Bab 33

5.6K 188 6
                                    

Raysha memeluk neneknya dengan erat seperti sudah lama tidak memeluk neneknya. Kini mereka berada di luar rumah neneknya.

Nek Tijah menepuk-nepuk belakang badan Raysha. Tahu yang cucunya masih tidak mahu meninggalkan rumahnya ini.

"Ehem!"Imran berdeham. Geram pulak melihat Raysha yang tidak habis-habis memeluk neneknya. Dia tak tahu ke aku tengah berjemur tunggu dia berpeluk!

"Raysha, sudah-sudah lah tu. Kesian Imran. Nanti petang dia kena ke pejabat dia pulak."tegur Tok Lah. Dia tahu Imran pasti tengah geram dengan Raysha. Bukannya sekejap dia berpeluk dengan neneknya. Dah nak dekat setengah jam dah.

Raysha masih tidak melepaskan pelukan. Kata-kata atoknya masih diabaikan. Dia nak tinggal sini! Tak nak ikut mamat senget tu!

"Raysha, sudah lah."kata Nek Tijah. Dia berusaha melepaskan dirinya dari pelukan Raysha. Setelah terlerai pelukan tersebut, dia memandang cucunya yang membuat muka monyok.

"Isk! Dia ni. Nanti Imran bawa kamu balik sini. Bukannya dia langsung tak balik."kata Nek Tijah sambil mencuit pipi cucunya.

"Raysha nak duduk sini."kata Raysha kepada neneknya. Dia memang tak nak ikut Imran. Dia dapat rasakan sesuatu yang tidak baik setiap kali dia dekat dengan Imran.

"Mana boleh. Takkan nak tinggal suami kamu sorang-sorang?"kata Nek Tijah sambil memandang Imran yang berjalan mendekati Raysha.

Imran berjalan mendekati Raysha lalu memeluk bahu Raysha. Dia perasan yang Raysha seperti terkejut dengan tindakannya.

"Takkan awak nak tinggal saya sorang-sorang? Awak tak kesiankan saya?"tanya Imran dengan nada yang lembut. Depan Nek Tijah, mestilah dia kena berlembut.

Raysha memandang ke tepi sebelum mencebik. Pura-pura baik konon! Kalau nenek dengan atok, kau bolehlah tipu! Dengan aku, jangan harap!

"Raysha, kesian Imran. Kamu ikutlah dia. Nanti kalau ada masa terluang, kamu balik lah sini. Bukannya jauh pun."pujuk Nek Tijah sambil mengusap-usap kepala cucunya yang degil. Susah betul nak ubah keputusan Raysha.

Raysha mengangguk. Dia bersalam dengan nenek dan atoknya. Seterusnya dia memandang Imran yang turut melakukan hal yang sama.

"Masuk dalam kereta sayang."kata Imran lalu masuk ke dalam keretanya. Dia memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan pemanduannya.

Raysha mendengus sebelum masuk ke dalam kereta. Dia melihat keaddan dalam kereta Imran yang mewah ini. Nampak bersih je dalam kereta Imran.

Imran yang perasan perlakuan Raysha, terus menegur. "First time naik kereta mewah ke?"

Raysha memandang ke sebelah kirinya lalu menjeling ke atas. First time? Hello, setakat kereta macam kau ni, aku tak heran lah! Berlambak kereta macam ni kat rumah Grandma. Getus Raysha di dalam hati.

Imran yang melihat Raysha hanya diam, tersenyum sinis. Mesti first time naik ni.

"Kau ni tak reti pakai seat belt ke? Tahu kereta aku ni cantik. Tapi takkan kau takjub sangat sampai tak nak pakai seat belt. Aku tak boleh jamin keselamatan kau nanti kalau kau tak pakai seat belt."kata Imran sinis. Tahulah seronok naik kereta mewah. Tapi takkan lah sampai lupa tentang keselamatan. 

Raysha terus memakai tali pinggang keledar. Malas dia nak melayan Imran membebel. Dah lah membebel mengalahkan perempuan. Sakit telinga dia mendengarbImran membebel.

Perlahan-lahan Imran mula menekan enjin. Keretanya mula bergerak dan Imran sempat menekan hon semasa keretanya meninggalkan kawasan rumah Tok Lah.

Raysha melambaikan tangannya ke arah neneknya. Selepas ni, makin jaranglah dia nak jumpa neneknya.

"Sudah lah tu kau ni. Lambai-lambai. Dah jauh dah pun."kata Imran dengan jengkel. Mereka dah jauh meninggalkan rumah Tok Lah, tetapi Raysha tak habis-habis melambai. Malu dia orang kiri kanan tengok kereta dia ada perempuan melambai-lambai. Mesti orang ingat dia bawa perempuan gila.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now