Bab 47

6.7K 257 4
                                    

Raysha memandang dirinya di cermin. Dress labuh berwarna hitam menjadi pilihannya. Dia sengaja memilih dress yang simple. Asalnya, Lizzy menyuruhnya memakai dress warna putih yang dipenuhi dengan manik, namun Raysha menolak dengan alasan yang dia tak larat nak bawa baju yang berat tu. Dia melihat mukanya di cermin. Nampaknya, lebam di tepi bibirnya berjaya ditutupi oleh segala alat solek yang ada di mejanya. Dia tersenyum senang.

Lizzy masuk le dalam bilik persiapan Raysha. Dia lihat Raysha sedang tersenyum manis sambil memandang cermin.

"Kan bagus kalau kau senyum macam ni."kata Lizzy sambil tersenyum memandang pantulan Raysha di cermin.

Mati terus senyuman Raysha. Dia duduk di kerusi semula.

"Dah lah. Tadi kau cakap aku tak betul. Sekarang ni kau nak aku senyum pulak."kata Raysha berjauh hati. Sakit betul hatinya apabila Lizzy kata dia tak betul depan Kyle tadi.

"Ala, sorry lah. Aku cakap macam tu sebab Kyle tu sebenarnya kawan baik Karl."kata Lizzy. Dia mula datang mendekati Raysha yang duduk berdepan dengan meja soleknya.

"Apa masalahnya kalau dia kawan abang aku pun? Tak ada masalah kan."kata Raysha lagi.

"Eh, mestilah masalah. Kalau dia bagitahu abang kau yang kau masuk hospital macam mana?"kata Lizzy lagi. Nasib baik dia teringat punca utama dia menipu Kyle tadi.

Raysha mendengus. Sepupunya yang seorang ni memang banyak alasannya. Nasib baik kali ni alasannya logik. Kalau tak, dia tendang je Lizzy ni sampai tergolek.

Lizzy memandang Raysha.

"Kan aku dah cakap, warna putih lagi cantik. Nampak decent je."kata Lizzy setelah melihat Raysha dari atas sampai bawah.

Raysha mengeluh. Lizzy ni ada je nak komen.

"Tak payah lah nak nampak decent sangatlah. Fake je semua tu."kata Raysha. Dia membetulkan sedikit tudungnya yang agak senget. Setelah siap, dia memandang Lizzy.

"Kau tak ikut kan?"tanya Raysha. Kalau boleh dia mahu Lizzy berehat di rumah. Yelah, setelah seharian Lizzy menjaganya semalam.

"Aku nak ikut, kau tak bagi."kata Lizzy dengan muka yang sengaja dimonyokkan. Kecewa dia tak dapat ikut Raysha. Mesti ramai mamat handsome kat sana. Hahahaha.

"Kesian kau. Dah lah penat jaga aku semalam. Tak pe. Hari ni aku bagi kau rehat je."kata Raysha sambil tersenyum. Dia memang tak mahu menyusahkan Lizzy.

"Yelah. Kau tu, jangan tunjuk sangat muka sombong kau. Nanti semua clien lari."kata Lizzy mengingatkan. Bukan dia tak kenal Raysha, dengan orang tak kenal, bukannya nak cakap atau apa. Bukan hanya bercakap, senyum pun tak. Haish!

"Relaxlah. Just jadi diri sendiri."kata Raysha lagi.

"Itulah yang masalahnya. Kalau orang lain, mesti aku nasihatkan jadi diri sendiri. Tapi kalau kau, aku kena nasihatkan lain. Jadi orang lain. Sebab diri kau tu lain dari orang lain."kata Lizzy sebelum sebuah bantal hinggap di mukanya akibat dibaling Raysha. Lizzy memegang mukanya yang dibaling bantal oleh Raysha.

"Whatever."kata Raysha lalu mengambil beg tangannya yang berwarna sama dengan bajunya. Seterusnya, dia langsung keluar dari biliknya. Dia mengambil kunci kereta Audi yang terdapat pada bekas kunci. Kereta Lizzy yang paling dia suka. Setelah itu, dia terus keluar rumah untuk ke majlis syarikat.

*****
Raysha memandang hotel yang tersegam indah di hadapannya. Dia berjalan perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam hotel tersebut. Masuk sahaja di dalam, dia lihat, sudah ramai orang yang sudah hadir. Dia melihat jam tangannya. Baru pukul 8.30 malam. Majlis bermula 8.45 malam. Rajin pulak orang datang awal ye.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now