Cabul - Part 13

8.9K 20 0
                                    

Di mana aku berhenti tadi menceritakan tentang bagaimana aku dicabul?

Aku merangkak di dalam bilik itu bila aku dicampak oleh Ibu ke dalamnya sebelum satu suara yang bengis kedengaran mengatakan kepada aku "Bangun Bilis!"

Aku terkejut  suara kasar lelaki yang menyuruh aku bangun itu. Aku yang tadi gembira tergelak-gelak mengharapkan makan malam istimewa dengan Ibu di dalam bilik di satu bahagian rumah itu yang tidak pernah aku jejaki, kini berada dalam keadaan tidak keruan dan dengan fikiran berkecamuk merangkak di atas lantai.

Aku bangun perlahan-lahan.

Aku terasa badan aku berat dan aku mula terasa sakit di bahagian lutut aku yang tersadung ke lantai tadi. Aku rasa kedua-dua lutut aku luka kerana terseret di karpet di bilik itu ditolak masuk dengan kasar oleh Ibu.

"Bangun! Jangan mengada-ngada nak buat-buat sakit," suara itu sekali lagi berkata-kata dengan tegas.

Aku tegakkan badan aku sambil duduk melutut. Suasana di dalam bilik itu lain daripada luarnya yang cerah dengan lampu koridor dipasang sepenuhnya tadi semasa aku di luar. Lampu kuning di luar bilik itu terasa amat berbeza dengan suasana bilik itu.

Suasana di dalam bilik itu gelap dan malap. Boleh dikatakan suasana di dalamnya mengundang rasa takut.

Jika di koridor menuju ke bilik itu lampu di tepi dinding lampunya adalah kuning dan suasananya sudah cukup suram, di dalam bilik ini, suasana suram yang ada di luar sana diturunkan lagi sebanyak 40% lagi.

Terdapat satu lampu meja yang mempunyai penutup tepi berwarna hitam dan ditutup pula dengan kain merah di atas meja sebelah kanan katil bersaiz Queen yang memenuhi bahagian tengah bilik itu.

Cadar di tilam untuk katil itu berwarna merah pekat dan dinding bilik itu juga berwarna merah pekat. Karpet yang menyebabkan lutut aku berbirat luka kerana terseret tadi juga berwarna merah pekat dengan corak-corak berwarna gelap.

Semua faktor-faktor tadi menyebabkan keadaan di bilik itu gelap dengan hanya satu sumber cahaya yang tidak mempunyai apa-apa bantuan untuk memantulnya mengurangkan kegelapan yang ada.

Cahaya lampu meja di tepi katil itu adalah sumber cahaya di dalam kesuraman itu adalah satu-satunya sumber untuk aku mencari suara yang memberi arahan kepada aku itu.

Apabila aku menegakkan badan aku, aku dapat melihat badan seorang lelaki yang tidak memakai baju di atas katil itu.

Dalam gelap yang diterangi satu mentol itu aku cuba memahami nasib aku. 

Aku yang masih cuba memahami dunia di mana aku ditinggalkan oleh Ibu yang aku percaya dan anggap sebagai pelindung aku, tidak faham kenapa aku berada di dalam bilik dengan seorang lelaki yang tidak memakai baju.

"Mari sini. Bangun berdiri dan duduk di sebelah aku. Kau duduk melutut macam tu bukan dapat apa-apa pun," lelaki itu berkata lagi.

Aku bangun dengan mengaduh sedikit tetapi aku bangun dengan cepat. Dalam cubaan aku untuk bangun, aku memandang ke arah lelaki itu dan pada ketika itu aku dapat lihat lelaki yang aku sering nampak berada di pelbagai ruang di rumah itu.

Lelaki yang terbaring dengan badannya disandarkan kepada bantal-bantal yang diletak di belakangnya.

Lelaki yang pernah aku nampak sebelum itu mempunyai badan yang kurus sehingga nampak tulung rusuknya. Terdapat satu tanda merah yang bermula di bahagian kiri dadanya menuju sehingga ke bahagian kelangkangnya yang tersorok di bawah selimut yang juga berwarna merah pekat.

Selain daripada tanda merah itu, badan lelaki itu sangat putih sehinggakan tanda merah di badannya itu ibarat papantanda tidak boleh masuk yang terbalik warnanya. Ia sangat jelas di badan lelaki itu sehinggakan itu saja yang aku dapat pandang tidak dapat mengalihkan mata aku daripadanya.

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now