Bab 21

5.9K 187 0
                                    

Bum!

Dengan sekali tolakan sahaja, Raysha dah jatuh terduduk. Dia bernafas kasar. Inilah akibatnya bila dah lama tak berlatih. Sakitnya semua badannya.

Dia ingat lagi apa yang berlaku tadi. Selepas sahaja dia selesai makan, neneknya terus mengajaknya ke tingkat bawah studionya. Ingatkan apalah yang ada dekat tingkat bawah studionya ni. Rupanya, semua alatan dalam gym ada. Dia dah boleh agak dah apa yang neneknya rancang. Mesti nak uji tahap pertahanan dirinya.

"Miss, are you alright?"tanya lelaki yang melatihnya. Dia risau sekiranya tolakan nya terlalu kuat hingga mencederakan cucu majikannya.

"I'm fine."kata Raysha lalu bangun dari duduknya. Dia kembali ke posisi asalnya. Baru sahaja dia mahu menyerang, sekali lagi dia tumbang apabila ditolak lelaki tersebut.

Raysha terus duduk di atas gelanggang tersebut. Dia melihat ke arah luar gelanggang. Ada neneknya, Lizzy dan beberapa orang lelaki yang sedang memandang ke arah gelanggang.

Raysha mengeluh. Kenapalah dia lari dulu? Kalau tak, mesti dia tak kena buat latihan yang amat memenatkan ni. Huh! Benda dah lepas jangan dikenang.

Madam Rose memandang cucunya yang sedang duduk di atas gelanggang tanpa mula berlatih semula. Dia tahu cucunya itu letih. Tapi dia juga tak nak cucunya itu dibuli oleh orang lain. Sebab tu dia buat seperti ini.

"Tired already?"tanya Madam Rose kepada Raysha. Dia perasan Raysha seperti tidak larat dengan latihan yang dia sediakan.

"Want to know a secret?"kata Madam Rose apabila Raysha seperti tidak dengar pertanyaannya sebentar tadi. Dia nampak seperti berkhayal sendiri.

"People don't get stronger because they wanna stronger. They become stronger because they want to protect something."kata Madam Rose sambil mendekati Raysha yang berada di gelanggang sambil memandangnya. Dia tersenyum. Mesti cucunya tak faham apa yang dia sedang katakan.

"If you want to be stronger, you need to have something that you want to protect."kata Madam Rose dari tepi gelanggang.

Raysha dah buat muka pelik. "Something that I want to protect? What do you means?"kata Raysha sambil mengerutkan dahinya. D pening dia dengan apa uang neneknya cakap.

"Let's say that you have something or someone that you want to protect, you will do anything to make sure it's safe."kata Madam Rose sambil memandang Raysha yang seperti blur je dari tadi.

Lizzy sudah menggelengkan kepalanya. Dia mendekati neneknya.

"Maksud grandma, kalau kau ada sesuatu atau seseorang yang kau nak lindung, kau akan buat apa sahaja untuk pastikan dia selamat."kata Lizzy sambil memandang ke arah sepupunya.

Raysha memandang tajam ke arah sepupunya. Nak jadi translator ke apa? Sama je ayat dia dengan neneknya tadi. Cuma bezanya neneknya cakap dalam BI dan dia cakap dalam BM.

"Kau ingat aku tak faham ke nenek cakap apa? Aku fahamlah. Cuma tak faham maksud yang mendalam dia tu."kata Raysha sambil menunduk. Dia serius tak berapa nak faham maksud yang mendalam tu.

"Alah, lebih kurang lah tu."kata Lizzy sambil mencebik ke arah Raysha.

Madam Rose mmandang kedua-dua cucunya. Entah apalah yang mereka cakapkan. Dia tak faham langsung. Dia memberi perhatian semula kepada Raysha yang sedang mengelamun.

"Ray, if someday, someone hurts me, what will you do? Will you just see or will you protect?"tanya Madam Rose sambil memandang cucunya yang mula memahami apa katanya sebentar tadi.

"Of course, I will protect!"kata Raysha dengan tegasnya. Dia tak suka apabila melihat ahli keluarganya sedih. Dia lebih rela, dia yang bersedih berbanding melihat orang lain bersedih.

Madam Rose tersenyum. Nampaknya, cucunya itu sudah faham maksud kata-katanya.

"Kiranya macam orang tersedak lah. Dia sanggup lakukan apa sahaja."kata Lizzy perlahan.

Raysha terus ketawa apabila mendengar kata-kata sepupunya. Tersedak? Rasanya maksud dia terdesak. Kuat Raysha ketawa sambil menepuk-nepuk gelanggang tersebut. Boleh ye buat lawak macam tu?

"Oi, kau pahal? Tiba-tiba gelak? Kena rasuk eh?"kata Lizzy apabila dia lihat Raysha ketawa sampai tak ingat dunia.

Madam Rose juga pelik melihat cucunya itu ketawa. Sudah lama dia tak melihat cucunya itu ketawa. Comel je.

"Terdesak, okey. Bukan tersedak. Kau minum apa sampai tersedak?"kata Raysha apabila ketawanya mulai surut. Dia perasan muka sepupunya itu mulai berubah apabila mendengar kata-katanya.

"Biarlah."kata Lizzy dengan perlahan. Malu dia tadi. Macam manalah dia boleh silap cakap tadi?

Raysha menggelengkan kepalanya. Ada sahaja perangai sepupunya yang membuatkannya geli hati.

"So, Ray. Wanna continued?"tanya Madam Rose apabila Raysha sudah selesai dengan ketawanya.

"No. I need to perform prayer. It's asar already."kata Raysha lalu dia bangun dari duduknya. Sekarang sudah masuk waktu asar. Dia perlu menunaikan solat asar dahulu sebelum waktu maghrib.

"We continued tomorrow. I'm tired already."kata Raysha sambil memandang lelaki yang melatihnya sebentar tadi.

"Tomorrow? Are you sure?"tanya Madam Rose sambil memandang cucunya yang mula melangkah keluar dari gelanggang.

"Yeah. Why?"tanya Raysha. Neneknya ni macam ada agenda lain je. Lagipun apa masalahnya kalau dia sambung esok pun?

"I heard you getting married by the end of this month. You only have your time about 23 days since you have practise about a week."kata Madam Rose kepada Raysha. Dia tak mahu Raysha tinggalkan latihan ini sebelum dia selesai semua latihannya di sini.

"Huh? What are you talking about?"kata Raysha sambil mengerutkan dahinya.

Madam Rose tersenyum sinis. "What I'm saying is, I will not allow you to go back to your hometown if you did not finish this task."kata Madam Rose sambil tersenyum. senyumannya makin lebar apabila melihat cucunya itu sudah membuat muka tak percaya dengan kata-katanya.

"What? Grandma, you can't do this to me."kata Raysha dengan nada tak puas hatinya. Yelah, dah lah dia dah janji dengan nenek dan Datin Fasya yang dia akan balik hujung bulan ni. Alih-alih neneknya yang berada di sini tak izinkan pulak.

"Of course, I can. By the end of this month, you need to fight every single people in this room, excluding me."kata Madam Rose sambil berlalu ke arah pintu keluar dari gym tersebut.

"You means, I need to fight Lizzy too?"kata Raysha sambil memandang Lizzy yang sudah tersenyum sinis kepadanya. Raysha mencebik ke arah Lizzy. Seronoklah tu, dia dah selesaikan test ni.

"Yes."jawab Madam Rose sambil berlalu dari situ. Semua lelaki yang tadi datang dengan neneknya turut mengikuti jejak langkah neneknya.

Raysha memandang Lizzy. "Kau pun kena macam ni ke?"tanya Raysha. Tertanya-tanya jugak Raysha, berapa kuat sepupunya itu sekarang.

Lizzy menggeleng. Dia punya test lain sikit. Tak delah sesusah yang Raysha dapat.

"Aku cuma kena lawan seorang je. Itupun takde lah yang besar-besar macam tu."kata Lizzy. Dia pun pelik melihat neneknya memberikan test sesusah ini kepada Raysha.

Raysha mengangguk. Macam mana lah dia nak lawan sepuluh lelaki tadi dengan Lizzy lagi. Aduhh! Menyesal dia lari dulu. Inilah jadinya.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now