Seksaan - Part 34

1.3K 15 7
                                    

Haji Judi tidak mati terkena tusukan yang aku hunus ke jantungnya. Malahan, dia tiba-tiba gelak besar. Aku terkejut dengan reaksinya dan dalam kejutan aku itu diri aku dirampas semula oleh Sarafina.

"Celaka kau. Aku belum habis menyeksa si celaka ini kau dah buat hal. Kau masih belum faham kenapa aku masih membiarkan dia hidup. Dia ada rahsia tentang diri kau yang belum dia ceritakan. Kau duduk diam di tepi sana, biar kau hadam apa yang ingin dia sampaikan," kata Sarafina kepada aku di dalam penjara otak yang dia sediakan untuk aku.

Aku terperesuk di satu sudut di belakang besi penjara yang dicetus oleh Sarafina di dalam otak aku sendiri. Aku masih dapat melihat apa yang terjadi di luar sana di satu televisyen yang disediakan Sarafina untuk aku, yang di letak di hujung penjara itu.

"Haji Judi! Kau memang mahu nyawa kau aku tamatkan ya? Kau tentu ingat ini adalah anak kau yang bernama Bilis sedang menyeksa dan mahu membunuh kau kan?" soalan Sarafina itu menyebabkan Haji Judi terdiam. Gelaknya mati di kerongkongnya kerana aku lihat dia dapat mengenali suara yang keluar daripada mulut aku.

"Aku kenal suara kau. Ini bukan suara kau Bilis. Siapa kau? Aku pernah dengar suara itu tapi itu tidak mungkin. Kau sudah tiada di dunia ini," suaranya bergetar dan mukanya menjadi pucat apabila suara Sarafina keluar daripada bibir mulut aku. Aku sendiri terkejut dengan kehebatan Sarafina yang dapat melakukan sedemikian.

Aku tidak pasti samada Haji Judi pucat kerana takut melihat aku yang dikawal oleh Sarafina atau  kerana dia sudah kehilangan banyak darah daripada pelbagai luka dan sendi yang telah dipotong. Aku dapat lihat yang dia mengenali suara Sarafina tetapi dia enggan mempercayainya.

Giliran Sarafina pula untuk gelak menggila. Suaranya mengilai mentertawakan Haji Judi.

"Kau juga adalah manusia yang menyebabkan aku mengambil nyawa aku sendiri. Aku tidak tahan kerana sikap kebinatangan kau. Kau memang tidak layak digelar manusia. Kau telah lama hilang sifat kemanusiaan kau," Sarafina/aku menghamburkan kekecewaan aku kepada Haji Judi.

"Bagaimana kau boleh kembali? Bukan kau telah aku humban jauh? Bukan aku telah pastikan kau tidak wujud lagi?"

"Apa? Kau ingat aku hilang begitu saja setelah kau bakar dan kemudian buang tulang aku di beberapa tempat? Kau tentu tidak sedar yang kau telah buang tulang aku ke 9 penjuru di sekeliling Lembah Kelang. Setiap satu bahagian tulang itu telah dikumpul dan dipuja oleh beberapa gadis yang telah kau lakukan pelbagai jenayah ke atas mereka. Mereka semua pernah menjadi penghuni rumah ini. Aku telah menyemai perasaan dendam dan menceritakan bagaimana aku mati dibunuh oleh engkau. Aku pastikan mereka takut ia akan jadi seperti aku dan aku minta mereka melepaskan aku. Mereka puja tulang aku dan mereka telah hidupkan roh aku untuk menjadi sebegini kuat. Aku tidak akan mampu menjadi satu hantu yang mampu mengambil alih darah daging seorang manusia tanpa pujaan mereka. Walaupun dia hanya budak seperti Bilis ini. Dia telah menentang cubaan aku beberapa kali. Di waktu malam semasa dia tidur lemah tanpa kekuatan mental manusia yang mengawal diri, aku menyelinap masuk sebagai mimpi ngeri, dia tetap tidak menurunkan benteng pertahanannya. Pelbagai helah aku cuba," suara Sarafina/aku bercampur baur antara suara aku dan dia mengomokkan Haji Judi.

Aku mendengar momokan Sarafina dan aku mula memahami perasaan aku yang berkecamuk apabila aku punggah segala mimpi aku yang menyebabkan otak aku bercelaru apabila aku bangun tidur. Sarafina selama ini cuba mengambil alih diri aku dengan cara jahat. Dia adalah roh yang tidak mempunyai tubuh. Parasit yang memerlukan perumah untuk mampu melaksanakan balas dendamnya.

Otak bawah sedar aku selama ini dalam keadaan ia masih baru hendak dewasa telah berjaya menampan diri aku daripada diambil alih oleh pemangsa yang sangat kejam. Apakah yang menyebabkan dia akhirnya berjaya mengambil alih tubuhku?

"Aku berjaya mengambil alih dirinya kerana fizikalnya telah lemah dek kerana serangan penyakit dan kemudian renjatan elektrik yang digabung dengan keadaannya yang telah mati selama beberapa lama. Jika tubuhnya tidak menjadi lemah sebagaimana yang telah berlaku, aku mungkin tidak dapat merampas kesedarannya daripadanya. Mentalnya kuat walaupun dia telah disodom oleh engkau Haji Judi! Kebinatangan kau tidak dapat meruntuhkan kekuatan mentalnya. Malahan kerana kemaluan kau yang kurang ajar dan tak faham erti puas itu dia telah membina satu kekuatan mental yang sangat menakjubkan. Aku tidak pernah melihat kekuatan mental sedemikian di dalam seseorang yang masih muda sepertinya. Dia tidak langsung cuba membina alam fantasi atau kawan imaginasi sebagai mekanisme menangani seksaan yang diterimanya daripada kebuasan nafsu seks kau!," penjelasan Sarafina/aku menjadikan mata Haji Judi terbeliak.

Dia tahu dia sedang menghadapi entiti luarbiasa yang mampu melakukan apa saja. Matanya memandang ke kiri dan ke kanan mencari jalan keluar.

Badannya semakin melemah kerana darah yang keluar hasil daripada tusukan ke badannya. Dia percaya dia masih boleh menyelamatkan diri daripada bilik neraka yang bakal menjadi kuburnya itu.

Sarafina/aku memegang kepalanya dan menghempasnya ke lantai beberapa kali. Dia kelihatan kesakitan dan darah mengalir keluar.

"Bagaimana kau boleh jadi begini Haji Judi?" tanya Sarafina.

"Kau nak dengar tentang ibu bapa aku yang tidak memberikan aku kasih sayang yang cukup? Atau rumah agam ini adalah rumah kelahiran aku? Atau tentang bagaimana aku mencari jalan keluar kebosanan tinggal di Shah Alam dengan menghisap dadah? Atau hidup aku dengan parti liar ketika aku di UiTM? Atau bagaimana aku menyebabkan beberapa gadis mengandung dan memaksa mereka menggugurkan kandungan mereka? Bagaimana ibu aku memberi aku belanja untuk menunaikan haji pada usia 22 tahun dengan harapan ia dapat menyembuhkan diri aku? Atau kau nak tahu bagaimana benih aku terlepas ke dalam kemaluan orang yang semua panggil Ibu ini dan hasilnya adalah budak nama Bilis ini? Atau bagaimana aku tak mahu percaya Bilis ini anak kandung aku? Kau nak dia tahu semua hal ini? Bagitau aku Sarafina. Aku tahu kau ada di dalam sana. Kau puas hati? Itu yang kau nak dia tahu?"

"Kau nak dia tahu juga yang aku ni kaya kerana aku mempunyai darah raja? Aku juga mempunyai pelbagai perniagaan yang menjadi besar kerana hubungan aku dengan pelbagai ahli politik? Aku tak perlu berkerja dan duit akan dimasukkan ke dalam akaun aku? Berjuta! Aku sebenarnya bela perempuan kerana aku suka menghancurkan mereka. Aku suka merosakkan mereka dan ini adalah kepuasan yang menyebabkan aku puas secara seksual. Lebih ramai perempuan aku rosakkan, aku lebih puas. Aku tidak ada sesalan dan aku telah lama mahukan satu legasi. Aku mahu tinggalkan rumah ini kepada Bilis. Untuk dia faham tugasnya, dia perlu rosak dahulu. Jika tidak, dia tidak akan mahu menjalankan perniagaan sehina ini."

Sarafina ketawa berdekah-dekah. Aku sendiri yang mendengar semua ini di dalam penjara yang disediakan oleh Sarafina duduk termangu mendengar cerita Haji Judi yang disampaikan dalam keadaan tidak teratur itu. Dia sebenarnya memang berasal di rumah itu dan dia memang seorang haji yang tidak berjaya diubati. 

Dia bukan lah seorang yang tidak difahami oleh masyarakat dan menjadi sebegitu jahat dipengaruhi oleh rakan sebaya. Dia adalah syaitan yang memang mahu menghancurkan setiap gadis yang disentuh. Dia bukan setakat jahat tetapi dia menjadikan setiap manusia yang berinterksi denganya sejahatnya.

Dan yang menjadikan ceritanya lebih jijik dan mengejutkan adalah aku ini adalah anaknya!

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now