknya. Terkejut dia apabila melihat neneknya sudah menunggu di depan biliknya sambil tersenyum gembira.

Nek Tijah terus menarik tangan Raysha lalu membawa cucunya itu keluar rumah. Dari tadi lagi ada orang menunggu cucunya.

Raysha nak tak nak terpaksa mengikut arah tarikan neneknya. Neneknya ni tak padan dengan umur, tapi tenaganya masih tak berkurang.

Sampai sahaja di luar rumahnya, Raysha melihat ada seorang lelaki yang membelakanginya. Dia mengerutkan dahinya. Dia kenal ke lelaki ini? Rasanya macam tak.

Tiba-tiba lelaki tersebut berpaling memandang Raysha sambil tersenyum manis. Di tangannya ada sekuntum bunga ros berwarna merah.

Raysha memandang lelaki yang datang ke rumahnya itu dari atas sampai bawah. Mukanya mula berkerut. Tak sangka mamat belagak semalam berani datang ke rumahnya. Siap bawak bunga lagi. Dia ni tak de rasa malu ke?

"Ehem."Imran membetulkan suaranya. Dia memandang perempuan yang ada di hadapannya. Cantik jugak perempuan ni. Macam manalah abangnya sanggup lepaskan perempuan ni semata-mata mahu merampas kekasih hatinya.

"Assalamualaikum."kata Imran. Depan perempuan ni dia haruslah pandai berpura-pura baik.

"Waalaikumussalam."balas Raysha dan Nek Tijah serentak. Raysha memandang pelik ke arah lelaki di hadapannya ini. Entah apa mimpi mamat ni malam tadi sampai dia boleh terpacak kat depan rumahnya ni.
Nek Tijah tersenyum-senyum memandang cucunya dan tetamu yang datang rumahnya. Nampaknya hajatnya akan tertunai tak lama lagi. Dia perasan macam mana tetamunya itu memandang cucunya. Cucunya itu bukannya tak cantik, cantik sangat. Dengan mukanya yang putih bersih itu, nampak sangat innocent. Dia cepat-cepat berlalu meninggalkan cucunya dan tetamu yang datang.

Raysha cuba menarik baju neneknya namun neneknya bijak. Pandai dia melepaskan diri dari ditarik Raysha. Raysha mencebik. Neneknya ni kan.

"Saya Imran. Saya datang ni nak mintak maaf pasal semalam."kata lelaki tersebut sambil menghulurkan sekuntum bunga kepada Raysha.

Raysha terdiam. Bunga yang dihulurkan langsung tak bersambut. Dia dah lah tak biasa bercakap dengan orang yang dia tak kenal. Boleh pulak neneknya meninggalkan dia di sini.

"Tak baik tau kalau tak amik pemberian orang."kata Imran dengan lembut. Dalam hatinya dah mula memaki hamun perempuan di hadapannya. Dia ingat aku hadap ke nak bagi bunga kat dia? Hee . . .tolonglah!

Nak tak nak Raysha mengambil bunga tersebut. Dia memandang bunga tersebut sebelum memandang ke arah lelaki tersebut.

"Er . . .awak memang bisu ke? Tapi tadi rasanya saya dengar suara awak jawab salam."kata Imran sambil tersenyum. Dia mengetap giginya. Perempuan ni pahal cari pasal dengan aku! Dah lah tak cakap terima kasih pun kat aku sebab bagi bunga.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now