Bab 45

6.8K 246 7
                                    

Lizzy bangun dari tidurnya. Dia menggeliat kecil sebelum menutup mulutnya apabila dia menguap. Dia melihat Raysha. Raysha masih lagi tidak sedarkan dirinya. Lizzy bangun dari duduknya. Dia merapatkan mulutnya pada telinga Raysha.

"Aku keluar sekejap. Nanti aku datang balik."kata Lizzy lalu keluar dari bilik Raysha dan mula berlalu ke arah kafeteria hospital untuk mencari makanan. Nanti kalau Raysha bangun, mesti dia lapar.

Baru sahaja Lizzy hendak masuk ke dalam kafeteria, dia melihat seseorang. Seseorang yang agak dia kenali.

"Bukan tu Uncle Damian ke?"kata Lizzy sambil mengerutkan dahinya. Pelik dia apabila dia melihat doktor peribadi grandma nya ada di sini.

Lizzy terus menyorok apabila Dr. Damian melihat ke arahnya. Dia tidak boleh biarkan Dr. Damian tahu yang Raysha ada di sini. Mesti nanti Dr. Damian bagitahu grandma. Dia cepat-cepat keluar dari kafeteria ni. Sedang dia kalut nak keluar, dia melanggar seseorang.

"Sorry, saya tak sengaja."kata Lizzy sambil membantu lelaki yang dilanggarnya itu menyusun fail yang sudah terkeluar isinya.

"It's okay."kata lelaki tersebut lalu berdiri semula. Dia melihat perempuan yang dilanggarnya.

"Lizzy, what are you doing here?"tanya lelaki tersebut. Pelik dia melihat Lizzy di hospital dan bukannya di badminton court pagi-pagi ni. Yelah, dia biasa terjumpa Lizzy di badminton court waktu cuti hujung minggu.

"Kyle!"kata Lizzy yang turut terkejut melihatnya.

"Yeah. You buat apa kat sini?"tanya Kyle sekali lagi.

"Err . . ."Lizzy berfikir. Nak tipu tak ye? Tapi Kyle anak Dr. Damian. Peratus untuk grandma tahu pasal Raysha adalah 99.9%. Macam mana ni? Tipu jelah.

"Ada sorang pekerja I masuk hospital. Tu yang I pergi melawat tu."kata Lizzy sambil tersenyum. Seronok melihat muka Kyle yang putih bersih tu. Tapi sayang, Kyle dah bertunang pulak. Dengan perempuan gedik pulak tu.

"Such a great employer."kata Kyle memuji. Sepupu Raykarl yang seorang ni memang baik hati.

"Of course I am. Mana boleh biarkan pekerja kita susahkan."kata Lizzy lagi. Dia melihat fail yang berada di tangan Kyle. Tertanya-tanya jugak dia Kyle nak buat apa dengan fail tersebut.

"You pulak, buat apa kat sini? Siap dengan fail bagai."tanya Lizzy pula.

Kyle melihat fail ditangannya sebelum memandang Lizzy semula.

"Oh, file ni papa I yang punya. Dia tertinggal kat rumah. Tu yang dia suruh I tolong ambilkan."terang Kyle panjang lebar. Walaupun ini kali pertama dia bersembang dengan sepupu Raykarl yang sorang ni, dia rasa selesa.

"Such a great son."puji Lizzy. Tadi Kyle ada memujunya. Tak salahkan kalau dia memuji kembali.

"Not really."kata Kyle sambil membuat muka tak sukanya. Dia tak suka dipuji anak yang baik.

Lizzy mengangguk. Langsung tidak sedar dia dah lama tinggalkan Raysha seorang diri di biliknya.

"Lizzy, apa kata you join papa I dengan I breakfast? Lagipun, I rasa mesti you tak breakfast lagi."kat Kyle sambil melihat jam tangannya. Baru pukul 7.50 pagi. Lagipun, kalau Lizzy join mereka breakfast, papanya mesti takkan membebel kepadanya memandangkan ada orang lain di antara mereka.

Lizzy tersenyum mendengar ajakan Kyle. Prince charming ajak breakfast kut. Rasa nak cair macam ais krim pun ada. Lizzy masih senyum-senyum memandang Kyle.

"So?"

"Gre . . . No. Tak bolehlah. I lupa I kena handle something urgent kat office."kata Lizzy beralasan. Dia sebenarnya lupa dia dah tinggalkan Raysha terlalu lama. Harap-haraplah Raysha takkan marah dia nanti.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now