Bab 69

6.7K 282 9
                                    

5 tahun kemudian . . .

Raysha menolak beg bagasinya ke arah Pak Itam. Dia tersenyum memandang Pak Itam yang sudah sedia menantinya di lapangan  terbang.

"Assalamualaikum, Cik Muda."kata Pak Itam lalu menunduk sedikit. Dia perasan yang Raysha sudah lain benar sekarang.

"Waalaikumussalam. Pak Itam ni. Kan Raysha dah cakap jangan panggil Cik Muda."kata Raysha sambil ketawa. Pemandunya ni memang suka sangat memanggilnya dengan nama gelaran dia.

"Ala, nanti Puan Sri marah lah, Raysha."kata Pak Itam sambil berjalan disebelah Raysha yang turut sama berjalan.

"Sekarang ni Puan sri tak ada. Siapa nak marah."kata Raysha sambil mengeluarkan telefonnya nya yang kebetulan berbunyi. Dia membuka mesejnya.

Straight to the office. Ayah dah suruh abang kenalkan Raysha dekat staff.
- Ayah

Raysha menyimpan kembali telefon bimbitnya. Dia menunggu Pak Itam yang sedang menyimpan beg bagasinya ke dalam bonet. Disebabkan malas menunggu lebih lama, Raysha terus membuka pintu sebelah pemandu sebelum masuk ke dalam.

Buka sahaja pintu kereta, Pak Itam terkejut apabila melihat Raysha duduk di tempat sebelah pemandu.

"Kenapa Raysha duduk depan?"tanya Pak Itam sebelum masuk ke dalam kereta.

"Kenapa pulak tak boleh duduk depan?"tanya Raysha kembali. Dia memandang Pak Itam yang seperti serba salah sahaja dengannya.

"Err . . ."

"Pak Itam pandu je. Raysha takkan kacau. Oh! Lagi satu. Straight pergi office. Ayah suruh ke sana."kata Raysha sambil memakai cermin matanya. Dia jadi pening melihat cahaya matahari yang agak terang.

"Yelah."kata Pak Itam. Dia mula memandu kereta dengan senyap.

*****
Raysha menutup pintu keretanya. Dia memandang bangunan tinggi dihadpannya. Langsung tidak berubah keadaan bangunan tersebut.  Sudah lama dia tidak ke sini. Kali terakhir dia datang ke sini adalah lima tahun lepas. Sejak itu, dia langsung tidak menjejakkan kaki ke sini lagi.

Raysha memandang Pak Itam yang masih menunggunya di dalam kereta. Dia membuka pintu kereta semula.

"Pak Itam balik dululah. Raysha nanti balik dengan abang atau kakak."kata Raysha. Setelah itu, dia menutup pintu kereta kembali. Dia mula masuk ke dalam bangunan tinggi tersebut.

Masuk sahaja bangunan tersebut, dia berlalu ke arah lif. Nasibnya agak baik bila lif itu terbuka semasa dia berada di depannya. Raysha terus masuk.

Sampai sahaja di tingkat yang diingini, dia terus keluar dari lif. Raysha bergerak ke arah meja pembantu peribadi abangnya.

"Cik muda. Tadi Tuan Raykarl cari Cik muda."kata Naira sedikit kelam kabut. Dia terus bangun dari duduknya.

Raysha mengerutkan dahinya. Abangnya dah tahu ke dia dah sampai?

"Ala cik muda ni. Tak payahlah nak kerut dahi tu. Cik muda lupa ke yang cik muda suruh Tuan Raykarl ganti Cik Muda pergi meeting?"kata Naira sambil tersenyum memandang Raysha.

Raysha diam baru dia faham sekarang. Sebenarnya Naira sudah salah faham. Dia bukan Rayna. Dia Raysha.

"I rasa you masih tak kenal I, Naira. I bukan kakak I."kata Raysha serius. Walaupun sudah lama Naira bekerja dengan keluarganya pun, dia masih susah nak bezakan Raysha dan Rayna.

"Maaf, Cik Muda Raysha. Saya fikir tadi . . ."

"Rayna."kata Raysha menyambung kata-kata Naira. Tahu sangat apa yang difikirkan Naira.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now