Interlud Mimpi - Part 11

3.1K 12 0
                                    

Kita iklan sekejap. Biar aku ceritakan tentang mimpi aku.

Aku tahu kau nak dengar cerita macamana aku dicabul tetapi walaupun aku yang nak kau tahu cerita aku, ini bukan mudah untuk aku.

Biar aku cerita tentang mimpi aku dulu sebelum aku cerita bagaimana aku dicabul.

Aku sentiasa bermimpi yang aku berada di medan perang.

Aku tidak pernah tahu rupa medan perang. Apa yang aku tahu tentang medan perang adalah apa yang aku nampak di dalam video game yang aku pernah main. Medan perang yang aku fahami pada awalnya adalah permulaan cerita koboi dan red Indian yang aku selalu main.

Itu adalah video game kegemaran aku.

Ada satu video game yang pernah diberi kepada aku tetapi aku tak berapa gemar bermain video game itu. Aku cuba main video game tu tetapi selepas dua tiga stage aku main semula video game Cowboy & Indian tu.

Aku pun tak tahu kenapa aku minat sangat dengan game Cowboy & Indian tu. Mungkin sebab aku tak perlu menggunakan pemikiran untuk memainkannya.

Main je. Tembak dan kumpul point. Setiap hari aku tambah point sampai aku letih. Setiap hari aku bunuh seberapa banyak Red Indian yang aku boleh. Red Indian yang keluar aku bunuh satu persatu sehingga puas.

Bang! Bang! Bang!

Red Indian jatuh.

Rebah menyembah bumi di dalam skrin.

Badan Red Indian berkelip-kelip.

Hilang daripada skrin.

Red Indian keluar lagi daripada kiri atau kanan skrin. Daripada balik tiang. Daripada bawah tong kayu. Daripada atas skrin. Daripada tepi skrin. Kadang-kadang tiba-tiba muncul di tengah-tengah skrin.

Aku akan menembak dengan tangkas.

Beribu-ribu point aku collect.

Ada banyak video game yang pernah diberikan kepada aku tetapi game Cowboy & Indian itu saja yang aku sering main setiap hari.

Antara video game yang aku ingat pembukaannya adalah satu video game tentang perang Israel dan Palestin. Apa? Kau tak percaya ada video game tentang perang antara Israel dan Palestin?

Aku pasang video game tu sekali je. Pembukaan video game tu aku ingat sampai bila-bila.

Video game tu bermula dengan imej dua bendera yang dikibarkan serentak. Lepas tu ada tembakan pistol yang melubangkan bendera-bendera yang berkibar di skrin tu dan kemudian satu tulisan berwarna kuning terpampang :

War of Religions

Selepas tu keluar gambar askar Israel. Berjalan di sebelah kereta kebal yang beratur panjang. Askar-askar ini berkawad di sebelah kereta kebal yang menggerunkan. Cukup realistik.

Terdapat beberapa drone terbang di atas askar yang berkawad dan kereta kebal yang seiringan. Drone ni dikawal oleh satu remote control yang dipegang oleh seorang askar yang berdiri di atas kereta kebal paling belakang.

Sedang mereka berjalan dengan megah, seorang budak yang comot dan compang camping keluar daripada sebelah kiri skrin dan berdiri di hadapan mereka. Budak itu tidak menunjukkan rasa takut dengan askar-askar dan senjata-senjata yang menggerunkan itu.

Ini sudah tentu seorang budak Palestin.

Dia memasang kuda-kuda, mengambil sesuatu daripada poket seluar panjangnya yang koyak di bahagian bawah dan dia mengangkat tangan kanannya tinggi ke atas.

Budak itu mula membaling batu ke arah kereta kebal, drone dan askar-askar yang ada di hadapannya.

Satu persatu kereta kebal, drone dan askar yang dibaling oleh budak itu meletup. Askar yang dibaling jatuh seperti ditembak.

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now