Bab 14

5.5K 190 2
                                    

Imran memandang Raysha sambil mengetap giginya. Perempuan ni lupa ke dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi. Kata nak suapkan dirinya makan, tapi dari tadi dia hanya makan dengan selamba tanpa memandang ke arah dirinya langsung.

Pak Leman yang perasan akan pandangan Imran ke arah Raysha, menegur Imran.

"Kenapa tak makan nasi tu Im? Tadi kata lapar?"tanya Pak Leman sambil memandang Imran. Pelik pulak dia dengan cucunya yang dari tadi hanya memandang Raysha. Tadi sibuk kata lapar.

"Tadi ada orang tu cakap nak suapkan Im. Tadi dari tadi dia suap diri dia je."perli Imran sambil matanya tak lepas memandang Raysha yang makan dengan selamba dia sebelahnya. Eh, boleh selamba makan lagi.

Raysha mengangkat mukanya. Perli nampak. Bukan dia sengaja tak mahu menyuap Imran. Tapi seganlah kalau Pak Leman nampak. Nanti apa pulak katanya.

"Kamu ni Im. Makan ajelah sendiri. Pinggang kamu yang sakit, bukan tangan."kata Pak Leman lalu meyuapkan nasi ke mulutnya. Mengada-ngada pulak cucunya ni. Nak minta disuap bagai.

"Atok ni. Kalau lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji."perli Imran lagi. Dia tahu Raysha pasti terasa dengan apa yang dikatakannya.

Raysha bangun dari duduknya. Tak tahan jugak dia lama-lama dengan mulut Imran yang macam longkang tu. Dia bergerak ke arah singki sebelum membasuh tangannya. Mengada-ngadanya si Imran ni. Asyik memerli dia dari tadi. Ingat dia tak faham?  Dia bergerak ke arah rak pinggan lalu mengambil sudu. Memang tak lah dia nak suap guna tangannya. Habis tercemar tangannya nanti.

Raysha mengambil tempatnya semula, di sebelah Imran. Dia memandang Imran.

"Awak nak lauk apa?"tanya Raysha. Dia memandang lauk yang ada di atas meja. Ad lauk sambal ayam, sayur kailan, sup daging, masak lemak dan sambal belacan.

"Awak masak apa?"tanya Imran lagi. Dia hanya mahu makanan yang di masak Raysha sahaja. Sengaja nak bermanja dengan Raysha. Biar abangnya cemburu.

"Saya tak masak. Nenek yang masak."kata Raysha jujur. Takkannlah dia nak menipu dirinya yang masak semua ni.

"Saya nak awak yang masak. Saya tak nak orang lain."kata Imran lagi. Sengaja nak sakitkan hati Raysha. Dia tahu Raysha dah mula panas hati dengan perangainya. Namun, dia peduli apa!

Pak Leman yang kesian dengan Raysha, menegur cucunya. Dia cukup tak suka apabila cucunya menyusahkan orang lain. Lagi-lagi Raysha.

"Makan jelah apa yang ada. Tak elok membazir."tegur Pak Leman.

Imran mengangguk. Dia tahu atoknya memang tak suka akan pembaziran. Jadi,  . . .

"Saya nak lauk yang nenek awak masak. Yang ABANG SAYA masak saya tak nak."kata Imran sambil memandang Raysha. Sempat lagi dia memerli Wani dalam ayatnya. Dia tahu, selain lauk yang dimasak oleh nenek Raysha, semuanya abangnya yang masak. Bukan Wani. Wani tu, apalah sangat yang dia tahu masak.

Raysha memandang Imran sambil berkerut dahinya. Dia sempat melirikkan matanya ke arah Wani yang mula menunduk memandang pinggannya. Tangannya mula mengisi pinggan Imran dengan lauk ayam masak merah dan sayur kailan.

"Imran!"kata Pak Leman dengan nada amarannya. Dia cukup tak suka perbuatan Imran sebentar tadi.

Imran tersengih memandang Pak Leman. Tanda dia mengalah. Alah, bukan dia tak boleh buat lain kali.

Raysha menggelengkan kepalanya. Dia mula menggaulkan nasi tersebut dengan lauk. Dia duduk lalu mengambil nasi dengan sudu sebelum di suapkan kepada Imran yang mengada-ngada tu.

Baru sahaja sudu tersebut hendak masuk ke dalam mulut Imran, Raysha terus larikan sudu tersebut. Imran memandang geram ke arah Raysha.

"Baca doa dulu. Awak tak nak makan dengan syaitan kan?"kata Raysha lembut. Dalam hatinya, dia rasa mahu ketawa melihat mula tak puas hati Imran. Padan muka, tadi kenakan aku lagi. Sekarang, inilah padahnya.

Dengan muka tak puas hatinya, Imran membaca doa. Sedap kau perli aku ye? Kau tunggu nanti. Tahu lah nasib kau!

Selesai sahaja Imran membaca doa, Raysha terus meyuapkannya. Dia mula makan dengan tenang. Lapar punya pasal, dia terpaksa mengalah.

Irfan yang melihat adiknya disuap Raysha mula berasa cemburu. Raysha tidak pernah menyuapkannya pun selama ni. Tapi bila giliran adiknya yang sakit, boleh pulak Raysha menyuapkannya.

Dia mula rasa menyesal kerana setuju dengan rancangan mummynya yang memintanya supaya berkahwin dengan Wani. Dia sepatutnya beritahu mummynya yang dia sukakan Raysha. Mummy nya sepatutnya kahwinkan dia dengan Raysha, orang yang dicintainya daripada Wani, kekasih hati adiknya.

Tidak! Dia tak boleh pentingkan dirinya. Sekarang ni dia suami Wani, bukan Raysha. Wani adalah orang yang dia sepatutnya sayang dan cinta. Bukan Raysha. Raysha hanya masa lalunya walaupun Raysha tak pernah menyatakan cinta pada dirinya.

Dia melihat lagi Raysha yang menyuapkan adiknya. Dia tidak tahan lagi. Dia bangun dari duduknya dan mengangkat pinggan yang dia sudah guna lalu menuju ke singki. Dia tidak betah melihat adiknya yang dilihat sengaja bermesra dengan Raysha walaupun Raysha hanya selamba sahaja. Dia cemburu. Cemburu dengan adiknya yang dapat perhatian Raysha.

Selesai sahaja dia membasuh pinggannya, dia berlalu ke ruang tamu. Duduk di situ, hatinya makin sakit melihat adiknya yang bermanja dengan Raysha.

***
Wani menghempaskan majalah kegemarannya di atas katil. Ketika ini semua orang tiada di rumah. Suaminya, Imran dan Pak Leman pergi ke klinik. Raysh pula, dah balik rumahnya. Tinggal dirinya sahaja di sini. Tu yang dia berani buat sesuka hatinya sahaja di rumah ni. Dia menghenyakkan punggungnya di atas katil. Geram dia melihat Imran yang bermesra dengan Raysha. Dia tahu Imran pasti sengaja nak buat dia cemburu dengan Raysha.

Dia tahu taste Imran macam mana. Dia berani cakaplah yang Imran hanya nak pergunakan Raysha sahaja. Dia bukan kenal Imran sehari dua. Dah bertahun dah. Sampai dia boleh jadi kekasih hatinya lagi.

"I tahu you nak cemburukan I dengan dia. Tapi dia bukan lawan I."kata Wani sambil melihat gambar Imran dan dirinya semasa mereka masih kekasih di telefonnya. Dalam gambar tersebut, Imran tersenyum senang sambil memeluk pinggangnya.

Dia tersenyum sinis. Dia tahu Imran masih tak boleh lupakannya lagi. Kalau Imran dah lupakannya, kenapa Imran marahkannya sampai tak mahu bercakap dengannya. Kita takkan marahkan orang yang kita tak sayang kan?

"I'm sorry but I love you."kata Wani lalu mengucup gambarnya dan Imran di dalam telefon tersebut. Dia tahu, satu hari nanti Imran tetap akan kembali kepadanya. Kerana Imran adalah miliknya. Selamanya.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now