Bab 52

6.3K 211 2
                                    

Lizzy mengemas baju Raysha masuk ke dalam beg pakaian. Hari ni hari di mana Raysha akan keluar dari hospital. Lizzy menzip beg pakain tersebut dia melihat Raysha yang baru keluar dari bilik air.

Raysha mengangkat mukanya memandang Lizzy yang seperti ingin berkata sesuatu. Raysha menjongketkan keningnya ke arah Lizzy.

"Kau sure ke dengan apa yang kau buat ni? Macam mana kalau dia sakitkan kau lagi?"tanya Lizzy dengan risau. Dia seakan ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat oleh Raysha. Entah kenapa, hatinya mengatakan yang Imran akan sakitkan Raysha lagi sekali.

"Everybody deserved a second chance."kata Raysha lalu duduk di atas katilnya. Sebentar lagi, Imran akan ambil dia di hospital.

"Yeah, but not him. I don't trust him."kata Lizzy. Dia memang tak percayakan Imran.

"Lizzy, come on. He's not that bad."kata Raysha membela. Walau apapun, Imran adalah suaminya. Dia perlu berfikiran positif.

"No. He's . . ."

Bunyi ketukan pintu menghentikan kata-kata Lizzy. Lizzy dan Raysha serentak memandang ke arah pintu.

Imran membuka pintu. Dia lihat Raysha sedang duduk manakala ada seseorang yang sedang berdiri di sebelah Raysha. Dia tersenyum kepada perempuan di sebelah Raysha. Dia kenal dengan perempuan tersebut. Lizzianne Collins. Anak usahawan hotel berjaya, Luke Collins.

"Assalamualaikum."Imran memberi salam. Dia mula mendekati katil yang diduduki oleh Raysha.

"Waalaikumussalam."balas Raysha. Dia melihat Imran dari tadi memandang Lizzy. Mesti Imran pelik macam mana dia boleh kenal dengan Lizzy.

Lizzy memandang Imran sebelum mengalihkan pandangannya kepada Raysha. Tak suka dia melihat orang yang sudah mencederakan sepupunya.

"Imran, kenalkan ni Lizzianne."kata Raysha sambil menunjuk ke arah Lizzy. Raysha perasan Lizzy sempat mencebikkan mulutnya apabila Raysha memperkenalkan Lizzy kepada Imran.

"Syed Imran."Imran memperkenalkan diri. Dia perasan yang Lizzy seperti tidak menyukai dirinya.

"Lizzianne Collins."kata Lizzy sambil menunjukkan senyum tipis. Takkan nak tunjuk yang dia ni marah depan Imran pulak. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan Raysha.

Raysha memandang Lizzy dan Imran silih berganti. Nampak yang kedua-duanya seperti kekok antara satu sama lain. Lagi-lagi Imran. Dia perasan Imran seperti gelisah apabila ditenung oleh Lizzy. Dia tak marah Lizzy tenung Imran. Dia tahu, Lizzy sedang menahan marahnya.

"Ray, cuìdate (beware)."kata Lizzy lalu keluar dari bilik tersebut. Raysha hanya mengangguk. Dia tahu Lizzy sedang marah. Biarlah dia tenangkan hati dia dulu. Raysha perasan Imran memandangnya. Raysha memandang Imran.

"Boleh kita balik sekarang?"tanya Raysha. Dia sudah bosan duduk dekat hospital lama-lama.

Imran mengangguk. Dia mengambil beg pakaian Raysha yang telah dikemas oleh Lizzy. Dia memandang Raysha yang memandang ke arahnya. Imran mengukir senyuman. Perlahan-lahan tangannya menarik tangan Raysha supaya mengikutnya.

Raysha hanya mengikut arah perjalanan Imran. Walaupun dia agak tak suka ditarik sana sini, dia cuba untuk suka jugak. Yelah, sekarangkan dia tengah dalam proses berbaik-baik dengan Imran.

"Awak tunggu saya kejap eh? Saya nak isi borang keluar jap."kata Imran lalu melepaskan tangan Raysha.

Raysha mengangguk. Sebenarnya, borang keluarnya dah diuruskan oleh Lizzy. Tapi dia sengaja nak tengok sejauh mana Imran akan berusaha untuk berubah. Sebab tu dia biarkan sahaja Imran pergi ke arah kaunter. Raysha memandang kiri dan kanan. Tiba-tiba matanya terhenti ke arah satu arah.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now