Bab 67

7.2K 291 10
                                    

"Terima kasih Kyle. Sebab selamatkan Raysha."kata Tan Sri Kamil sambil menepuk-nepuk bahu Kyle. Dia sungguh berterima kasih dengan anak kawannya ni.

"Sama-sama Uncle. Kyle buat apa yang patut je."kata Kyle merendah diri. Dia memandang kawannya yang berdiri sambil bersandar di dinding. Dia mula bangun dari duduknya lalu berdiri di sebelah kawannya.

"Asal kau tak bagitahu aku?"tanya Kyle. Kecil jugak hatinya apabila kawannya ni merahsiakan masalahnya dengan dia.

"Aku taknak kau simpati dengan aku. Aku okey. Anyway, thanks sebab selamatkan adik aku. Kalau tak, aku tak tahu apa yang jadi."kata Raykarl. Sememangnya dia tidak mampu memberitahu Kyle tentang apa yang jadi kepada keluarganya.

"Kau tu best friend aku. Aku tak suka kalau aku tahu benda macam ni dari orang lain. Come on lah, Karl. Kita kenal bukan sehari dua. Dari tadika lagi, aku kenal kau."kata Kyle sedikit sentap. Geram juga dia dengan Raykarl ni. Suka sangat simpan rahsia. Apalah sangat nak beritahu yang keluarga dia dalam keadaan macam ni. Hish!

"Sorry. Aku tahu aku salah. Aku segan nak bagitahu kau. Dengan adik aku macam tu lagi."kata Raykarl kesal. Tak sangka tindakannya sudah mengecilkan hati kawannya. Dia betul-betul tidak sedar. Dia cuma tidak mahu kawannya risau sekali.

"Aku maafkan kau. Tapi jangan buat lagi. Kau tak payah nak seganlah dengan aku. Geli je."kata Kyle sambil ketawa kecil. Apalh yang kawannya ni nak segan kan. Pelik dia.

Kyle, macam mana kau ada kat sini?"tanya Raykarl. Bukan kawannya sepatutnya berada di UK ke? Macam mana kau boleh ada kat sini.

"Aku memang kat sinilah. Kan sekarang tengah cuti. Aku tolong-tolong dekat company papa aku. Kau tahulah, papa aku tu. Tak boleh tengok aku senang sikit."kata Kyle sambil membuat muka. Sempat dia melihat ke arah papanya.

Dr. Damian terus menjeling ke arah anaknya. Ada lah tu benda yang dikutuknya tu. Faham sangat dengan perangai anaknya.

"Papa kau tu risaukan kau lah. Selalu sangat menghilang. Tu yang dia suruh kau kerja tu."kata Raykarl membalas.

"Aku bukan buat apa pun. Lain lah kau. Menambah stok tak habis-habis."perli Kyle. Tahu sangat apa yang dilakukan oleh kawannya apabila waktu cuti begini. Berbeza dengan dirinya, setiap kali ada waktu terluang, pasti dia akan mula mencari tempat untuk bercuti.

"Eh. Aku dah tak buat okey."kata Raykarl menafikan. Sejak dia dimarah oleh Raysha, dia dah tak buat semua tu. Dia baru sedar akibatnya sekarang.

"Yelah. Lepas ice queen marah, terus kau berhenti. Kau ni, ada apa-apa ke dengan ice queen? Macam serius je."tanya Kyle. Yelah, manalah tahu yang Raykarl dah mula berubah sebab ice queen haritu.

Raykarl membuat muka menyampah.

"Tu adik aku lah."kata Raykarl. Memang dia sengaja menyimpan nama Raysha sebagai ice queen. Sebab adiknya tu dingin sangat.

"Ye je."kata Kyle tidak percaya.

"Ye. Tu nombor Raysha. Budak kat dalam tu."kata Raykarl membalas. Dia lihat ibunya mula bangun dari duduknya dan memandang ke arahnya.

"Karl, jagakan adik. Ibu dengan ayah nak pergi kafe sekejap."kata Puan Sri Elvira. Asalnya memang dia tidak mahu bergerak langsung. Tapi dah suaminya tak henti-henti memujuk, akhirnya dia turutkan juga. Dia mula berlalu dari situ.

"Kyle. Jaga Raysha jugak. Papa nak pergi kafe ni."kata Dr. Damian ke arah anaknya. Melihatkan anggukan anaknya, dia terus berlalu dari situ.

"So?"tanya Kyle kepada Raykarl. Apa nak buat sekarang ni?

"Jomlah masuk. Adik aku masih tidur tu."kata Raykarl lalu masuk ke dalam bilik tersebut. Dia malas menunggu di luar.

Kyle turut mengikuti langkah Raykarl. Dia melangkah dengan penuh debar. Dia teringat betapa terkejutnya dia bila masuk ke dalam bilik ni. Tapi kali ni lain. Dia lihat keadaan bilik Raysha sudah kemas. Tidak ada lagi kesan darah atau apa-apa. Kyle melihat pergelangan tangan Raysha yang sudah dibalut. Dia boleh agak yang luka Raysha pastinya dalam memandangkan darah yang mengalir tadi agak banyak.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now