Sejarah Hitam - Part 8

4.1K 18 0
                                    

Pada hujung tahun itu, aku menyambut hari lahir aku yang ke 11. 

Sehingga kini ia adalah satu tarikh yang aku cuba lupakan. Ia adalah titik gelap dalam hidupku.

Pada masa itu ia adalah satu tarikh yang amat bermakna buatku sebagai seorang kanak-kanak walaupun Ibu pernah memberitahu aku yang tarikh lahir aku itu bukan tarikh lahir aku yang sebenar tetapi hanya dia tandakan supaya ada sambutan hari lahir untuk aku. Dia kata dia tidak kisah samada aku ada tarikh lahir atau tidak tetapi ia adalah di hujung tahun mudah untuk dia melayan aku kerana pada masa itu kebanyakan pelanggan sibuk dengan famili.

Aku tak pernah merasa sedih dengan penerangan Ibu itu kerana 23hb. Disember sentiasa menjadi hari yang aku tunggu-tunggu.

Aku dapat kek aiskrim yang aku gemari pada setiap harijadi aku dan ramai yang memberi aku hadiah. Ada yang sangat sukakan aku sehingga aku mendapat lebih daripada satu hadiah daripadanya. Aku tidak faham yang setiap hadiah adalah rasuah kepada Ibu agar aku diserahkan kepada pemberi hadiah pada satu masa yang sesuai.

Pada harijadi aku kesebelas itu, Ibu telah menjanjikan yang aku akan mendapat konsol Playstation yang telah lama aku idamkan.

Dengan tidak sabar dan penuh debaran, aku menunggu untuk majlis hari lahir aku yang jatuh pada hari Jumaat. 

Ibu tersenyum melihat aku sepanjang minggu sebelum hari Jumaat tiba. Aku membalas senyumannya yang cukup lebar terutama apabila sampai waktu untuk tidur dengan dia duduk di tepi katil aku dan dia mengurut-ngurut kepala aku.

Ibu jarang menunjukkan kemesraan sebegitu kerana ia sesuatu yang dia telah henti lakukan selepas aku mencapai umur 3 tahun. Ia sesuatu yang aku amat rindui kerana aku adalah seorang yang manja semasa aku kecil. Aku suka dibelai tetapi cukup jarang mendapat belaian itu.

Kesian kan?

Aku tidak merasakan ia sesuatu yang pelik apabila Ibu yang jarang membelai aku tiba-tiba datang duduk rapat dengan aku dan juga sentiasa memerhatikan aku berenang dan bermain dengan permainan aku.

Aku menerima belaian Ibu dengan hati yang riang. Malam-malam itu aku tidur dengan senyuman yang lebih lebar.

Pada hari Khamis, sehari sebelum hari lahir aku, Ibu memanggil aku dan mengajak aku duduk dengannya di dapur. Dia seperti biasa dengan rokok di mulutnya memandang aku apabila aku duduk di kerusi di hadapannya.

"Esok hari lahir kau kan? Ibu ada hadiah untuk kau. Ini untuk kau pakai malam ni nanti?" Ibu berkata.

"Pakai malam ni? Apa bu? Kenapa cepat sangat dapat?" aku bertanya.

"Alah, baju baru. Kau pakai malam ni. Nanti ada makan malam khas untuk kau," Ibu berkata ini sambil memandang aku dan tersenyum.

"Wah, bestnya. Malam ni ada makan, esok ada majlis jugak. Kenapa tak tiap-tiap tahun ada macam ni?" aku bertanya lagi.

"Kau ni. Banyak tanya betul. Tak nak ke? Aku bagi orang lain nanti," Ibu meninggi suara tetapi masih lagi tersenyum.

Aku memandang Ibu. Aku terasa curiga dengannya tetapi teruja.

Aku masih kurang faham dengan apa yang terjadi dan masih banyak soalan ingin aku tanya tetapi aku juga ingin menyarung pakaian baru yang diberikan oleh Ibu.

Aku memandang beg kertas yang dibawa oleh Ibu tadi.

Ibu menghulur beg kertas itu kepada aku. Aku mengambilnya tanpa berkata apa-apa.

Aku masuk ke dalam bilik kami di belakang dapur. Aku buka beg kertas itu dan melihat baju koboi yang aku minta-minta selama ini.

Aku memang telah meminta Ibu membeli aku baju koboi yang aku lihat di dalam pembukaan video game Cowboy & Red Indian yang aku gemari.

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now