Bab 61

8K 388 89
                                    

Keluar sahaja dari mahkamah syariah, Raysha terus berjalan ke arah kereta BMW yang sudah menunggunya sejak pagi tadi. Sedang dia membuka pintu, ada suara menegurnya. Raysha tidak berpaling kerana dia kenal dengan suara yang memanggilnya.

"BMW? Scandal baru ke?"tanya Imran dari belakangnya.

"Scandal ke apa ke, awak peduli apa?"kata Raysha lalu masuk ke dalam kereta. Nek Tijah, Tok Lah dan Pak Itam hanya melihat Raysha yang nampaknya seperti marah sahaja.

"Pak Itam tunggu apa? Jalan lah."kata Raysha sambil matanya memandang ke arah depan.

"Baik, Cik Muda."kata Pak Itam lalu terus memandu kereta BMW tersebut. Dia perlu mendengar kata-kata Raysha memandangkan Raysha bukan dalam mood baik dia.

Imran memandang kereta BMW yang membawa Raysha pergi. Dia sedikit kecil hati apabila mendengar jawapan Raysha tadi.

"Im, tak nak masuk ke?"tanya Ifran dari tempat memandu.

"Let me drive."kata Imran lalu membuka pintu tempat memandu. Dia terasa mahu memandu sekarang ni.

"Sure ni?"tanya Irfan yang seperti tidak yakin dengan adiknya.

"Yeah."kata Imran. Selepas sahaja abangnya beralih tempat ke sebelah pemandu, dia terus masuk ke dalam kereta.

Irfan melihat perlakuan adiknya. Pelik. Kebiasaannya, adiknya tidak suka memandu jika ada dirinya. Tapi hari ni, tiba-tiba pula beriya-iya nak memandu. Dah kenapa?

"Kenapa? Pelik sangat ke?"tanya Imran yang sedari tadi perasan akan pandangan abangnya. Mesti abangnya memikirkan perkara-perkara yang pelik tentang dirinya.

"Takdelah. Cuma . . ."

"Tiba-tiba terasa nak drive. Apa yang pelik sangat?"kata Imran sambil memulakan pemanduannya. Dia mengambil cermin matanya di hadapan dashboard. Waktu panas begini membuatkan matanya silau.

"Yelah. Im, lepas ni straight ke hospital. Mummy ada kat hospital."kata Irfan tanpa memandang adiknya. Mesti adiknya akan terkejut mendengar berita mummynya sudah masuk ke hospital.

"Mummy masuk hospital? Kenapa Im tak tahu? Macam mana mummy boleh masuk?"tanya Imran dengan nada terkejutnya. Dia sudah lama tidak berjumpa dengan mummynya semenjak dia di marah oleh mmummynya kerana menceraikan Raysha.

"Semalam mummy jumpa Raysha. Lepas tu, abang dapat call dari Raysha cakap yang mummy pengsan."kata Irfan jujur. Kalau tidak disebabkan Raysha menelefon dia semalam, dia tentu tidak tahu yang mummynya masuk ke hospital.

"Mummy jumpa Raysha?"tanya Imran pelik. Buat apa mummynya jumpa Raysha? Masih nak Raysha jadi menantu dia ke?

"Haah."jawab Irfan sepatah.

"Apa perempuan tu buat sampai mummy boleh pengsan?"tanya Imran dengan nada bengangnya. Dia tidak suka mendengar mummynya sakit kerana perempuan tak guna tu.

"Imran, mummy . . ."

"Abang jangan nak bela dia. Mesti dia ada buat sesuatu sampai mummy boleh masuk hospital. Perempuan tu memang nak kenalah!"kata Imran dengan marahnya. Cukup pantang baginya kalau ada yang menyakiti ibunya. Lagi-lagi orang yang dia benci.

Imran mengecilkan pandangannya ke arah depan. Dia seperti kenal dengan kereta di hadapannya. Imran terus menekan padel minyak dengan kuat untuk mengejar kereta tersebut. Apabila keretanya sudah berada di hadapan, dia terus memintas kereta tersebut lalu menghalang laluan kereta tersebut daripada bergerak. Imran keluar dari kereta lalu berjalan ke arah bahagian belakang penumpang. Imran mengetuk tingkap kereta tersebut.

"Keluar."kata Imran tegas.

Raysha memandang Imran yang mengetuk tingkap kereta sebelum  memandang ke arah lain. Dia tidak mahu melihat muka Imran. Rasa sakit di hatinya masih terasa dengan semua perbuatan Imran.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now