Sejarah - Part 4

5.4K 17 0
                                    


"Baik aku mulakan cerita aku dengan lebih jelas.

Aku dah ceritakan tadi tentang bagaimana aku tidak mempunyai sesiapa yang boleh aku panggil dengan nama ibu atau bapa. Aku hanya mengenali seorang yang aku panggil mak walaupun dia pernah menjelaskan kepada aku yang dia bukan Ibu aku.

Aku tak pernah tahu nama sebenarnya. Aku hanya memanggilnya dengan nama 'Ibu' dan dia tidak pernah melarang atau membetulkan aku daripada aku memanggilnya dengan nama itu.

Sejak aku boleh berfikir atau mengingati apa-apa, aku lihat dia sebagai seorang yang kurus kering dan jarang memakai baju bila aku bersamanya. Dia sentiasa berkain batik lusuh. Sebagai 'anak', aku tak pernah terfikir yang dia terlalu seksi atau kaitkan dirinya dengan seks.

Kami tinggal di sebuah rumah agam tiga tingkat di Shah Alam yang dikongsi bersama dengan beberapa wanita lain yang sering bertukar ganti. Aku dan Ibu aku saja yang tidak pernah meninggalkan rumah itu. Apabila aku kata kami tidak pernah meninggalkan rumah itu, aku maksudkan kami tidak pernah langsung meninggalkan rumah itu.

Ini berterusan sehingga aku berumur 12 tahun.

Yang aku ingat, sepanjang aku hidup di dalam rumah itu, ia sentiasa dilawati oleh lelaki-lelaki yang keluar masuk rumah itu tidak kira masa.

Walaupun begitu, trafik lelaki keluar masuk ini bergantung kepada masa dalam satu hari.

Ia sibuk sebaik sahaja waktu kerja di hari bekerja bermula. 

Bermula pada pukul 9 pagi, biasanya budak-budak despatch akan mula datang bertandang. Diorang tidak akan menunggu di ruang tamu tetapi biasanya akan terus masuk ke dalam bilik di tingkat atas.

Pada waktu tengahari, yang datang selalunya orang yang berpakaian lebih kemas. Kadang-kadang memakai tali leher dan kadang-kadang ada yang berpakaian lengkap satu suit. Kadang-kadang ada yang datang dengan orang-orang berbadan besar yang akan duduk di ruang tamu bersama aku.

Mulai pukul 5 petang, waktu pejabat mulai tutup, yang datang adalah pekerja-pekerja pejabat yang telah habis bekerja. Ada juga yang berpakaian sukan dan ada yang hanya datang seperti baru datang daripada masjid.

Ini akan berterusan sehingga pukul 3 pagi. Kadang-kadang ia berlanjutan sehingga pukul 5 pagi.

Ada regular yang tidur di dalam rumah itu bersama-sama dengan kakak-kakak yang ada.

Ini terutamanya pada hari minggu.

Hari minggu, suasana rumah itu lebih ceria kerana kakak-kakak tu jarang perlu 'bekerja'.

Pagi Sabtu dan Ahad biasanya akan dimulakan dengan makanan yang dimasak oleh kakak-kakak aku. Nasi lemak, pancake, telur setengah masak, ayam goreng, mee kari, laksa dan jika mereka benar-benar tidak mempunyai pelanggan, ada yang membuat kuih seperti karipap, kuih akok, vadey, goreng cempedak, kuih melaka, puteri sebilik dan badan berendam. Aku rasa bila umur aku mencapai umur 10 tahun, aku menjadi budak yang gemuk kerana makanan-makanan yang mewah ini.

Aku selalunya duduk di ruang tamu bermain dengan pelbagai mainan yang ada di dalam kotak permainan aku. Permainan-permainan di dalam kotak itu semua adalah pemberian daripada lelaki-lelaki yang datang.

Sepanjang aku di situ aku sering dilayan oleh kakak-kakak. Yang aku panggil kakak-kakak ini tinggal bersama-sama dengan kami. Mereka tinggal di dalam bilik-bilik di tingkat atas rumah itu.

Pada setiap masa, Ibu sentiasa ada di dapur. Aku jarang nampak Ibu naik ke bahagian atas rumah itu.

Bilik aku dan Ibu di satu bahagian di tingkat bawah. Rumah itu mempunyai kolam renang yang jarang digunakan oleh kakak-kakak yang tinggal di situ.

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now