Bab 20

7K 240 14
                                    

Raysha memandang studio yang sedang dijelajahinya. Dekorasi yang simple tapi nampak mewah. Dia memandang studio tersebut sebelum tersenyum gembira. Tak sangka yang nenek nya akan memberikannya studio secantik ni.

"So, how? Do you like it?"tanya Madam Rose yang dari belakang. Dia perasan yang cucunya itu dari tadi lagi nampak seronok melihat studio itu.

Raysha berpaling memandang neneknya yang tersenyum memandangnya.

"Like it? I love it. Thanks grandma."kata Raysha lalu berlari ke arah neneknya dan memeluknya. Sudah lama dia tak memeluk neneknya yang seorang ni.

Madam Rose membalas pelukan cucunya itu. Cucunya itu memang manja. Macam manalah dia boleh duduk di kampung. Mesti sukar untuknya. Walaupun dia duduk di luar negara, dia selalu mengambil tahu tentang cucunya yang seorang ni.

Raysha melepaskan pelukan. Dia melihat sekeliling lagi sebelum memandang neneknya yang ketawa kecil melihatnya.

"Grandma, it's not funny."kata Raysha sambil membuat muka monyoknya. Dia tahu neneknya pasti akan memujuknya.

Madam Rose menggelengkan kepalanya. Tahu sangat cucunya yang seorang ni nak dia memujuk. Dia menepuk perlahan bahu cucunya. Dia tahu cucunya itu berpura-pura merajuk je.

"Grandma . . ."kata Raysha meleret-leret. Neneknya ni suka menganggap nya macam budak-budak.

"Ray, I'm sorry okay."kata Madam Rose dengan muka sedihnya. Sengaja melayan kerenah cucunya yang seorang ni.

Raysha ketawa. Kesian melihat muka neneknya yang sedih itu. Dia hanya bergurau sahaja.

"Anyway Raysha. You look different."kata Madam Rose. Dia agak terkejut melihat cucunya yang bertudung itu. Selama ni, Raysha tak bertudung. Bukan dia tak suka, cuma nampak pelik je.

Raysha diam. Dia ada sebab dia sendiri kenapa dia memakai tudung. Dia akui, memang selama ni dia tak bertudung. Tapi disebabkan satu sebab tu, dia mula memakai tudung.

"Err . . . Grandma. I'm hungry."kata Raysha menukar topik. Dia tak mahu, neneknya itu mengorek rahsianya. Bukan dia tak tahu, neneknya itu memang suka mengorek rahsianya.

Madam Rose memandang cucunya. Dia tahu ada sesuatu yang Raysha rahsiakan darinya. Tapi dia tak nak memaksa Raysha.

"We . . .

"What a warm feeling here?!"tanya seseorang dari arah pintu. Dia memengang dua buah beg plastik yang ada menulis KFC. Dia memandang Raysha sambil tersenyum. Rindu betul dia dengan sepupunya seorang ni.

Raysha memandang ke arah pintu. Dia melihat seorang perempuan di situ sedang tersenyum memandangnya. Dia membuat muka pelik ke arah perempuan tersebut.

Lizzy mendengus melihat reaksi Raysha. Macam ni ke cara dia sambut aku? Tak mesra langsung. Dia mendekati neneknya lalu memeluk neneknya.

"I miss you, Grandma."kata Lizzy sambil memeluk neneknya. Sudah lama neneknya tidak datang ke Kuala Lumpur ni.

Madam Rose membalas pelukan cucunya. Terubat rindunya dekat cucunya yang sorang ni.

Lizzy melepaskan pelukan. Dia memandang Raysha yang dari tadi membuat muka ke arahnya.

"Don't you miss me, cousin?"kata Lizzy serentak terus memeluk Raysha. Dia ketawa senang apabila Raysha cuba melepaskan dirinya dari pelukannya. Dia melepaskan pelukan setelah beberapa saat. Dia memandang muka Raysha yang seperti nak memarahinya.

"Sorry lah."katanya sambil ketawa. Dia tahu Raysha paling tak suka apabila orang memeluknya sesuka hati.

Raysha memandang Lizzy. Lizzy sepupunya yang dia paling rapat. Walaupun mereka berlainan agama, mereka tetap rapat.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now