Bab 9

5.8K 200 0
                                    

Deringan telefon bimbit membuatkan Raysha meletakkan fail yang sedang dibacanya dan mula melangkah mendekati meja belajarnya untuk menjawab telefon tersebut. Matanya sempat melihat nama pemanggil sebelum menjawab telefon tersebut.

"Assalamualaikum."kata Raysha memulakan salam.

"Waalaikumussalam, Cik Muda."balas pemanggil di sana.

Raysha mengeluh. Pemandu keluarganya ni suka sangat memanggilnya Cik Muda. Dia tak suka!

"Pak Itam, kat Ray dah cakap, jangan panggil Cik Muda. Pak Itam ni."Raysha mengomel. Dia tak suka orang memanggilnya Cik Muda. Rasa macam dia ni orang ada-ada sahaja. Padahal itu semua milik keluarganya bukan dia.

Terdengar ketawa dari pihak sana. Pasti Pak Itam sedang ketawa apabila mendengar omelan Raysha. Pak Itam tahu Raysha tak suka apabila digelar sebegitu. Dia arif benar dengan anak bongsu majikannya ni.

"Maaf lah Ray. Pak Itam lupa."Pak Itam memohon maaf untuk menghentikan isu tersebut. Kalau tak, sampai bilalah Raysha akan membebel sahaja tentang isu gelarannya.

Raysha mengangguk walaupun dia tahu Pak Itam takkan dapat melihat anggukannya. Dia tiba-tiba terfikir. Kenapa pemandu keluarganya itu menelefonnya? Ada perkara yang penting telah berlaku ke?

"Kenapa Pak Itam call Ray?"tanya Raysha.

Pak Itam menggarukan kepalanya. Macam mana dia nak cakap ye? Takkan dia nak bagitahu Raysha bahawa ibu dan  ayahnya sekarang berada di hospital gara-gara ayahnya sakit jantung? Pasti Raysha takkan tunggu lama untuk datang sini.

"Err . . . Ray dengar dulu apa Pak Itam nak cakap ye. Sebenarnya Tan Sri masuk hospital tadi. Heart attack."kata Pak Itam dengan lembut. Dia tahu, walaupun lembut pasti Raysha akan terkejut dengan kata-katanya sebentar tadi.

Raysha terkejut. Dia langsung tidak menjangka yang ayahnya akan terkena serangan jantung. Dia memang tahu yang ayahnya ada sakit tersebut. Tapi sudah agak lama dia tidak terkena serangan jantung.

"Macam mana boleh jadi macam tu? Ayah stress ke? Habis tu, ayah dah sedar belum kat hospital? Cakap dengan ibu kejap lagi Raysha balik."kata Raysha dengan kalang kabutnya. Dia cukup panik apabila terdengar kata-kata Pak Itam.

Pak Itam menggeleng. Ni lah sebabnya dia malas nak cakap kat Raysha. Mesti terus panik anak majikannya itu. Dia memandang anak majikannya yang dari tadi memandangnya. Pak Itam menghulurkan telefon tersebut namun ditolak oleh lelaki tersebut.

"She's scary."kata lelaki tersebut kepada Pak Itam.

"Cik Muda cakap dia nak balik."kata Pak Itam ke arah Raykarl. Raykarl adalah anak sulung majikannya. Abang kepada Raysha.

Raykarl yang mendengar kata-kata Pak Itam terus menggelengkan kepalanya. Masalah! Masalah! Kalau adiknya tahu ayahnya masuk ke hospital gara-gara dia, memang terus dia kena dengan adiknya.

"Cakap dengan dia, tak payah balik. Puan Sri cakap tak perlu. Nanti kesian dia penat."kata Raykarl untuk menyelamatkan diri. Itulah kerjanya. Kalau nak menipu adik bongsunya, pasti dia akan menggunakan nama ibunya.

Pak Itam yang mendengar terus mengangguk. Dah biasa dengan Raykarl yang selalu menyelamatkan diri menggunakan nama ibunya. Pak Itam mula mengikut kata-kata Raykarl.

"Tan Sri dah okey. Puan Sri cakap Ray tak perlu balik. Dia kesian dengan Ray, nanti penat."kata Pak Itam. Dia ikut sebijik-bijik ayat Raykarl.

Pak Itam memandang Raykarl yang menghembuskan nafas lega. Lega lah tu, Pak Itam menolongnya. Kalau tak jangan harap muka dia nak tenang. Muka macam ayam berak kapur je.

Raysha masih lagi risau. Dia sudah lama tak menjenguk ibu dan ayahnya. Kali terakhir dia jumpa keluarganya masa raya tahun lepas. Raysha mengira berapa bulan dia tidak balik rumahnya. Sudah dekat tujuh bulan dia dia tidak menjenguk ibu ayahnya. Hatinya mula tak tenteram.

"Pak Itam . . . Betul ke ibu cakap macam tu? Ray nak cakap dengan ibu."balas Raysha dengan nada sedihnya.

Pak Itam yang mendengar kata-kata Raysha terus terdiam. Dia memandang Raykarl yang masih di sebelahnya.

"Cik Muda nak cakap dengan Puan Sri."kata Pak Itam ke arah Raykarl.

Raykarl terus terdiam. Aduh! Nak cakap dengan ibu pulak. Mati aku kalau dia cakap dengan ibu. Memang habislah! Raykarl terus mengambil telefon dari tangan Pak Itam. Nak tak nak terpaksalah dia yang bercakap dengan adiknya. Kalau tak, memang adik dia betul-betul akan balik sini.

"Raysha, listen to me. Ayah okey. Raysha jangan risau."kata Raykarl dengan tenang. Dia tak mahu menambahkan lagi kerisauan adiknya.

"Tapi abang . . ."

"Raysha, ibu tak nak Raysha risau. Tu yang kitorang ingat tak nak bagitahu Raysha. Tapi nanti kesian pulak Raysha kalau tak tahu apa-apa pasal ayah."kata Raykarl sambil tersenyum. Dia tahu yang adiknya pasti akan menerima alasan yang diciptanya. Bukan dia tak tahu nak membaca fikiran adiknya.

Raysha mengangguk. "Tapi abang, macam mana ayah boleh kena heart attack? Bukan dah lama ayah tak kena ke?"tanya Raysha. Dia betul-betul musykil dengan apa yang berlaku dengan ayahnya. Tertekan sangat ke dengan kerjanya?

Raykarl termati kata. Aduh! Adiknya dah mula tanya!

"Ayah stress sikit hari ni. Tu yang sampai terkena heart attack tu."kata Raykarl beralasan. Kalau adiknya tahu dia punca ayahnya masuk hospital memang habislah! Tak payah tunggu adiknya balik sini. Dalam telefon pun dah berbakul-bakul ayat deep adiknya sediakan untuknya.
Raysha menghembuskan nafasnya. Tak tahu apa yang dia patut lakukan sekarang. Nak balik atau tidak? Tadi abangnya sudah sudah menyampaikan pesan ibunya supaya dia tak perlu balik.

"Betul ni ayah okey? Betul Raysha tak payah balik?"tanya Raysha lagi. Kalau dia dapat tahu abangnya menipu, tahulah nasibnya nanti.

"Betul."jawab Raykarl dengan yakin. Dengan adiknya, jangan tunjuk keraguan. Mesti cakap dengan yakin. Kalau tak, adiknya takkan percaya kata-katanya. Yelah, adiknya tu kan suka sangat meneka apa yang difikirkan orang. Walaupun kadang-kadang tekaannya itu salah.

"Okey lah. Jaga ayah baik-baik. Jangan bagi dia stress. Kirim salam kat semua tau."kata Raysha dengan lembut. Sempat juga dia menitipkan pesanan buat abangnya supaya menjaga ayahnya.

"Okey. Assalamualaikum."kata Raykarl sebelum mematikan panggilan. Lagi lama dia bercakap dengan adiknya, makin banyak penipuannya terbongkar.
"Waalaikumussalam."balas Raysha walaupun ketika itu abangnya telah memutuskan panggilan. Raysha memandang telefonnya lama sebelum mengeluh. Kenapa lah dia tiada di sana? Kesian ayahnya terpaksa menahan kesakitan tanpa dia di sisinya.

Raysha meletakkan telefonnya kembali di atas meja belajarnya. Dia duduk semula di katilnya lalu mencapai semula fail yang berada di tangannya sebelum mula membaca semula segala butir-butir yang ada di dalam fail tersebut.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now