Bab 26

5.8K 198 1
                                    

Bunyi riuh rendah di luar rumah menyebabkan Nek Tijah keluar untuk melihat keadaan di luar rumahnya. Entah apalah bising sangat di luar rumahnya.

Di luar rumahnya dia melihat Irfan dan Imran sedang bergaduh sambil menumbuk satu sama lain. Nek Tijah terkejut apabila melihat keadaan itu lalu dia cepat-cepat keluar dari rumahnya. Dia mendekati dua anak muda tersebut.

"Apa kamu berdua buat ni? Ya Allah."kata Nek Tijah sambil cuba menarik Irfan dan Imran yang tidak sudah-sudah bertumbuk.

Beberapa orang kampung yang perasan akan pergaduhan tersebut turut datang merapati dua beradik tersebut. Mereka cuba meleraikan pergaduhan dua beradik tersebut.

Datin Fasya datang ke rumah tersebut terkejut apabila melihat orang ramai berkumpul. Dia bertanya kepada salah seorang kampung di situ.

"Kenapa tu?"tanya Datin Fasya apabila dia melihat orang ramai berkumpul di situ.

"Eh, Datin. Tu Irfan dengan Imran bergaduh."jawab orang kampung tersebut.

Terkejut bukan kepalang Datin Fasya apabila mendengar jawapan orang kampung tersebut. Malu dia dengan orang kampung. Dia mula mendekati kumpulan tersebut. Dia melihat kedua-dua anaknya sudah dipegang oleh orang kampung untuk menghalang mereka berdua bergaduh. Walaupun sudah dijauhkan, masing-masing masih cuba untuk memukul antara satu sama lain.

"Irfan! Imran!"jerit Datin Fasya dengan lantang. Dia cukup marah dengan kedua-dua anaknya yang masih tak henti-henti bergaduh. Entah apalah yang mereka tidak puas hati antara satu sama lain pun dia tidak tahu. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba berperang. Dah kenapa?

Irfan dan Imran berhenti bergaduh. Mereka melihat mummy mereka yang mula nak mengamuk. Mereka berdua berhenti untuk bergaduh.

Nek Tijah yang perasan akan pandangan Datin Fasya terus mencelah. Tidak mahu ada lagi perbalahan di depan orang ramai berlaku.

"Fasya, masuk dalam. Irfan dengan Imran pun."kata Nek Tijah lalu berjalan ke menuju ke dalam rumahnya. Nasib baik sekarang masih waktu pagi lagi. Jadi, tak ada orang kampung lagi di dalam rumahnya.

Datin Fasya merengus. Dia memandang tajam kedua-dua anak lelakinya sebelum masuk ke dalam rumah Nek Tijah dan diikuti oleh Irfan dan Imran.

*****
"Apa yang nak jadi dengan kamu berdua ni? Bergaduh dekat rumah orang! Tak malu ke?!"marah Datin Fasya. Dia betul-betul marah dengan kedua-dua anaknya. Perangai macam budak-budak.

Irfan dan Imran diam. Langsung tidak mampu menjawab setiap soalan mummy nya.

Imran menagngkat muka memandang mummy nya sebelum memandang abangnya lalu menghadiahkan satu jelingan tajam.

Datin Fasya yang perasan akan pandangan tersebut terus bertanya.

"Yang kamu jeling abang kamu tu dah kenapa? Apa yang kamu tak puas hati ni?"marah Datin Fasya lagi.

"Cuba bagitahu mummy apa masalah kamu? Irfan? Imran?"kata Datin Fasya dengan lembut. Dia sedar. Marah-marah pun tiada guna. Bukannya anaknya nak menjawab pertanyaannya pun.

"Apa kata mummy tanya anak kesayangan mummy ni? Apa masalah dia dengan Im? Dia yang mulakan dulu."kata Imran dengan nada tak puas hati. Dia cukup bengan dengan abangnya. Boleh pulak abangnya menyuruhnya membatalkan perkahwinan nya. Dah lah dia nak kahwin esok. Esok!

Datin Fasya menjegilkan matanya ke arah Imran. Pandai-pandai je nak menyuruh orang yang jawab. Dia tak de mulut ke? Datin Fasya memandang anak sulungnya.

"Ir, mummy tahu Ir anak yang baik. Cuba bagitahu mummy apa masalah kamu dengan Imran? Kenapa sampai bertumbuk ni?"Datin Fasya berkata dengan lembut dengan Irfan. Dia tahu anaknya yang seorang ni memang baik. Sentiasa dengar cakap dirinya. Tak pernah membantah.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now