Bab 54

6.6K 266 18
                                    

Bunyi telefon yang tidak henti-henti dari tadi membuatkan Raysha bangun dari duduknya lalu mengangkat panggilan tersebut. Langsung dia tidak melihat mana pemanggil.

"Hello."kata Raysha.

"Assalamualaikum, anak ayah."kata Tan Sri Kamil dengan mesra. Sudah lama dia tidak berbual-bual dengan anaknya yang bongsu.

"Waalaikumussalam. Ayah apa khabar?"tanya Raysha setelah menjawab salam ayahnya. Sudah lama dia tidak mendengar khabar tentang ayahnya.

"Ayah sihat. Tapi anak ayah ni sihat ke? Kenapa suara macam lain je? Raysha nangis ke?"tanya Tan Sri Kamil dengan risau. Tak biasanya anaknya ini menangis. Dia kenal anaknya. Raysha kuat.

"Selsema sikit."kata Raysha berdalih. Takkan lah dia nak mengaku dengan ayahnya yang dia menangis. Dia tidak mahu ayahnya risaukannya. Cukuplah ayahnya risaukan kesihatan sendiri.

"Kesian anak ayah. Macam manalah Imran jaga kamu ni? Sampai boleh demam? Kalau ayah jumpa dia, tahulah ayah nak ajar dia macam mana."kata Tan Sri Kamil bergurau. Dia cuba menceriakan anaknya yang kedengaran muram. Entah kenapa, hati tuanya merasakan yang anaknya itu sedang menyorokkan sesuatu.

"Not his fault. Raysha yang tak jaga diri."kata Raysha mempertahankan. Walaupun dia sebenarnya terkejut yang ayahnya membuka cerita tentang Imran.

"No. Salah dia. Dia patut jaga Raysha. Raysha isteri dia. Dia patut risaukan Raysha. Mana dia? Ayah nak cakap kejap."kata Tan Sri Kamil. Selama ini, dia langsung tak pernah bercakap dengan menantunya.

"Dia dah tidur lah. Sekarang dah pukul 2 pagi."kata Raysha beralasan. Takkan dia nak cakap yang Imran dah keluar rumah.

"Haahlah. Ayah lupa. Kat sini kat masanya berbeza."kata Tan Sri Kamil sambil ketawa. Macam mana dia boleh lupa yang anaknya ini tinggal di Malaysia dan bukan di London?

"Ayah nak cakap apa dengan dia? Raysha boleh sampaikan."kata Raysha.

"Tak pelah. Ni ayah nak tanya ni. Sampai bila Raysha nak relax? Tak nak sambung belajar macam abang dengan kakak? Ayah yakin yang Imran boleh tanggung Raysha tapi ayah tak nak anak ayah ni ketinggalan. Ayah tahu yang Raysha minat sangat belajar."kata Tan Sri Kamil. Selama ni, keputusan Raysha tidak pernah mengecewakan. Dia tahu anaknya itu minat sangat belajar. Tapi dia sendiri tidak tahu kenapa anaknya yang seorang ni kata nak relax dulu tanpa menyambung pelajaran dengan abang dan kakaknya.

Raysha diam. Dia tahu yang suatu hari nanti pasti ayahnya akan bertanyakan hal tersebut. Tapi dia memilih untuk menjawab . . .

"Suatu hari nanti, Raysha akan sambung. Buat masa ni, Raysha perlukan masa. Ayah bagi Raysha masa eh?"kata Raysha. Dia memang sengaja tidak mahu menyambung belajar sama-sama dengan abang dan kakaknya. Dia tidak mahu kakaknya itu kecewa. Dia tahu. Setiap kali peperiksaan, pasti keputusan peperiksaan nya dan kakaknya dibandingkan. Dia tidak mahu.

"Suatu hari nanti. Ayah dah agak dah yang Raysha akan cakap macam tu. Sebab tu ayah nak minta tolong Raysha sesuatu ni."kata Tan Sri Kamil.

"Mintak tolong apa?"tanya Raysha. Pelik bila ayahnya meminta tolong dia.

"KEYS Holding. Ayah nak Raysha tolong uruskan sementara Raykarl belajar."kata Tan Sri Kamil. Dia tahu anaknya takkan menghampakan dia. Dia juga tahu yang anaknya itu belajar tentang perniagaan dengan mak mertuanya.

"KEYS Holding?"ulang Raysha sekali lagi. Manalah tahu, dia tersilap dengar ke apa ke.

"Ye. Ayah nak Raysha uruskan. Ayah tahu yang Raysha pandai uruskan bisness. Jadi, ayah mintak tolong sangat. Boleh Raysha tolong ayah? It's okay kalau Raysha tak datang office hari-hari. Yang penting, Raysha pantau semua urusan. Kalau Raysha nak uruskan dari rumah pun, it's okay."kata Tan Sri Kamil dengan bersemangat.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now