Bab 73

7.4K 256 8
                                    

Raysha memandang tajam ke arah Kyle yang berada di hadapannya sekarang. Dia mengetap giginya. Geram betul dia dengan Kyle yang masuk ke biliknya tanpa mengetuk terlebih dahulu.

"Dah tak tahu nak ketuk dulu ke? Kau main masuk je. Kau ingat ni apa?"kata Raysha dengan geram. Selamba badak je Kyle masuk ke dalam biliknya. Mahu tak terkejut dia.

"Err . . .saya dah ketuk Cik Raysha. Tapi Cik Raysha termenung. Ingatkan saya eh?"kata Kyle sambil tersenyum gatal sambil memandang Raysha.

Raysha menjeling tajam ke arah Kyle.

"Kau nak apa ni?"tanya Raysha. Dia malas nak buang masa dengan Kyle.

"Kau? Eh? Saya salah dengar eh?"kata Kyle sambil memandang Raysha yang menyelak kasar fail di hadapannya. Selak fail pun kasar macam tu?

"Kau nak apa sebenarnya ni? Kalau tak ada apa-apa, boleh keluar tak? Jangan kacau aku."kata Raysha dingin. Dia dah lah tengah stress dengan kakaknya, nanti tak pasal-pasal, ada yang kena maki ni.

"Cik lupa eh? Kan Cik dah janji nak guna saya-awak. Kenapa hari ni aku-kau balik ni?"kata Kyle dengan lembut. Dia pun pening dengan Raysha ni. Baru semalam janji, dah lupa. Apa kuat sangat ke terhantuk semalam?

"Kau datang sini nak cakap tu je ke?"tanya Raysha.

"Aaa . . .ye kut. Itu je."kata Kyle sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Serasanya, itu sahaja yang dia nak tanya.

Raysha bangun dari duduknya lalu menghempas fail di atas meja. Dia geram betul dengan Kyle sekarang ni.

Kyle mengurut dadanya perlahan. Dia sempat beristigfar di dalam hati. Terkejut dia tiba-tiba Raysha menghempas fail ke atas meja.

"Err . . .cik . . .?"tanya Kyle teragak-agak. Risau jugak dia kalau Raysha membaling fail tersebut kepadanya.

Raysha memandang Kyle sebelum bergerak ke arah Kyle lalu menarik lelaki tersebut keluar biliknya. Dia menarik Kyle ke tempat duduk Kyle, iaitu di hadapan biliknya. Dia menyuruh Kyle duduk di tempat duduknya.

"Tolong jangan masuk bilik saya kalau tak ada apa-apa urusan! Faham!"kata Raysha lalu mengetap giginya. Baru setapak dia melangkah, tiba-tiba dia terdengar seperti Kyle ingin berkata sesuatu.

Raysha berpaling ke arah Kyle semula. Dia lihat Kyle sudah bangun dari duduknya. Dia memandang Kyle yang terdiam apabila dia memandang ke arah Kyle. Perlahan-lahan, Raysha bergerak mendekati Kyle.

Kyle setapak ke belakang apabila Raysha mula mendekatinya. Takut jugak dia kalu Raysha buat apa-apa.

Raysha semakin mendekati Kyle sehingga Kyle tersandar di dinding. Dah tak ada ruang untuk Kyle berundur lagi. Kyle melihat Raysha sebelum menelan air liurnya sendiri. Apa Raysha nak buat ni?

Raysha meletakkan tangannya di dinding. Dia memandang Kyle dengan tajam.

"Tolong dengar cakap saya, kalau awak tak nak tengok saya mengamuk. Awak takkan suka bila tengok saya mengamuk."kata Raysha perlahan tapi penuh dengan amaran. Memang dia sengaja nak takutkan Kyle. Biar Kyle dengar kata-kata dia.

Kyle pantas menganggukkan kepalanya. Seram jugak dia mendengar kata-kata Raysha.

Raysha menjarakkan dirinya dari Kyle. Dia berdeham sebelum masuk semula ke dalam biliknya. Banyak lagi kerja dia yang terbengkalai gara-gara diganggu Kyle. 

Selepas sahaja Raysha masuk ke dalam biliknya, Kyle menghembus nafas lega. Ingatkan apalah tadi Raysha nak buat. Bukan main laju lagi jantungnya mengepam darah. Perlahan-lahan, Kyle meletakkan tangannya ke dadanya sendiri. Dia tersenyum sendiri. Entah kenapa dia dapat rasakan sesuatu yang aneh apabila Raysha dekat dengannya tadi.

Bahagia Yang Tertangguh Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt