Bab 76

5K 135 5
                                    

"Liz, aku nak tanya something."kata Raysha memulakan ayat. Dalam fikirannya, bermacam-macam soalan yang dia mahu utarakan.

"Apa dia?"soal Lizzy setelah menyedut air tembikainya.

"Kau ingat tak Zachary Anderson?"soal Raysha sambil memandang Lizzy.

Lizzy yang mendengar soalan Raysha terkejut lalu tersebur air yang masih berada di dalam mulutnya. Dia langsung tak menjangkakan soalan ni akan keluar dari mulut Raysha. Tentu sahaja dia ingat siapa Zachary. Mana mungkin dia lupakan nama orang yang memberi impak yang besar dalam hidup Raysha.

"Mestilah. Tak... Takkan aku lupa pulak? Kenapa kau tiba-tiba tanya ni?"soal Lizzy sambil memandang pelik ke arah Raysha. Bukan ke Raysha sendiri mengharamkan nama itu disebut didepannya?

"I miss him."kata Raysha sambil memandang Lizzy dengan muka sedih. Sebenarnya, dia masih mencari cara supaya Lizzy menceritakan siapa Zachary kepadanya.

"Err... Ray. Bukan kau cakap nak discuss pasal Kyle ke? Kenapa tiba-tiba kita cakap pasal dia?"kata Lizzy mengingatkan Raysha kenapa mereka berjumpa. Sengaja dia mengelak untuk berbincang tentang Zachary.

"Entah. Tiba-tiba rindu dia. Kau tak rindu dia?"soal Raysha membuatkan Lizzy mati kata. Tipulah kalau dia cakap dia tak rindu sahabat dia yang sorang tu. Tapi dia tahu, sekuat mana pun rindu dia dengan Zach, pasti takkan sekuat Raysha rindukan Zach.

"Err.. rin.."

"Don't you dare missed him. He's mine."

Lizzy memandang Raysha. Dia masih ingat kata-kata Raysha yang mana Raysha menghalang dirinya berkata bahawa dia rindukan Zach. Yelah, masa tu kan Raysha mabuk bercinta dengan Zach. Manalah dia bagi orang lain rampas Zach daripadanya. Nak cakap rindu pun tak boleh inikan pulak nak cakap sayang. Mahu Raysha berperang dengannya nanti.

"Kyle apa cerita sekarang?"soal Lizzy sambil bermain-main dengan straw di dalam cawan.

Raysha memandang sebal ke arah Lizzy. Tahulah tu crush dia. Tak payahlah asyik nak sebut je pasal mamat tu! Menyampahlah! Kata Raysha dalam hati.

"Kalau kau nak tahu sangat pasal dia, kenapa tak jumpa dia je?"kata Raysha geram. Lain yang dia mahu, lain yang Lizzy jawab. Kalau macam ni, tak guna lah dia jumpa Lizzy hari ini.

"Eh, nak marah aku pulak. Bukan ke kau yang ajak aku jumpa nak cakap pasal Kyle?"kata Lizzy sambil mengerutkan dahinya. Dia memang tahu Raysha ni 'complicated' orangnya tapi taklah se'complicated' ni.

"Dah lah. Aku nak balik."kata Raysha sebal. Lizzy memang takkan beri dia jawapan yang dia mahukan.

Tiba-tiba Raysha terpandang rantai yang dipakai oleh Lizzy. Kenapa dia rasa macam dia pernah nampak rantai tu?

Lizzy yang perasan akan pandangan Raysha terus memandang dirinya sendiri. Baru dia perasan sesuatu. Rantai yang dia pakai . . . Lizzy memandang Raysha kembali.

"Asal kau pandang aku macam tu?"tanya Lizzy sengaja untuk ubah fokus Raysha.

"Mana kau dapat rantai tu?"tanya Raysha pula. Entah kenapa dia dapat rasakan sesuatu tentang rantai tu.

"Rantai ni . . ."kata Lizzy sambil memegang rantainya. Dia mula memikirkan alasan yang sesuai untuk menipu Raysha. Dia tahu, Raysha tidak suka dia ambil barang Raysha.

"Daddy bagi. Cantik kan? Sama macam kau punya."kata Lizzy sambil tersenyum nipis. Tidak mahu Raysha berkecil hati dengannya.

"Oh. Cantik rantai tu."kata Raysha lalu menyedut air lemonnya. Raysha memandang jam tangannya. Sekarang sudah pukul tiga.

Bahagia Yang Tertangguh Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin