Bab 19

5.3K 183 4
                                    

Imran ketawa. Seronoknya dia apabila mendengar berita yang disampaikan oleh mummy nya. Bukan semua berita mummy nya, dia anggap best. Tapi kali ni memang dia tak tipu. Cerita ni memang sangat menyeronokkan.
"Raysha Alya . . . Welcome to the hell."kata Imran sambil melihat televisyen uang sudah terbuka di ruang tamunya.

Tiba-tiba Wani datang di ruang tamu tersebut. Dia melihat Imran yang seperti bahagia sangat. Dia tahu sebab apa. Ibu mertuanya sudah menceritakan apa yang terjadi. Dia percaya, Imran tak sukakan Raysha. Tapi dia tak tahu apa yang membuatkan Imran mahu memperisterikannya.

"Im, I ada benda nak cakap dengan you."kata Wani sambil memandang Imran yang masih dengan muka gembiranya. Dia merengus. Jangan senyum, Im!

Imran buat tak tahu. Malas dia nak melayan Wani. Memang dia masih ada perasaan pada Wani. Jujur dia dah cuba hilangkan rasa cintanya ni, namun bukan senang. Dengan pengkhianatan Wani, dia cuba untuk lupakan segala-galanya tentang perempuan itu.

Wani merengus. Dia mendekati televisyen sebelum menghalang televisyen dengan badannya. Puas hati dia apabila Imran memandangnya dengan tajam.

"You dengar ke tak apa yang I cakap ni?"kata Wani dengan nada tegasnya. Dia paling pantang kalau ada orangbyang buat tak tahu je dengan dia.

"You nak cakap apa? Congrats? Ok."kata Imran dengan nada jengkelnya. Bukan dia tak tahu Wani cemburu dengannya.

Wani merengus. Congrats? Memang taklah. Dia ingat aku ni apa?

"Bukan benda tu. I nak minta maaf. I tahu, I salah sebab khianat you. Tapi I tak bermaksud nak buat macam tu. Mama I . . ."

"Tak bermaksud nak khianat I?"tanya Imran dengan nada sinis. Senang nya perempuan ni cakap! Tahu tak dia tersiksa bila perempuan tersebut kahwin? Dengan abang kandungnya sendiri pulak tu?

Wani terkelu. Dia tahu dia salah. Dia langsung tak menjangka yang mamanya akan kahwinkan dia dengan abang Imran.

"Im, I . . ."

"Kalau you tak bermaksud nak sakitkan I, you takkan buat macam ni! You takkan kahwin dengan abang I! You takkan kahwin pun selain dengan I!"marah Imran sambil berdiri. Hatinya mula panas.

Wani menangis. Dia tak sangka Imran sanggup marahkannya. Selama ni, Imran tak pernah tinggikan suara langsung kepadanya.

"You tak payah lah nak pura-pura nangis kat sini. Tak de siapa nak pujuk."kata Imran lagi apabila Wani tak henti-henti menangis. Ini lah perempuan. Kena marah sikit je dah nak buat drama air mata. Menyampah!

"Im, I tahu I dah sakitkan hati you. Tapi tolong jangan marah I Im. I sayang you."kata Wani dengan sendunya. Sedih hatinya apabila melihat orang yang dia sayang memarahinya.

Imran menghembus nafas kasar. Serabut betul dia dengan Wani. Wani masih sayangkannya? Yelah tu! Bukan dia tak tahu perangai Wani macam mana.

"You sayangkan I? Kalau you sayangkan I, you takkan kahwin dengan abang I. You takkan kahwin dengan mana-mana lelaki pun selain dari I! Macam ni ke cara you sayangkan I? Dengan khianat cinta I?!"kata Imran.

Wani semakin teresak-esak mendengar kata-kata daripada mulut Imran. Tapi salah dirinya jugak. Sudah tahu Imran tu panas baran, boleh pulak dia main-mainkan lelaki itu.

"I terpaksa. You tak matang masa tu. I terpaksa pilih Irfan berbanding you."kata Wani. Imran memang langsung tak matang. Ada je benda yang Imran buat sehingga dia marah masa tu.

Mata Imran mencerlung tajam memandang Wani. Dia kata aku tak matang? Habis dia tu dah matang sangatlah?

"Oh, I tak matang. Jadi betullah pilihan you kahwin dengan abang I? Macam tu?"kata Imran sinis.

Wani menggeleng. "I sorry Im. Tapi I cintakan you. I tak cinta Irfan. Tolong jangan kahwin dengan Raysha."kata Wani dengan sendunya. Dia betul-betul berharap Imran akan membatalkan perkahwinannya dengan Raysha. Dia tak sanggup melihat Imran menjadi milik orang lain. Imran hanya miliknya.

Imran tersenyum sinis. "You suruh I batalkan perkahwinan I? Senangnya. Masa you nak kahwin dulu, I ada suruh you batalkan tak?"tanya Imran sambil memandang Wani. Dia masih ingat lagi apa yang jadi masa itu.

Wani memandang Imran. Dia tergamam mendengar kata-kata Imran. Ye, Imran ada jumpanya sebelum masa akad nikahnya. Tapi dia langsung menghalau lelaki tersebut. Baginya, Imran hanya akan jadi pengacau hidupnya.

"Im, tu . . .

"You bukan je tak nak batalkan. You boleh halau I macam anjing kurap. I merayu dekat you. Tapi apa you buat? Panggil bodyguard you, cakap I ni orang gila? You tak fikir ke apa yang I akan rasa masa tu?! You cuma fikirkan diri you je. You ni memang selfish!"hentam Imran. Dia masih ingat lagi apa yang berlaku masa tu. Dia tak ubah macam orang hilang akal apabila dia tahu kekasihnya kan bernikah. Lagi-lagi dengan abang kandungnya. Memang dia takkan maafkan perempuan tu.

"Im, I minta maaf. Tapi tolong batalkan perkahwinan you. I ... I tak sanggup nak tengok you dengan Raysha. I ingat, I akan bahagia dengan Irfan. Tapi tak. Irfan  . . . Irfan tak boleh nak cintakan I macam you cintakan I. Please, Im. Batalkan. Demi I."rayu Wani. Dia memang tak sanggup melihat Imran menjadi milik Raysha. 

Imran mendengus. Nampak tak perempuan ni selfish? Langsung dia tak fikir perasaan Imran apabila dia merayu macam tu? Dia ingat aku ni apa?

"Senangnya you merayu. Tapi walau apa pun terjadi, I akan pastikan yang I tetap kahwin dengan Raysha."kata Imran dengan nada tegasnya. Suka hati je nak halang dia berkahwin? Perempuan tu ingat dia siapa?

"I tahu you tak cintakan Raysha. You cuma nak gunakan dia. You nak balas dendam dekat I kan?"kata Wani. Dia tahu Imran takkan cintakan Raysha. Dia tahu cita rasa Imran macam mana.

"Memang. Memang I tak cintakan dia. Memang I nak gunakan dia untuk balas dendam dekat you. Tapi you peduli apa? You kan dah ada abang I? Takkan you ni tak cukup seorang. Tak cukup abang sampai adik pun you nak?"kata Imran sinis. Dia mula mahu melangkah dari situ. Malas dia melayan Wani yang baginya mengada-ngada tu.

Wani hanya memandang pemergian Imran. Dia jatuh terduduk. Langsung dia tak jangka yang Imran akan balas segala perbuatannya. Dia fikir dulu, Imran takkan pernah lukakannya. Tapi tak. Imran yang sekarang tak sama dengan dulu. Dia dah berubah. Bukan lagi Imran yang sangat sayangkannya. Tapi Imran yang dingin dengannya. Wani menagis dengan lebih kuat.

Di sebalik pintu utama, Irfan menggenggam penumbuknya. Marahnya membuak-buak apabila mendengar adiknya nak pergunakan Raysha kerana dendamnya kepada Wani. Apa salah yang Raysha dah buat sehingga adiknya nak berbuat seperti itu?

Sebenarnya dari mula lagi dia mendengar adiknya bertengkar dengan isterinya. Baginya, biarlah mereka melepaskan segalanya. Biar hati mereka menjadi tenang. Tetapi lain pula jadinya. Boleh dia terdengar tentang niat adiknya nak kahwin dengan Raysha. Memang berangin lah dia.

Dia melihat ke arah ruang tamu lagi. Dia melihat isterinya sedang menangis. Dia tahu, isterinya itu masih sayangkan adiknya. Tapi dia nak buat macam mana? Takkan nak dia lepaskan isterinya pulak? Nanti apa kata mummy nya? Aduh! Irfan buntu. Dia terus ke arah keretanya semula. Enjin dihidupkan dan keretanya mula bergerak.

Bahagia Yang Tertangguh Onde histórias criam vida. Descubra agora