Ganas - Part 3

8.2K 33 0
                                    

"Kopi Americano," aku memesan kepada barista di Artisan Cafe di Tingkat 1 Bangsar Village 2. Kafe itu penuh dengan pelanggan-pelanggan lain sedang minum petang.

Suasana yang tenang di kafe itu berlainan dengan keadaan huru hara yang telah dicetuskan oleh Bilis tadi. Semua pelanggan-pelanggan di Artisan Cafe itu sedang meneguk kopi mahal masing-masing tenang berbicara antara satu sama lain atau menilik telefon pintar membaca ebook dan mesej Tinder.

Aku membayar harga kopi yang dipinta oleh barista dan menunggu di bahagian tempat mengambil pesanan. Barista mengambil masa sembilan puluh saat untuk menyiapkan Americano aku. Baunya amat menggiurkan.

Aku membawa minuman aku ke meja tinggi yang telah diduduki oleh Bilis. Aku mengensot-ensotkan punggung aku untuk naik ke atas kerusi tinggi yang sepadan dengan meja tinggi itu.

"Kau tak nak minum?" aku bertanya kepada Bilis yang duduk menggodek-godek telefon Samsung Note miliknya. Skrinnya yang besar membolehkan aku nampak yang dia sedang membaca timeline di Facebook miliknya.

Bilis mengangkat mukanya dan hanya memandang aku tanpa berkata apa-apa.

Aku duduk menghadap Bilis, memanjangkan leher aku dan mencuri baca apa yang tertera di Samsung Note miliknya itu termasuk berita tentang kemalangan, politik dan status-status yang marah, sedih dan gembira. Aku tahu aku boleh membaca benda yang sama sekiranya aku mengambil Samsung Note milik aku dan meneliti timeline Facebook aku.

"Kau ajak aku datang duduk di sini kerana nak aku tengok engkau membelek telefon atau kau nak berborak dengan aku?" soal aku.

Bilis perlahan-lahan meletakkan telefon pintarnya dan memandang aku.

"Aku takde pun ajak kau berborak. Aku ajak kau datang sini untuk minum kopi," Bilis menepis soalan aku dengan selamba.

"Dah tu? Kau ajak aku minum kopi. Mana kopi engkau? Aku tanya tadi kau kata tak nak pulak apa-apa," ujar aku.

"Aku sebenarnya tak suka apa-apa jenis minuman yang menyebabkan aku ketagih. Engkau tu, bukan tadi dah minum kopi di kedai K+opi tu? Ni minum lagi kopi? Aku selalunya minum air kosong saja," jawab Bilis.

"Eh, aku minum kopi tak campur apa-apa tau. Aku minum macam ni je. Black, without sugar or milk. Kau kalau nak air kosong, kafe ni bagi free je. Kau ambik je lah," aku menjuih mulut aku menunjukkan paip halus untuk air tapisan yang disediakan oleh kafe itu di tepi kaunter.

"Relakslah. Aku tak haus lagi. Nanti aku ambik," Bilis sekali lagi dengan coolnya menjawab pelawaan aku.

"Ok, kalau kita dua-dua dah selesa, apa yang kau nak borakkan? Tak yah lah nak teknikal sangat samada kau ajak aku minum kopi atau hanya duduk di kafe ini. Dah kita duduk berdua mengadap each other ni, aku nak sedikit penjelasan daripada kau. Boleh?" aku bertanya.

Bilis tidak menjawab tetapi hanya mengangkat bahunya. Entah apa maksud gestur itu. Mungkin ia menandakan dia tak kisah atau dia tak tahu samada dia mahu menjawab soalan aku ataupun tidak.

Dalam hati aku aku sudah menyampah dengan Bilis yang baru aku kenali itu kerana dia berlagak macho selepas dia habis membuat demontrasi apa yang dia maksudkan dengan kejam.

Aku dah tak kisah dengan gerakan-gerakan misterinya. Ada banyak persoalan lain yang aku inginkan jawapan.

Aku duduk, aku pegang mug kopi yang aku bawa daripada kaunter tadi dan aku renung kopi hitam di dalam mug itu. Asap kelihatan keluar di permukaan kopi itu. Ia memang telah di-bru fresh oleh barista kedai itu tadi. Bukan jenis pour over yang kadang-kadang menyebabkan kopi menjadi cepat sejuk kerana proses penapisan yang lembab. Di Malaysia tidak banyak kafe menyediakan kopi tubruk seperti di Indonesia. Itu adalah seni bru Asia yang hanya ada di sana.

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now