Cinta - Part 29

2K 6 0
                                    

"Adakah kau berjaya membebaskan diri kau? Adakah semua rancangan kau berjaya? Jika kau di sini tentu kerana kau dah balas dendam dan laksanakan semua rancangan kau? Aku tabik lah dengan kau sebab kau berjaya melakukan semua itu seorang diri?" aku bertanya.

"Tan, kau tentu mempunyai sebab yang lebih konkrit kenapa digelar Setan. Atau itu nama timangan kau sengaja nak nampak ganas?" Bilis bertanya secara tiba-tiba mengalih perhatian daripada ceritanya yang panjang lebar.

"Kau nak tahu cerita aku pula? Aku ada versi pendek yang boleh kita jadikan selingan sebelum kau masuk ke cerita bagaimana kau gunakan bancuhan bahan minuman jamu Ibu untuk memengsankan Ibu dan Haji Judi. Itu yang berlaku kan? Lepas tu kau kerat diorang dan kau berjaya balas dendam untuk diri kau dan Sarafina. Betul tak?"

Bilis hanya memandang aku. Dia hanya mengangguk sekali. Aku pandang wajahnya. Ia lebih tua daripada agakan aku tentang umurnya. Kami di sini sedang bertukar-tukar cerita perang kami yang menjadikan kami kejam. Kejam kepada dunia dan kejam kepada diri sendiri. Hilang norma kemanusian dan tidak kisah dengan label yang dilekatkan kepada diri kami.

Pada setakat yang diceritakan oleh Bilis memang hidupnya amat mencabar. Aku tak dapat bayangkan hidup sedemikian. Diperkosa dan diperlakukan sesuka hati ibarat barang dagangan tanpa harga. Apa agaknya yang terlintas di pemikirannya setiap kali diperlakukan sedemikian? Adakah Bilis masih siuman? Kalau aku tentu dah gila, fikir Tan.

Jika aku adalah budak yang diceritakan olehnya yang dinoda di setiap lubang yang wujud di badan aku dan hilang harga diri sepertinya, aku mungkin telah membunuh diriku sendiri jika aku ada peluang. Motivasi Bilis amat berlainan. Dia menukarkan tenaga kesakitan mental dan fizikal yang dihadapinya kepada tenaga balas dendam. Dia tidak menjadikan sesuatu yang menekannya sehingga dia kalah dan mencari jalan keluar. 

Bunuh diri atau bunuh hati.

"Aku juga datang daripada dunia yang hampir sama dengan kau. Aku tidak lah dijaja dijadikan pelacur tanpa rela dan ditiduri oleh pelanggan yang membayar harga diriku dengan wang ringgit. Namun aku boleh katakan yang aku cukup faham apa perasaan kau tidak mempunyai ibu bapa yang memberi engkau kasih sayang yang sepatutnya engkau nikmati semasa engkau sedang membesar."

"Aku adalah produk institusi rumah anak yatim. Aku ditinggalkan di dalam baby hatch di Chow Kit. Aku tidak pernah tahu siapa ibu atau bapa ku. Aku sebenarnya sangat bertuah kerana aku tahu di dalam dunia ini aktiviti membuang bayi adalah satu perkara lahiriah yang sukar dibendung. Sudah menjadi naluri manusia untuk menyetubuhi manusia yang lain. Yang lelaki akan cuba membuang benihnya ke dalam seberapa banyak faraj yang mungkin agar rahim disemai dan dicambahi dengan zuriatnya. Yang berjantina perempuan akan menerima benih lelaki di dalam rahimnya lalu membesarkan benih itu menjadi bayi."

"Maksud kau semua orang nak bersetubuh kerana naluri? Bukan sebab diorang nak sedap di antara pusat dan lutut?" cabar Bilis.

"Itu adalah teori aku berdasarkan fakta sains dengan pemahaman ilmu agama yang diajar kepada aku dan ditambah dengan segala buku yang aku baca."

"Teruskan. Cerita teori kau. Aku nak tahu juga apa justifikasi kau dengan binatang-binatang yang tidur memasukkan mencucuk-cucuk segala lubang yang dia jumpai di badan aku ini sampai aku  dah tak punya rasa lagi di bahagian bawah badan aku," kata Bilis ini disampaikan dengan matanya mencabar aku. 

"Exactly. Aku rasa mereka adalah binatang yang hanya dipandu oleh kemaluan mereka hasil daripada evolusi beratus tahun. Manusia memerlukan agama untuk mengekang naluri yang lahir pada saat mereka lahir. Tanpa agama, nafsu akan mengganas di dalam badan dan menjadikan dunia ini kucar kacir. Kau pernah dengar tentang bagaimana nafsu adalah seekor binatang yang dilemas di dalam laut dalam, dibakar api dan dicampak ke dalam vakum tetapi tidak dapat dijinakkan. Nafsu hanya dapat dijinakkan apabila ia tidak diberi makan. Ia menjadi lemah dan mampu dikawal oleh akal. Itu lah apa yang diajar oleh ustaz yang datang memberi ceramah di rumah anak yatim yang aku huni di Chow Kit itu dulu."

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now