Lelong - Part 28

1.2K 8 0
                                    

Sepanjang masa aku diperagakan pada malam durjana itu fikiran aku menerawang jauh dari rumah agam itu. 

Jika sebelum ini aku hanya berada di luar rumah itu ketika aku bermimpi atau di dalam keadaan koma (semasa cubaan melarikan diri aku yang gagal), pada masa itu, sambil aku dibawa ke merata kawasan parti lelong di rumah agam itu sedang berjalan, fikiranku berada jauh di tempat lain.

Kepala aku terasa ringan sangat selepas aku menogok air jamu yang ditinggalkan oleh Ibu. Aku meneguk keseluruhan kandungan gelas kecil itu dengan menuangnya terus ke dalam mulut aku masuk ke dalam tekakku. 

Aku tidak mahu rasa cecair yang aku telan lalu aku humbankan ia terus ke dalam tekak aku untuk terus masuk ke salur esofagusku. Namun aku masih dapat merasa minuman yang mempunyai rasa pahit bercampur manis itu kerana setitis dua jatuh juga ke lidah aku.

Aku memejam mataku ketika aku menelan air khayal itu dan apabila aku buka mataku aku dapat rasa kelainan pandangan aku. Setiap sudut yang ada terasa lebih tajam. Setiap wajah yang aku lihat menjadi lebih jelas.

Deria lain dalam tubuhku juga terasa lebih tajam. Kesan air yang aku minum itu menyebabkan segala yang ada di sekitar diriku dapat aku rasa, lihat, dengar, sentuh dan bau dengan jelas tanpa ada tapisan.

Wangian yang disembur ke badanku membuatku terasa di ke tekakku sehingga aku ingin muntah kerana aku dapat memisahkan kandungan setiap bunga dan kayuan yang menjadi ramuan l'eau d'Issey eau de parfum Issey Miyake yang terdiri daripada bunga teratai, mawar, lili, osmanthus; kayu cendana dan cedar.

Sentuhan baju yang dipakaikan kepadaku, walaupun ia menutup hanya beberapa kawasan strategik dapat aku rasa dengan jelas. Bahagian yang terdedah, apabila ditiup angin penyaman udara terasa seperti ada tangan yang menyentuh dan mengelus. Bahagian sensitifku di payudara dan kemaluanku bagaikan ada tangan menaikkan syahwatku.

Setiap suara yang kedengaran di luar menjadi kuat. Aku merasakan di ruang tamu terdapat beribu suara cuba bercakap serentak. Setiap suara dapat ku dengar dengan jelas tetapi ia juga bercantum menjadi satu nada yang menusuk ke telingaku ibarat ada pembesar suara dihela ke dalamnya.

Bingit.

Suara manusia di luar sana dihiruk pirukkan dengan musik yang dikeluarkan oleh speaker musik lagu EDM yang dipasang untuk membuat suasana parti.

Apabila aku ditanya keadaan diriku oleh Kak Rubi aku terkejut kerana aku mendengar dia menjerit.

"Boleh tak kau jangan gerak sangat? Aku nak touch up kau ni," katanya.

Aku mendengar "BOLEH TAK KAU JANGAN GERAK SANGAT? AKU NAK TOUCH UP KAU NI!"

Aku menutup lubang telingaku dan hanya mengalih tanganku apabila ditarik oleh Kak Rubi untuk diletak disamping badan aku.  Semua serangan deria aku itu menjadi semakin hebat apabila aku ditarik keluar oleh Ibu untuk dibawa ke ruang tamu.

Ibu memasukkan kaki aku ke dalam kasut tumit tinggi stiletto setinggi 4 inci. Aku terhoyong hayang menyeimbang badan aku di dalam kasut yang menaikkan tinggi aku dan menyebabkan badan aku menjadi tonggek.

Ibu memimpin aku di sebelah kanan sambil dibantu oleh Kak Rubi yang memegang bahu kiriku untuk membolehkan aku berjalan dengan sempurna. Aku tidak mampu bergerak seorang diri kerana pemikiranku berkecamuk dan dengan satu langkah saja mereka tahu aku hampir jatuh tersungkur. 

Di sebalik muzik EDM ibarat guruh berdentum tanpa henti disulam dengan campuran musik oleh pelbagai artis, aku dibawa untuk dipamerkan sepenuhnya kepada tetamu yang hadir.

"UNTUK LELONGAN SETERUSNYA, KITA PERSEMBAHKAN NO. 25. SILA LETAKKAN HARGA BIDAAN DENGAN NOMBOR TELEFON ANDA. ANDA AKAN DIBERITAHU SAMADA ANDA BERJAYA MENJADI PEMILIK NO. 25 SELAMA ENAM BULAN."

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now