Cabul - Part 14

6.9K 24 0
                                    

Apabila aku terjaga daripada pengsan, perkara pertama yang aku dapat rasa adalah kesakitan di bahagian belakang aku terutama di dalam lubang dubur aku. Aku dapat merasakan sesuatu yang keras telah memasuki lubang itu dan lubang itu mungkin berdarah.

Aku juga merasa sakit di bahagian badan belakang aku yang ditekan dengan kasar.

Posisi aku yang terjaga itu masih di dalam keadaan tertonggeng seperti semasa aku pengsan.

Aku masih memakai baju koboi dan bontot aku masih terdedah.

Selepas seketika, selain daripada sakit di bahagian badan aku di belakang, aku mula dapat merasa sensasi di beberapa bahagian badan dan muka aku.

Mulut aku yang ditumbuk tadi merasa berdenyut-denyut dan cecair darah yang pekat memenuhi mulut aku seperti air liur basi selepas tidur. Ia ibarat aku minum air panas yang menggelegak dan ia tidak aku luahkan. Panas. Lidah aku melekat di satu bahagian mulut aku.

Selain daripada itu aku yang masih tertonggeng itu mula merasa satu sensasi yang amat tidak selesa sebelum aku mula merasa sakit di bahagian lubang bontot aku.

Kesakitan itu menular seperti terdapat satu kayu dimasukkan ke dalam lubang dubur aku sebelum aku merasainya di keseluruhan badan aku seperti satu luka yang amat dalam telah disiat. Aku kini dapat merasa sesuatu berada di dalam lubang bontot aku dan ia bergerak-gerak.

Hanya ada satu benda yang selama ini pernah mengisi lubang bontot aku itu iaitu taik aku. Selalunya aku tidak akan berfikir tentang taik aku apabila aku buang air besar. Aku anggap ia suatu perbuatan semulajadi yang aku lakukan kerana aku sakit perut.

Apabila sesuatu ingin keluar daripada perut aku dan dengan secara semulajadi aku akan duduk mencangkung di atas lubang tandas dan aku akan merasa lega apabila sesuatu keluar daripada lubang dubur aku mengurangkan rasa sakit perut aku. Proses sedemikian adalah proses natural buang air besar hasil proses biologi badan manusia.

Perasaan taik aku keluar daripada lubang dubur dan kelegaan yang datang selepas itu  tidak pernah membuat aku berfikir panjang tentangnya.

Kecuali pada situasi beberapa kali aku pernah tersalah makan sehingga menyebabkan aku terberak beberapa kali dalam masa sejam sehingga aku rasa tak dapat bangun daripada mangkuk tandas. Ia menyebabkan lubang dubur aku perit dan terbuka tanpa henti.

Perasaan itu adalah sesuatu yang jarang-jarang berlaku dan memori sesuatu yang begitu menjijikkan dan memualkan membuatkan aku memadamnya daripada fikiran aku secepat mungkin. Aku tidak pernah terfikir pada masa usia aku yang sangat muda sebegitu yang aku bakal hadapi sesuatu yang aku ingin padamkan daripada memori aku lebih cepat daripada perasaan tidak mempunyai kawalan ke atas fungsi badan aku seperti ketika aku ceret beret.

Aku merasakan kesakitan yang amat sangat dan kemudian semuanya kembali gelap.

Apabila aku terjaga, aku keseorangan di dalam bilik itu. Aku berbogel tanpa seurat benang. Aku tidak selesa kerana tertiarap sambil muka aku tersembam ke bantal.

Aku membetulkan badan aku dengan perlahan-lahan, aku turunkan kaki aku dan aku berdiri.

Aku pandang ke kiri dan ke kanan, tidak nampak sesiapa dan aku melangkah keluar daripada bilik itu dengan perlahan-lahan. Aku masih sakit tetapi aku tidak mahu berada di bilik itu walau sesaat pun lagi.

Aku ke bilik aku dan aku tidur sehingga tengahari keesokan harinya.

"Nah. Ni coklat kegemaran kau. Hadiah kerana kau tolong Ibu," Ibu meletakkan kotak coklat itu di sebelah aku yang cuba menutup mata aku tidak mahu memandang Ibu.

Aku benci dengan Ibu! Aku tidak akan maafkan dia dengan apa yang telah dia lakukan kepada aku.

Aku duduk di atas katil dan memberikan dia satu pandangan yang cukup tajam. Cukup untuk membunuh Ibu jika pandangan boleh membunuh. Ibu buat-buat tak nampak. Dia duduk di atas katil itu dan membuka kotak coklat itu apabila dia lihat aku tidak menyentuhnya.

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now