Bab 24

5.5K 179 1
                                    

Raysha memandang neneknya dengan muka tidak puas hati. Ini tidak adil! Neneknya tidak boleh buat macam ni!

"Grandma, you cant't do this to me! You know me right? I'm not stronger than I look."kata Raysha dengan nada merayu. Macam manalah grandma boleh tahu hal semalam?

Madam Rose memandang Raysha yang membuat muka kesian. Dia tahu cucunya itu cukup kuat sebab tu dia buat macam ni. Dia juga sebenarnya risau sekiranya Raysha mencederakan lebih ramai orang upahannya. Sebab tu dia menukar peraturan ujiannya. Tetapi Raysha langsung tak setuju.

"Of course I know you Raysha. I know you better than anyone. That why I do like this. I know you strong. You just don't have any confident."kata Madam Rose sambil mengusap bahu cucunya. Dia tahu Raysha masih tidak dapat menerima keputusannya.

Raysha membuat muka tidak puas hatinya. Neneknya ni, langsung tidak sayang kepadanya ke? Macam mana kalau dia cedera nanti?

"Grandma, don't you love me? How could you do this to me? I am your grandaughter. Not them. Do you love them more than me? I hate you!"kata Raysha lalu berlalu dari ruang tamu tersebut. Dia terus berbalu ke biliknya.Sakit hatinya apabila neneknya langsung tidak mahu menukar kembali peraturan pertandingan itu. Baginya neneknya memang berat sebelah.
Ada ke patut neneknya membuat syarat baru dalam ujiannya apabila neneknya dapat tahu dia belasah pelatih upahan neneknya. Syarat barunya ialah Raysha tidak dibenarkan menggunakan apa-apa senjata sepanjang ujian dijalankan. Itu dah nasib baik tapi ditambah pulak dengan syarat baru iaitu semua pelatih lain dibenarkan menggunakan senjata. Mahu pengsan Raysha apabila mendengar syarat neneknya itu. Baginya, neneknya itu berat sebelah. Langsung tidak adil bagi pihaknya.

Ketukan di pintu, Raysha abaikan. Dia berbaring di atas katil sambil memeluk bantalnya. Malas nak melihat siapa yang mengetuk pintu biliknya. Pandai-pandai lah dia membuka pintu tu sendiri.

Lizzy membuka pintu bilik tersebut apabila Raysha langsung tidak membuka pintu bilik. Dia melihat Raysha sedang berbaring secara meniarap di atas katil sambil memeluk bantalnya. Uish! Marah benor minah ni!

Lizzy mendekati katil Raysha. Dia melihat Raysha yang sedang memerhatikan pergerakan jarinya pada bantal. Sempat juga Raysha menjelingnya apabila dia turut memandang ke arah jarinya yang bergerak. Lizzy menggarukan kepalanya. Macam manalah dia mahu memujuk Raysha? Takkan dia nak pujuk pakai ais krim kut macam masa mereka kecil dulu. Raysha pulak tu, pukan jenis makan pujukan. Aduh! Kenapalah grandma libatkan aku ni?

"Ray, aku . . ."

Raysha terus mengiringkan badannya ke arah kiri iaitu arah yang bertentangan dengan arah Lizzy berada. Tanda dia tidak mahu mendengar apa yang Lizzy ingin katakan.

Lizzy mengetap giginya. Kan dah kata! Raysha memang tak makan pujukan. Raysha dah lah keras kepala! Memang tak lah nak terima alasan yang dia ingin kemukakan.

Lizzy bergerak ke arah bertentangan dari tempatnya tadi. Walau apa pun, Raysha kena dengar dulu penjelasannya. Dia tidak mahu Raysha hanya mendengar dari pihak neneknya sahaja.

"Ray, aku nak cakap ni."kata Lizzy lalu menarik bantal yang dipeluk Raysha. Geram pulak melihat Raysha yang degil ni.

Raysha cuba menarik semula bantalnya. Sesuka hati je nak tarik bantal aku! Raysha merentap bantalnya dengan kuat sehingga Lizzy terlepas pegangannya dari bantal.

Lizzy mengetap giginya. Raysha ni degil lah. Nak ikut jugak keras kepala dia tu.

"Ray, grandma buat macam tu bersebab. Kau tu susah nak kawal kemarahan kau. Grandma tak nak apa-apa terjadi dulu, terjadi lagi. Sebab tu dia buat syarat macam ni."terang Lizzy walaupun Raysha langsung tak memandangnya.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now