Bab 27

5.6K 167 4
                                    

"Ray, kau nak balik sekarang jugak ke?"tanya Lizzy dengan nada risaunya. Mestilah dia risau. Dah lah Raysha baru sedar dari pengsannya. Ni tiba-tiba dah nak balik kampung pulak. Waktu malam pulak tu.

"Haah."balas Raysha sambil memasukkan bajunya ke dalam beg pakaiannya. Dia sepatutnya balik petang tadi. Namun, disebabkan dia pengsan sebab kekurangan darah, menyebabkan dia terpaksa menangguhkan waktu baliknya.

"Ala, tak payah balik lah. Tangguh je wedding tu. Kau dah lah tak sihat. Tengok muka kau ni. Pucat lagi."balas Lizzy sambil membelek-belek muka Raysha yang pucat.

Raysha menepis tangan Lizzy ke tepi. Mengganggu je dia nak mengemas pakaiannya. Dah lah dia dah lambat.

"Aku dah janji dengan nenek aku. Tak baik mungkir janji."balas Raysha sambil tangannya masih ligat mengambil baju dari almari lalu memasukkan ke dalam begnya.

Lizzy mencebik. Ini lah masalah Raysha ni. Asyik janji, janji dan janji. Suka sangat buat janji dengan orang. Dalam keadaan dia yang tak sihat pun masih sibuk nak tunaikan janji.

Raysha mengangkat mukanya. Dia memandang Lizzy yang membuat muka. Dia menggelengkan kepalanya sebelum mengzip beg pakaiannya. Dia mula mengangkat begnya.

Lizzy yang perasan perbiatan Raysha terus menghalang.

"Eh, eh. Biar aku angkat beg ni."kata Lizzy lalu mengambil beg tersebut dari tangan Raysha.

Raysha hanya membiarkan. Dia pun sebenarnya tak larat nak angkat beg tersebut. Dengan betisnya yang sakit lagi. Dia terpaksa menahan sakit apabila dia cuba berjalan. Dia juga risau sekiranya neneknya di kampung tahu dia luka sebegini. Entah apalah neneknya akan komen nanti.

Raysha menuruni tangga dengan perlahan. Dia cuba berjalan seperti normal. Risau dia apabila sampai di kampung nanti neneknya pelik melihat dia terhinjut-hinjut berjalan.

"Ray, do you have to go back now?"tanya Madam Rose lembut. Dia risau betul dengan cucunya yang seorang ni. Dalam keadaan sakit pun masih berdegil nak balik jugak.

"Yes, grandma. I had promised. I need to fulfill my promise."kata Raysha. Dia memeluk grandmanya yang tampak sedih apabila dia hendak pergi balik kampung.

"Don't worry. I'll be fine."kata Raysha sambil melepaskan pelukan. Dia memandang grandmanya sambil tersenyum.

"How do I'm not worry? You're my granddaughter."tanya Madam Rose dengan nada sedihnya.

Raysha menggelengkan kepalanya melihat grandmanya.

"I'll be fine. Trust me. Don't forget to come tomorrow. It's a big day for me. Okay?"kata Raysha dengan cerianya. Dia tidak mahu grandma nya sedih-sedih.

"Okey. I will."kata Madam Rose sambil memeluk Raysha sekali lagi. Walaupun Raysha masih berada di rumahnya, dia sudah mula rindu dengan cucunya.

Setelah beberapa ketika mereka melepaskan pelukan.

"Ray, the taxi has arrived."kata Lizzy di pintu utama. Dia juha sudah memasukkan beg pakaian Raysha ke dalam teksi tersebut.

Raysha mengangguk. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah Lizzy sebelum memeluknya.

"Don't forget to come tomorrow."kata Raysha sambil melepaskan pelukan. Dia bergerak ke arah teksi yang sudah menunggunya. Sebelum masuk ke dalam teksi, sempat dia melambaikan tangan ke arah Lizzy dan grandmanya.

*****
Raysha keluar dari teksi sambil menjinjit beg pakaiannya. Raysha memandang rumah nya yang ramai dengan orang kampung. Biasalah kenduri di kampung. Mesti ramai orang kampung akan tolong memasak makanan.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now