Cinta - Part 30

1.4K 6 2
                                    

"Kau nak aku teruskan kisah cinta aku yang menyebabkan aku bergaduh besar dengan senior aku atau kau nak teruskan cerita kau membalas dendam?" Aku tahu Bilis mahu mengumpul maklumat tentang aku sebelum dia menyambung ceritanya kerana dia membuat tangannya mempersilakan aku meneruskan cerita aku.

"Baik, biar aku cerita kisah cinta epik aku. Kisah cinta yang menyebabkan selepas aku dibuang daripada sekolah itu aku tidak percaya kepada mana-mana perempuan atau lelaki lagi."

"Sekolah asrama aku mempunyai dua asrama yang dibahagi oleh satu Dewan Makan. Asrama Putera dan Asrama Puteri dipisahkan oleh satu dewan makan yang mempunyai ruang makan terbuka yang dikhaskan untuk pelajar lelaki dan satu bahagian tertutup yang dikhaskan untuk pelajar perempuan. Oleh kerana ruang makan pelajar perempuan mempunyai dinding kaca, kami, pelajar lelaki makan semua makan pagi, tengahari dan malam kami sambil mengintai aktiviti pelajar perempuan."

Pelajar perempuan pula memang sedar perkara ini dan yang suka bergaya berhias untuk menarik perhatian kami. Mereka juga suka duduk dekat dengan cermin yang paling hampir dengan dewan makan lelaki. Mudah untuk menarik perhatian. Yang biasanya memenuhi bahagian yang dekat antara kawasan lelaki dan kawasan perempuan adalah senior tingkatan 5. Alasan mereka, senang mereka nak bertukar nota atau berjumpa tentang perkara peperiksaan SPM.

Ada juga beberapa alasan untuk pertemuan dibenarkan oleh pentadbiran sekolah kami.

Ia adalah apabila ada tugasan yang memerlukan pelajar lelaki dan pelajar perempuan bertemu untuk berbincang tugasan yang diberikan cikgu. Yang senior selalunya menghalau junior agar pertemuan sedemikian dilakukan di kelas masing-masing semasa waktu prep. Senior sahaja yang boleh berjumpa di Dewan Makan.

Aktiviti kokurikulum juga adalah satu lagi alasan pertemuan dua jantina berbeza di sekolah asrama penuh kami. Ini sering ditegah oleh senior kerana mereka mengatakan yang aktiviti kokurikulum tidak memerlukan pertemuan tetapi ia berleluasa dilakukan oleh senior.

Namun, ada juga yang tak dapat disurai dan yang paling kerap berlaku adalah apabila kakak angkat nak jumpa adik angkat lelaki. Alasan yang diberikan adalah aktiviti kokurikulum yang memerlukan kederat lelaki oleh pelajar perempuan.

Ini adalah pelajar perempuan tingkatan 5 yang melawan semula budak lelaki batch mereka yang mengganggu pertemuan mereka. Lagi pun selalunya yang berani membuat pertemuan sebegitu bukan calang-calang senior. Selalunya mereka pun selamba je panggil adik angkat diorang untuk pass lauk yang mak bapak diorang kirim atau yang mereka masak selepas hujung minggu balik rumah. Kadang-kadang untuk menyampaikan kiriman coklat atau hadiah selepas cuti panjang.

Aku adalah antara yang punya kakak angkat. Yang memberi aku kakak angkat adalah pengurusan sekolah aku.

Apabila aku masuk tingkatan 1 lagi aku telah dipadankan dengan seorang kakak angkat. Sebagai seorang anak yatim, sekolah aku mengambil berat tentang nasib seseorang seperti aku. Tiada siapa melawat aku dan aku tiada rumah untuk pulang. Bukan sahaja pada hujung minggu tetapi ketika cuti semester.

Ketika aku berada di dalam tingkatan 1 dan 2 kakak angkat aku ambik acuh tak acuh sahaja tentang perihal aku. Kakak-kakak angkat aku hanya memberi aku makanan daripada rumahnya sekali dua dan tidak rajin bertanyakan khabar aku. Mereka menganggap aku adalah bebanan. Mungkin mereka terpaksa menjadi kakak angkat aku sebagai satu hukuman.

Itu semua berubah ketika aku masuk tingkatan 3 dan dipadankan dengan Kak Iliyani. Yani terus mengajak aku keluar berjumpa dengannya pada masa bukan waktu sekolah pada minggu pertama semester bermula. Itu adalah apa yang disampaikannya pada pertemuan kami di bilik Pembimbing Rakan Sebaya yang sering menjadi tempat perkenalan antara kakak angkat dan adik angkat yang diendors oleh sekolah.

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now