Bab 53

6.5K 232 15
                                    

Wani menghempas telefonnya ke lantai. Sakit hatinya bila dapat tahu dari kawannya yang Imran sudah berbaik dengan Raysha. Tak boleh! Dia tak boleh biarkan Imran suka Raysha. Imran hanya miliknya. Imran patutnya sukakannya dan bukannya Raysha.

Irfan masuk ke dalam bilik apabila terdengar bunyi sesuatu terjatuh. Dia lihat isterinya seperti sedang termenung. Muka isterinya jelas kelihatan seperti sedang marah.

"Wani okey?"tanya Irfan serentak mendekati isterinya. Dia memegang bahu isterinya apabila dia melihat isterinya seperti tidak mendengar kata-katanya.

Wani tersentak. Dia memandang Irfan yang melihat ke arahnya. Dia tersenyum. Dia tak boleh biarkan Irfan tahu yang dia sedang marah. Dia perlu menunjukkan sifat yang baik depan Irfan supaya Irfan tidak curiga dengannya.

"Abang buat apa kat sini? Bukan abang kat bawah ke?"tanya Wani sambil tersenyum.

"Abang dengar bunyi sesuatu terjatuh. Abang ingatkan apalah tadi. Wani okey ni? Ada masalah ke? Boleh ceritakan kat abang?"tanya Irfan. Dia melihat telefon Wani yang dicampak Wani ke lantai. Dia pasti yang isterinya ini mempunyai masalah. Kalau tak, takkan sampai nak campak telefon bagai.

"Tak adalah bang. Bukan apa-apa pun. Cuma stress dengan kerja je."kata Wani sambil cuba memaniskan muka. Takkanlah dia nak cerita yang dia sakit hati dengan Raysha. Nanti tak pasal-pasal Irfan mengamuk pulak kat sini. Bukan dia tak tahu yang Irfan sukakan Raysha.

"Betul ni?"tanya Irfan memastikan. Dia tahu, bukan tentang kerja yang membuatkan Wani marah sebegitu sekali. Pasti ada hal lain.

Wani mengangguk sambil tersenyum. Dia tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Dia memandang Irfan.

"Abang, apa kata malam ni kita pergi rumah Imran nak? Dah lama Wani tak jumpa Raysha. Terasa rindu pulak dengan dia."kata Wani memancing. Dia tahu. Pasti suaminya akan setuju dengannya ajakannya. Yelah, kan suaminya itu dah lama tak jumpa Raysha.

Irfan diam. Sudah lama jugak dia tak jumpa adik dan Raysha. Masa dia ambil Wani di rumah Imran tempoh hari, kedua-dua Imran dan Raysha tiada di rumah kerana mereka berdua keluar menurut kata Wani.

"Okey. Nanti abang bagitahu Imran yang kita nak datang."kata Irfan sambil tersenyum. Dia mula bangun dari duduknya dan berlalu ke arah ruang tamu untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di sana.

Wani tersenyum gembira mendengar kata-kata suaminya. Peluang yang datang jangan dilepaskan. Dia akan pastikan yang Imran bencikan Raysha semula.

"Raysha, tunggu balasan kau sebab rampas Imran dari aku."kata Wani sebelum ketawa sinis. Dia akan buat Imran bencikan Raysha. Itu janji dia.

*****
Imran membuka pintu rumahnya apabila loceng rumahnya berbunyi. Dia melihat tetamu di depan rumahnya sebelum bersalam dengan abangnya. Dia tengah cuba terima hakikat yang jodoh abangnya dengan Wani. Walaupun perit, dia akan cuba terima.

"Masuklah."kata Imran kepada abangnya dan Wani. Dia membuka pintu rumahnya dengan lebih besar.

"Assalamualaikum."kata Irfan apabila masuk ke dalam rumah Imran. Dia melihat sekeliling rumah adiknya. Kemas. Tak seperti sewaktu dia masuk ke dalam rumah adiknya semasa dia ingin mengambil Wani tempoh hari.

"Kemas rumah? Hari tu bukan main bersepah."kata Irfan bergurau. Dia melihat adiknya memuncungkan mukanya apabila dia berkata sebegitu.

"Orang busy lah. Mana sempat nak kemas."kata Imran beralasan. Selepas sahaja dia hampir membunuh Raysha tempoh hari, dia langsung tidak duduk situ sebenarnya. Dia tinggal di rumah Farish.

"Yelah tu. Bukan tak tahu yang adik abang ni memang pemalas. Kesian Raysha kena kemas rumah. Kenapalah tak upah pembantu je? Kan senang."kata Irfan lalu duduk di sofa apabila Imran mempersilakannya duduk.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now