Bab 77

4.9K 130 4
                                    

Raysha melihat mukanya dicermin. Perlahan-lahan dia menyentuh mukanya yang disentuh Kyle sebentar tadi. Entah kenapa dia tidak marah Kyle di atas perbuatan Kyle sebentar tadi. Am I turning into bitch now?  Desis Raysha dalam hatinya. Biasanya dia tidak suka ada orang sentuh dia sesuka hati.

Raysha menatap lagi mukanya di cermin. Entah kenapa dia rasa tenang bila Kyle sudi menenangkannya tadi. Mungkin ke dia dah mula sukakan Kyle? Mungkin betul cakap Kyle. Dia takut nak terima suapan Kyle sebab dia takut jatuh hati kepada Kyle.

"Adik tunggu cermin tu pecah ke baru adik nak berhenti tengok cermin tu?"tegur Raykarl dari muka pintu.

Raysha menghela nafas. Terkejut dia apabila abangnya menegur dari muka pintu. Nasib baik dia sempat mengawal riak mukanya dari berubah. Raysha memandang abangnya melalui pantulan di cermin.

"Nak apa?"tanya Raysha terus.

"Hrm . . . Best tak date dengan Kyle?"kata Raykarl sambil senyum memandang adiknya.

"Date apanya. Tu hang out bukan date."kata Raysha membetulkan. Date apa kalau aku tak rasa gembira. Desis Raysha dalam hati.

"Hang out dengan date bukan sama ke?"tanya Raykarl sambil berfikir.

"Sapa kata sama? Lain okey. Hang out tu, dengan kawan-kawan. Date tu, dengan the loves one. Tak belajar eh?"perli Raysha. Geram dia apabila melihat abangnya hanya senyum sahaja mendengar jawapannya.

"So, kiranya sekarang ni Kyle tu dah jadi kawan adiklah. Wow! Mula-mula kawan lepas tu boyfriend lepas tu husband. Sweetnya adik ni."kata Raykarl seronok mengenakan adiknya. Ingat dia tak pandai memerli orang ke?

Raysha mencebik. Dia memandang abangnya yang sudah mula duduk di atas katilnya.

"Abang nak apa sebenarnya ni?"kata Raysha serius. Dia tiada moodlah nak main-main.

"Apa pandangan adik tentang Kyle?"tanya Raykarl ingin tahu. Selama ni dia perasan yang adiknya agak dingin dengan Kyle.

"Alien dari planet marikh."jawab Raysha selamba.

"Wow! Alien. Nice choice sister."kata Raykarl menprovok Raysha. 

"Just straight to the point. Abang nak apa sebenarnya ni? Kenapa beriya-iya sangat nak jodohkan adik dengan Kyle ni? Kenapa tak kakak je?"tanya Raysha ingin tahu. Dia tidak faham dengan abangnya seorang ni. Kalau nak diikutkan, kakaknya lebih rapat dengan abangnya berbanding dirinya. Jadi, kenapa abangnya sibuk-sibuk nak jodohkan kawan baik dia dengan dirinya berbanding kakaknya?

"Because I trust him. I believe that he could take care of you."kata Raykarl sambil memandang adiknya. Jujur dia cakap, dia sangat percayakan Kyle untuk jaga Raysha.

"Why me? Kenapa bukan kakak?"tanya Raysha lagi. Kalau dengan kakaknya, pasti Kyle dah beranak-pinak dah. Yelah, kakaknya tu kan lembut hati. Senang-senang je Kyle tu tackle.

"Kalau abang cakap ni, Raysha jangan terkejut tau. Abang dapat rasakan yang Kyle cintakan Raysha. Sebab tu, abang buat semua ni."kata Raykarl serius. Dia tahu yang Kyle sukakan Raysha. 

"Nonsense. Tak mungkin dia cintakan adik. Adik ni, bukan macam kakak. Adik ni janda."kata Raysha mengingatkan status yang dia pegang. Dia pernah kahwin dan dia pernah bercerai. Bukan semua orang dapat terima status janda dia.

"Apa masalahnya pun dengan janda? Adik tak boleh terima Kyle sebab status tu ke? Walaupun adik janda, tak semestinya adik kena rasa rendah diri. Adik masih ada tarikan tersendiri. Tak salahkan kalau Kyle nak kahwin dengan adik."kata Raykarl. Dia tahu adiknya cuba menjauhkan dirinya dengan orang lain kerana status tu.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now