Interlud Mimpi - Part 12

2.5K 13 1
                                    

Mimpi aku :

Aku berada di medan perang. Aku adalah seorang askar yang sedang membawa senjata. Aku memakai baju celoreng yang kotor dengan lumpur.

Di tangan aku adalah satu senapang dengan buntut kayu dan laras besi. Di hujung senapang itu terdapat satu pisau yang panjang dan tajam.

Senapang itu aku genggam dengan dua tangan aku dan satu jari aku berada di picu senapang itu. Tangan aku menggeletar.

Aku tak tahu samada aku menggeletar kerana aku takut atau kerana cuaca yang sejuk di tempat aku berada.

Di bahu aku terdapat baju sejuk yang disangkutkan di situ menggunakan butang yang dipakaikan ke baju celoreng aku.

Aku tak pasti di mana aku berada kecuali di hadapan mata aku adalah medan peperangan yang sangat dahsyat.

Medan peperangan itu adalah di kawasan yang sangat lecak, penuh lopak-lopak berair, mayat bergelimpangan di setiap sudut, terdapat kuda-kuda berkeliaran tanpa tuan, ada beberapa ekor anjing yang mati dan beberapa ekor burung besar sedang memakan bangkai manusia dan binatang.

Mayat-mayat yang aku nampak berada dalam keadaan yang mengerikan.

Ada yang mati sempurna dengan badan mereka tiada cacat cela lengkap dengan kaki dan tangan. Hanya kerana mereka terbaring tidak bergerak atau terdapat kayu seperti tombak tercacak di badan mereka menunjukkan yang mereka telah mati. Darah mengalir keluar daripada luka yang ada di badan mereka.

Ada yang hilang kaki dan tangan nampak jelas dengan luka di bahagian-bahagian yang mencantumkan kaki atau tangan itu ke bahagian badan mereka. Tulang-tulang yang kelihatan keluar daripada bahagian badan mayat-mayat itu nampak tersebul walaupun mereka terbaring di atas tanah yang hitam penuh lecak.

Bangkai manusia dan bangkai binatang bertaburan bercampur antara satu sama lain. 

Kebanyakan mereka berpakaian askar yang berwarna kuning dan merah. Warna-warna yang pelik untuk baju askar kerana ia mudah kelihatan. Yang berpakaian merah kelihatan lebih banyak daripada yang berwarna kuning.

Ada yang bogel terus tidak berpakaian dan warna kulit mereka yang putih jelas terbayang. Lecak yang hitam terpalit di badan mereka dan darah yang keluar daripada mayat-mayat membuat mayat-mayat itu kelihatan bagaikan boneka manekuin yang kotor terpalit lecak dan kotoran.

Bukan keadaan mayat bertaburan di merata tempat di medan perang itu yang paling mengerikan aku.

Mayat-mayat yang mengerikan aku adalah mayat-mayat tanpa kepala.

Mayat-mayat ini bagaikan diatur seperti satu barisan dengan badan mereka terbogel tanpa seurat benang.

Badan mereka terbalik dengan badan mereka tertiarap ke bawah. Sesuatu yang kelihatan seperti kayu keluar daripada bontot-bontot mayat yang terteriap itu.

Apabila aku nampak terdapat lagi satu bahagian kayu yang terkeluar di leher setiap mayat-mayat yang bogel itu, baru aku faham.

Mayat-mayat itu telah disula dengan kejam. Kayu yang tajam telah dimasukkan melalui bontot mereka dan bahagian tajam kayu itu tembus dan oleh kerana kepala-kepala mayat itu tiada, kayu-kayu itu tembus itu di leher mayat-mayat tersebut.

Mayat-mayat tersebut kemudian dibiarkan begitu saja seperti satay di atas panggangan.

Aku memandang lebih jauh ke hadapan dan aku dapat nampak kepala-kepala yang dicacak di hujung kayu yang tajam.

Apabila aku pandang, aku dapat lihat kepala-kepala yang tercacak itu dalam keadaan yang lebih ngeri kerana daripada jauh aku dapat melihat mata-mata semua mayat-mayat itu telah dikorek dan di dalam soket-soket mata setiap kepala itu dicacak dengan kayu tajam yang terkeluar.

KEJAM #Wattys2019Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin