Bab 32

5.8K 194 6
                                    

Imran melihat mukanya di cermin. Setelah dia puas hati dengan penampilannya, dia keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Dia melihat isterinya dan Nek Tijah sedang menyusun pinggan. Dia tersenyum sinis melihat Raysha. Buat-buat baik pulak!

Tepukan di bahu membuatkan Imran mengawal semula riak muka nya dan memandang orang yang menepuknya. Imran tersenyum memandang Tok Lah. Mestilah dia kena tunjuk watak yang baik depan Tok Lah. Nanti apa pula kata Tok Lah.

"Kamu siap awal-awal ni, dah nak pergi ke?"tanya Tok Lah. Semalam semasa dia bersembang dengan Imran, Imran ada beritahunya tentang pemindahannya ke Kuala Lumpur.

"Haah, tok. Ingat lepas sarapan nak pergi. Takut jalan jem."balas Imran dengan mesra. Dia kena memanstikan Tok Lah tidak tahu motifnya berkahwin dengan Raysha.

"Oh, cepatnya. Ingatkan kamu gerak petang."kata Tok Lah. Dia fikir Imran akan bertolak pada waktu petang. Yelah, manalah tahu nak lepaskan rindu dengan orang kampung. Nanti dah susah nak jumpa.

"Tak lah tok. Imran kena pergi office petang nanti. Ada hal urgent. Kan dah sebulan Imran tak pergi office?"kata Imran.

Tok Lah mengangguk. "Hari ahad pun masuk office ye. Rajin kamu. Beruntung Raysha dapat suami macam kamu."puji Tok Lah. Beruntung cucunya itu berkahwin dengan orang yang bertanggungjawab seperti Imran. Rasanya tak salah lah pilihannya untuk cucunya. Imran memang lelaki yang baik.

Imran senyum mendengar pujian Tok Lah. Beruntung Raysha dapat suami macam kamu? Beruntung lah sangat!Kita tengok apa yang akan jadi lepas ni! Masih rasa beruntung ke tidak?

"Atok ni. Mana adalah. Im biasa-biasa je ni."kata Imran merendah diri. Takkan nak tunjuk belang pulak.

"Isk! Kamu ni. Nak merendah diri pulak. Dah, jom sarapan. Nanti lambat pulak kamu gerak."kata Tok Lah lalu menolak lembut bahu Imran ke arah meja makan.

Imran duduk di kerusi yang telah disediakan. Dia memandang Raysha yang mula menarik kerusi di sebelah Nek Tijah. Kau ni memang nak kena kan! Yang duduk sebelah nenek kau tu dah kenapa?!

"Raysha, kenapa duduk situ?"tegur Tok Lah sambil memandang cucunya. Dia perasan Imran dari radi merenung cucunya. Mesti dia kecil hati dengan perlakuan Raysha.

"Kenapa pun? Memang selama ni Raysha . . ."

"Duduk sebelah Imran."kata Tok Lah. Dia memandang Raysha yang amsih berdiri di tempat yang sama, iaitu di sebelah isterinya.

Raysha terdiam. Dia mengawal riak mukanya dari mencebik. Duduk sebelah mamat tu?! Eee . . .menyampahnya!

Imran tersenyum sinis melihat Raysha. Dia dapat rasanya Raysha pasti tengah marah sekarang ni. Tu sebab dia masih berdiri tegak kat situ. Berani ke kau nak lawan atok kau?

"Raysha."panggil Tok Lah apabila Raysha masih terjegat di sebelah isterinya. Dia tak mahu Imran terasa hati dengan cucunya.

Raysha mengangguk. Nak tak nak terpaksa lah duduk di sebelah Imran. Dia mengambil pinggan serta cawannya ke sebelah Imran. Dia menarik kerusi lalu duduk. Dia memandang Imran yang tersenyum sinis kepadanya. Nasib baik aku dah janji dengan nenek. Kalau tak, nahas kau! Getus Raysha dalam hati.

"Raysha, apa lagi. Sendukkan lah bihun tu untuk Imran. Takkan itu pun nenek nak ajar?"kata Nek Tijah apabila Raysha hanya duduk di sebelah Imran tanpa mengambil apa-apa untuk Imran.

Raysha memandang neneknya dengan tajam. Sengaja nak mengenakan nya lah tu. Tak suka betul! Yang mamat ni pun satu! Dah tak ada tangan ke sampai nak suruh orang tolong ambilkan! Ambil jelah sendiri!

Dengan berat hati, Raysha bangun dari duduknya lalu mengambil mangkuk bihun dan mula menyendukkan bihun tersebut ke pinggan Imran. Setelah itu dia menyendukkan untuk dirinya pula. Pinggan atok dan neneknya awal-awal lagi dah disendukkan bihun.

Bahagia Yang Tertangguh Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang