Bab 17

5.8K 208 1
                                    

Raysha melihat muka neneknya yang tersenyum sambil memandang televisyen. Raysha memandang televisyen pulak. Scene orang sedang menangis. Dia memandang neneknya semula untuk memastikan apa yang dia lihat sebentar tadi bukan satu kesilapan. Neneknya memang sedang tersenyum.

"Yang nenek senyum memanjang ni dah kenapa?"tegur Raysha. Pelik pulak dia apabila neneknya asyik senyum je dari tadi sambil memandang televisyen. Dah lah tengah scene sedih, boleh pulak neneknya senyum je. Tak sedih ke dengan heroin yang tengah menangis tu?

Nek Tijah memandang  cucunya sambil tersenyum. Cucunya bukan tahu pun dengan apa yang dia tengah fikir sekarang. Kalau tahu, mahu cucunya juga tersenyum sepertinya.

"Nek, Raysha tanya ni. Kenapa?"tanya Raysha lagi apabila neneknya mengabaikan pertanyaannya sebentar tadi. Kecil hati ni tau, bisik Raysha dalam hati.

"Ini hal orang tua. Kamu jangan sibuk."kata Nek Tijah sambil menyambung senyum nya semula. Kalau dia beritahu Raysha pun, mesti banyak Raysha akan komen. Lebih baik dia diam je.

Raysha mencebik. "Ala, nenek ni nak berahsia pulak. Bagitahu jelah. Kenapa ni nek? Raysha nak dapat pak cik baru eh?"kata Raysha sambil ketawa. Entah apalah dia merepek ni.

Nek Tijah yang dengar kata-kata Raysha terus mencubit lengan cucunya itu dengan kuat. Tahu sangat cucunya itu memerlinya. Nak cakap neneknya ini mengandunglah tu! Ingat orang tak faham?

"Ahhh!!"jerit Raysha sambil cuba melepaskan diri dari neneknya yang macam ketam tu. Sakit betul bila mencubit orang. Ni keturunan ketam ke apa?

"Cakap merepek lagi. Nenek cubit lagi teruk."kata Nek Tijah memberi amaran. Cucunya itu suka sangat merepek yang bukan-bukan. Inilah padahnya.

Raysha memuncungkan mulutnya sambil mengusap-usap lengannya yang sakit akibat dicubit neneknya. Berbisa betul cubitannya. Mesti berbirat nanti.

Tok Lah datang ke ruang tamu sambil memandang cucu dan isterinya. Dia menggelengkan kepalanya. Ada saja yang isu nak bergaduh. Kalau tak gaduh sehari, macam tak lengkaplah hari mereka.

"Raysha, tadi atok lalu depan bilik kamu. Atok terdengar telefon kamu bunyi. Kamu pergilah tengok sana."kata Tok Lah apabila dia teringat dia ada terdengar telefon Raysha berbunyi. Mungkin ada perkara yang penting untuk diberitahu Raysha. Tu sebab asyik berbunyinje telefonnya.

Raysha bangun dari duduknya. Dia berlalu ke arah biliknya. Dari luar biliknya pun, Raysha dapat mendengar bunyi telefonnya berbunyi. Takkan dari tadi tak berhenti berbunyi? Penting sangat ke?

Raysha melihat nama pemanggil di telefonnya. Dia mengerutkan dahinya. Nombor siapa pulak ni? Dia langsung tidak mengenali nombor tersebut. Tapi dia tahu tu nombor dari luar negara. Mungkin kawan-kawannya dari luar negara? Raysha tak fikir panjang, laju sahaja tangannya menekan butang hijau di telefonnya.

"Hel . . ."

"Don't you know how to do your work?! Are you that stupid?!"jerit orang di sana. Dengar kuat suara garau dari arah sana. Mesti lelaki ni.

Belum sempat Raysha hendak berkata apa-apa, dia terus diterjah sebegitu. Dah lah terjerit-jerit. Tak tahu ke orang boleh pekak dengar suara dia yang macam tertelan microphone tu? Nasib baik Raysha sempat menjauhkan telefon tersebut dari telinganya.

"Excuse me? I think . . ."

"I don't care what do you think! What I want to know is, do you know how to do your job?!"jerkah orang di sana sekali lagi. Langsung dia tak memberi ruang untuk Raysha berkata-kata.

"I . . ."

"I don't wanna hear you explaination! This is all rubbish! I told you to do a simple thing! Yet, you're failed!"marah orang di sana. Langsung dia tak memikirkan keadaan Raysha yang dah nak mengamuk macam gunung berapi tu.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now