Bab 63

7.1K 293 5
                                    

Semua ahli keluarga Raysha menunggu di luar bilik pembedahan dengan resah. Risau sekiranya pembedahan Raysha tidak berjaya. Sekarang sudah lebih tiga jam Raysha berada di dalam bilik pembedahan tersebut. Entah bilalah dia akan keluar.

Bunyi pintu terbuka dari bilik pembedahan, membuatkan semua ahli keluarga Raysha mulai bangun dari duduknya lalu mendekati doktor tersebut.

"Macam mana dengan pembedahan anak saya, doktor?"tanya Tan Sri Kamil. Dia mahu tahu tentang keadaan anaknya. Sudah lebih tiga jam anaknya berada di dalam bilik pembedahan.

"Alhamdulillah. Pembedahan itu berjaya. Tapi saya masih tak boleh jangkakan bila Cik Raysha akan sedar. Kalau dalam beberapa jam dia masih tidak sedar, dia mungkin mengalami koma. Saya akan pindahkan Cik Raysha di wad."kata doktor tersebut lalu meminta diri untuk pergi.

Puan Sri Elvira menekup mulutnya dari mengeluarkan tangis. Dia gembira apabila pembedahan tersebut berjaya tapi dalam masa yang sama dia sedih kerana anaknya mungkin akan koma.

"Kita doakan yang baik-baik untuk Raysha. Insha Allah, Raysha akan sembuh. Dia akan sedar."pujuk Tan Sri Kamil lembut.

"How about Ray, Kamil?"tanya Madam Rose. Dia sedikit pun tidak faham dengan kata-kata doktor sebentar tadi.

"According to the doctor, is she's not regain her concious in few hours, she may coma."kata Tan Sri Kamil menerangkan. Dia sedia tahu yang ibu mertuanya tidak faham akan bahasa melayu.

"Poor her."kata Madam Rose dengan muka sedihnya. Dia berharap yang cucunya akan sembuh dan sedar seperti sedia kala.

"I'll call Damian to take care of her. Don't worry."kata Tan Sri Kamil meyakinkan isteri dan ibu mertuanya. Dia akan meminta kawan baiknya untuk menjaga anaknya memandangkan kawannya itu doktor pakar.

"That's a good idea. You should do that."kata Madam Rose kepada menantunya. Kenapalah dia langsung tidak terfikir untuk menelefon doktor tersebut.

"I will, mom."kata Tan Sri Kamil lalu meminta diri untuk menelefon kawan baiknya untyk mengabarkan tentang apa yang telah terjadi kepada Raysha.

*****
Raykarl menghempas kertas kerja yang dipegangnya. Dia bangun dari kerusi dengan kasar. Dia memandang perempuan di hadapannya dengan muka bengang.

"Karl, I'm sorry. I tak tahu boleh sampai jadi macam ni."kata Adira merayu sambil melutut di lantai. Dia tidak menyangka lelaki di hadapannya ni boleh tahu apa yang dia telah lakukan kepada adik lelaki tersebut.

"You tak tahu atau you pura-pura tak tahu? I dah masak sangat dengan perangai you lah! You jangan nak tipu I."kata Raykarl dengan nada marahnya. Mana dia tidak marah apabila dia tahu perkara sebenar.

"Adik you yang salah. Kalau dia tak malukan I, I takkan buat macam ni."kata Adira apabila dia masih tidak mahu mengalah. Dia perlu pastikan yang Raykarl percayakannya.

"Dia malukan you then you balas sampai dia bercerai? Macam tu?"marah Raykarl. Kalau diikutkan hatinya yang marah, mahu sahaja dia menampar perempuan di hadapannya.

"Dia memang tak layak untuk Imran. Wani lebih layak. Sebab tu, I buat macam ni."kata Adira lagi.

"Wani? You jangan nak masukkan orang lain boleh tak?"kata Raykarl dengan muka marahnya.

"I tak tipu. Wani tu sebenarnya kekasih Imran. Tapi diorang putus sebab Wani kena kahwin dengan abang Imran, Irfan. Imran dapat tahu yang abang dia kahwin dengan kekasih dia dan dia nak balas dendam. Dia dapat tahu yang Irfan suka Raysha sebab tu dia kahwin dengan Raysha. Dia nak balas dendam dekat abang dia melalui Raysha."kata Adira bersungguh-sungguh. Dia memang tahu cerita ni dari Amy.

Bahagia Yang Tertangguh Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt