Terperangkap - Part 35

1.9K 17 6
                                    

"Kau masih ingat tentang telahan engkau yang aku ini sebenarnya seorang perempuan?" tanya Bilis kepada aku. 

Aku mengangguk. Aku yakin lelaki yang menamakan dirinya Bilis ini adalah seorang perempuan. Dia berlagak sebagai seorang lelaki kerana dia mahu dilihat sebagai seorang keras yang boleh bersifat kejam. Dia mahu berjalan di dunia ini dalam langkah seorang lelaki untuk memastikan dirinya terbela.

"Aku yakin dengan jawapan aku kerana aku tahu kau mahu dianggap sebagai seorang yang mampu menjaga diri kau sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kau menyerang tanpa provokosi dan melakukan semuanya tanpa belas termasuk melakukan kekasaran yang cukup kejam hanya kerana kau mahu dikenali sebagai lelaki kejam. Aku yang berperangai macam setan sampai orang panggil aku Setan ni pun tak sekejam kau. Diri kau dah ternoda tanpa belas dan kau menjadi ganas sebagai seorang lelaki kerana ia adalah makanisme pertahanan kau dalam menangani perbuatan manusia-manusia durjana yang dilakukan ke atas diri kau. Aku rasa kau ni sebenarnya tak kejam pun kalau kau terus membesar di rumah itu. Hantu Sarafina tu yang jadikan kau sebegini. Betul tak teori aku?" aku tanya hanya untuk mendapatkan kepastian kerana tiada jawapan lain untuk persoalan siapakah Bilis. Aku yakin hipotesis aku adalah fakta.

"Aku rasa kau ni terlalu percaya dengan teori kau sendiri. Aku nak rumuskan kau alternatif yang membuat teori kau tidak tepat. Aku dah ceritakan hampir seluruh hidup aku kepada kau. Sejak aku keluar daripada rumah neraka itu, aku hanya baru mengenal semula kehidupan dunia. Benar kata kau, perangai aku sebegini kerana aku ingin berdikari tanpa bantuan sesiapa. Aku pun tiada siapa di dunia ini. Aku seorang. Jadi aku kena kuat. Kau faham kan?"

Aku mengangguk. Aku memandang wajah Bilis. Aku rasa aku telah membuat dia terkejut kerana aku telah dapat meneka apa yang ramai manusia lain yang pernah berinteraksi dengannya tidak dapat lihat. Namun, apabila aku memandang wajahnya memang ada sesuatu yang aku telah gagal untuk ambil kira.

Kemudian aku pandang cara dia bergerak dan perwatakannya. Setiap pergerakannya mempunyai sedikit kejanggalan. Bilis mempunyai wajah dan badan seorang lelaki. Aku tahu di zaman ini, seorang wanita yang ingin menjadi lelaki mempunyai banyak tipu helah dan muslihat. 

Jika dia mempunyai buah dada, walaupun kecil, ia perlu disembunyi dengan menjadikan dada itu leper. Ini boleh dilakukan dengan mudah. Pelbagai pelekat yang dibuat untuk badan manusia boleh digunakan untuk menjadikan buah dadanya tidak kelihatan. Baju dalam yang kejap dan lebih kecil daripada saiz badan mampu menyebabkan seorang wanita mempunyai dada yang leper seperti lelaki. Lelaki Korea yang berbuah dada menerbalikkan komposisi badan ini.

Aku pandang bahagian dada Bilis dan aku lihat dia hanya memakai baju yang nipis. Ia berwarna putih dan ia tidak menampakkan yang dia memakai apa-apa baju dalam. Jelas yang dia tiada buah dada atau sebarang bahagian dada yang membonjol. Adakah itu bermakna dia telah melakukan pembedahan yang melenyapkan buah dadanya sama sekali? Aku merasakan itu sahaja jawapan kepada persoalan ke mana hilang buah dadanya. 

Dia hanya perlu ke negeri Thailand atau Singapura untuk melakukan pembedahan sedemikian. Malahan, di Malaysia pun sudah ada klinik dan hospital yang mampu melakukan prosedur sedemikian. Dengan wang yang cukup dia tentu mampu membayar mana-mana doktor atau pakar kesihatan untuk melakukannya.

Bahagian kedua yang membezakan jantina lelaki atau perempuan adalah apa yang terletak di bahagian celah kelangkang mereka.

Aku menjengah kepala aku untuk melihat ke bahagian tersebut. Dia memakai seluar khakis coklat cair yang longgar. Kakinya bersilang rapat. Dia nampak selesa dalam duduknya dan apabila dia nampak aku memandang bahagian kelangkangnya dia sengaja mengangkangkan kakinya memberi akses kepada aku untuk melihat dirinya.

Bahagian kelangkang Bilis mempunyai bonjolan yang seharusnya hadir untuk sesiapa yang berjantina lelaki. Aku kurang percaya dengan hadirnya bonjolan di bahagian itu bermakna dia adalah seorang lelaki. Dia dengan mudah boleh meletakkan sesuatu untuk membuat bonjolan itu. Tentu saja dengan segumpal stokin atau kain dia boleh menjadikan ia satu bentuk kemaluan lelaki.

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now