Bab 35

5.9K 179 5
                                    

Imran merenung telefon bimbitnya. Dari tadi lagi dia cuma menelefon Raysha, tetapi langsung tak berangkat. Minah ni pergi merayap mana?

Imran menelefon lagi sekali. Dia menunggu beberapa minit namun panggila tetap juga tidak diangkat. Minah ni memang menaikan marah aku!

"Kau tunggu aku jumpa kau nanti!"kata Imran sambil menyimpan telefonnya di dalam poket seluar. Dia berjalan di sekeliling pejabatnya. Mesti Raysha akan ada di sini. Kat mana lagi minah tu nak pergi?

*****
Raysha menutup bukunya. Akhirnya habis jugak buku ni dibacanya. Setelah solat Zohor, Raysha terus duduk di dalam bilik solat tersebut. Malas dia nak duduk di tempat menunggu. Dah lah panas. Penyaman udara langsung tak dihidupkan memandangkan hari ni semua orang bercuti.

Raysha meyimpan buku tersebut di dalam begnya. Dia mengambil telefonnya dan mula membelek. Dia melihat ada 15 missed call dari Imran. Dia langsung tidak mendengar telefonnya berbunyi memandangkan dia membuat mod senyap pada telefonnya sebelum dia solat. Pasti Imran sedang mencarinya. Raysha tersenyum sinis. Padan muka! Pasti Imran takkan terfikir yang dia ada di bilik solat ini.

Raysha mula menyarungkan tudungnya semula. Sengaja dia melambat-lambatkan masa. Sekarang baru pukul empat petang.

Selesai memakai tudung, Raysha menutup semua suiz di situ. Tak elok membazir. Dia terus keluar dari bilik solat. Dia berjalan ke arah bilik Imran. Dia membuka pintu, Imran tiada di tempat duduknya. Dia mengerutkan dahinya. Dia tinggalkan aku lagi ke?

Raysha menutup pintu tersebut. Dia terus berpaling untuk mencari di tempat lain.

"Ahhh!!"jerit Raysha. Terkejut dia apabila dia berpaling, Imran ada di belakangnya. Ingat hantu manalah yang ada kat pejabat Imran ni.

Imran menutup telinganya apabila mendengar Raysha menjerit. Dia mengetap giginya. Minah ni menjerit macam apalah. Dah lah kuat. Boleh pecah gegendang telinganya.

"Imran . . ."

"Kau pergi mana?"tanya Imran tegas. Dah lama dia mencari Raysha, tetapi Raysha baru muncul sekarang.

"Err . . .saya . . ."

"Kalau kau nak pergi mana-mana, tak boleh bagitahu ke?!"tengking Imran. Dia cukup tak suka menunggu orang. Ini sejam dia menunggu Raysha. Entah pergi manalah!

Raysha terdiam. Marah benar mamat dihadapannya ni.

"Kau jangan fikir yang aku risaukan kau tau. Aku cuma malas nak jawab kalau mummy aku call, tanya kau kat mana!"marah Imran lagi. Dia bukan kisah pun Raysha nak pergi mana. Lagi jauh dari matanya lagi bagus!

"Imran, saya cuma . . ."

"Aku tak kisahlah kau nak pergi mana pun. Kau nak jumpa Farish ke, apa ke, aku tak kisah lah! Cuma jangan menyusahkan aku boleh tak?!"marah Imran apabila Raysha masih cuba menjawab. Dia tak suka apabila orang menjawab kata-katanya.

Raysha mengerutkan dahinya. Apa kaitan Farish masuk ni? Bila masa pulak dia jumpa Farish?

"Kenapa pulak Farish . . ."

"Aku tak nak tahu! Kalau kau nak menjalang dengan dia pun, aku peduli apa?! Kau bukan urusan aku! Kan kena ingat, aku kahwin dengan kau pun sebab dendam! Dendam! Simpan perkataan ni dalam otak kau!"marah Imran. Dia terus berlalu meninggalkan Raysha. Lantak dialah nak jadi apa pun.

Raysha mengikuti langkah Imran. Walau semarah mana pun dia dengan Imran, dia mesti mengikut Imran. Nanti tak pasal-pasal dia kena tinggal.

Imran terus masuk ke dalam lif lalu menutup lif tersebut tanpa menunggu Raysha. Dia tak mahu naik lif yang sama dengan Raysha.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now