Bab 48

6.8K 230 7
                                    

" . . . Dengan itu, saya merasmikan majlis ulang tahun KEYS Holding yang ke-30 tahun."kata Raysha lalu turun dari pentas.

Kedengaran kuat bunyi tepukan dari tetamu-tetamu yang hadir. Semasa Raysha turun dari pentas, kebanyakkan tetamu bangun untuk menunjukkan hormat kepada Raysha yang sedang turun dari pentas sehinggalah dia tiba di tempat duduknya. Setelah dia duduk, baru lah semua tetamu yang lain duduk juga.

"Semua tetamu dijemput untuk menjamu selera makanan yang ada di belakang sana."kata pengacara majlis syarikat tersebut lalu memasangkan lagu supaya semua tetamu tidak bosan ketika makan.

Raysha memandang semua orang yang berada di meja yang sama dengannya. Kebanyakkan mereka adalah klien VVIP syarikat bapanya. Jujur dia cakap, semuanya dia tak kenal. Dia tahu mereka semua tu adalah VVIP pun kerana Naira ada memberitahunya yang semua orang yang duduk di mejanya adalah klien VVIP yang cukup penting untuk syarikatnya.

"Cik Muda tak makan ke?"tanya salah seorang lelaki yang agak tua yang sedang duduk semeja dengannya. Dia agak umur lelaki tersebut dalam lingkungan 50-an.

"It's okay. Makanlah dulu. I nak cari seseorang kejap."kata Raysha lalu bangun dari duduknya. Dia melihat kiri dan kanannya kalau-kalau dia ternampak Naira. Namun, langsung tiada. Ke manalah Naira ni menghilang?

Raysha teruskan berjalan sehinggalah satu suara yang memanggil dirinya kedengaran. Raysha memandang ke arah nama dirinya dipanggil. Raysha membuat muka selamba sahaja apabila melihat orang yang dia kenal di majlis ni.

"Raysha  . . . Atau saya patut panggil awak Cik Muda?"tanya Farish sambil tersenyum manis ke arah Raysha. Dia tak sangka yang isteri Imran rupa-rupanya adalah anak kepada Tan Sri Kamil. Usahawan berjaya yang sudah berhijrah ke UK.

"Raysha. Saya prefer nama tu."jawab Raysha. Dia tak sangka pula akan jumpa dengan kawan Imran yang sorang ni. Rasanya tak sampai seminggu, dia jumpa dengan Farish kembali.

"Okey. Saya ingat awak lebih suka orang panggil awak Cik Muda, Cik Muda. Manalah tahu kan. Awakkan anak Tan Sri."kata Farish lagi. Dia langsung tak menjangka yang Raysha ni anak Tan Sri. Selama ni, dia fikir Raysha hanyalah budak kampung yang tiada kaitan langsung dengan bisnes.

"I need to keep a low profile life."kata Raysha kembali. Dia memang kurang gemar dengan panggilan Cik Muda ni semua. Baginya, yang ada kekayaan, title semua tu, keluarganya. Bukan dirinya. Sebab tu dia lebih memilih untuk senyap berbanding kecoh dengan kekayaan keluarganya.

"Ohh. . . Baru saya faham. Saya ingat awak sengaja nak rahsiakan dari Imran. Manalah tahu, awak nak kenakan dia ke?"kata Farish dengan nada perlian. Dia nak tengok sejauh mana kejujuran Raysha terhadap dirinya dan Imran.

"Kenapa saya nak buat macam tu? Saya isteri dia.  Saya cuma nak tengok sejauh mana dia ambil peduli tentang saya. Salah ke kalau saya tak bagitahu Imran? Tak semua perkara kita kena bagitahu. Ada perkara yang memerlukan kita berfikir dan mencari sendiri."kata Raysha panjang lebar. Entah kenapa dia merasa tersindir apabila Farish cakap macam tu? Macamlah dia ni jahat sangat.

"Awak jangan salah faham dengan kata-kata saya, Raysha. Saya tak salahkan awak kalau awak tak bagitahu Imran pun. Memang betul apa yang awak cakap. Tak semua perkara kita kena bagitahu. Tapi setiap perkara ada batasnya."kata Farish seolah-olah tak berapa setuju cara Raysha. Dia rasa seeloknya Raysha memberitahu Imran siapa dirinya. Dia tidak mahu apa-apa jadi dengan Raysha apabila Imran mengamuk.

"Salah ke, kalau saya nak Imran kenal saya tanpa kenal siapa keluarga saya? Saya tak nak dia terima saya sebab saya Raysha Alya binti Tan Sri Kamil dan bukan Raysha Alya binti Kamil. Apa yang hebat sangat dengan title Tan Sri tu?"kata Raysha sambil menahan dirinya daripada meninggikan suara. Entah kenapa dia dapat rasakan yang Farish memandang rendah dirinya. Apa hina sangat ke dirinya tanpa pertolongan ayahnya.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now