Balas Dendam - Part 21

1.2K 12 0
                                    

Kau ingat tak hantu budak perempuan yang aku nampak masa aku berenang di kolam renang di belakang rumah itu. Hantu yang aku cuba cari tetapi tidak berjaya. Hantu tu lah yang mengajar aku bagaimana untuk menyiksa orang. Dia lah yang menjadi guru aku. Kau tentu rasa aku tipu kan?

Namanya Sarafina dan dia adalah penyebab aku di sini hari ini.

Apabila aku sembuh semula setelah aku pengsan kerana terkena renjatan elektrik, Haji Judi tidak terus membenarkan Ibu untuk melayan aku seperti biasa. Ibu diminta mengurung aku di dalam biliknya. Semua makanan aku dibawa masuk oleh Ibu dan aku disuap oleh Ibu.

Semasa aku tidak bermaya Ibu hanya memasakkan aku sup. Pada setiap waktu makan, Ibu membawa masuk sup kosong. Aku hanya mampu memakan sedikit daripada sup yang Ibu letakkan di dalam mangkuk. Ibu cuba membuat aku makan dengan memujuk aku mengatakan aku hanya dapat sihat semula jika aku makan.

Setiap hari seorang doktor masuk ke bilik aku dan membuat pemeriksaan. Dia memberi Ibu ubat yang Ibu cuba berikan kepada aku. Aku pura-pura menelan ubat yang diberikan oleh Ibu tetapi aku membuangnya setelah aku letak ia di bawah lidah aku. 

Kenapa aku buang ubat tu? Aku syak Ibu nak aku sentiasa lalok. Dia tak berniat untuk menyembuhkan aku. Aku tahu dia masih tertanya-tanya kenapa aku cuba meloloskan diri daripada rumah itu. Kepada Ibu dia telah memberikan segala-galanya kepada aku.

Setakat menyerahkan aku kepada Haji Judi untuk dijadikan bahan pelampias nafsu di dalam pemikiran Ibu bukanlah sesuatu yang seharusnya mencetuskan perasaan benci di dalam diri aku sehingga aku sanggup lari daripada jagaannya. Antara sebab lain adalah keyakinan Ibu tentang peraturan dan kawalan di rumah agam itu. Jika seseorang tidak dibenarkan keluar, segala pagar, pintu keselamatan dan pengawal yang berlegar sepatutnya cukup untuk menahan daripada terjadinya insiden cubaan melarikan diri.

Lebih-lebih lagi tikus kecil seperti aku yang telah diberi makan secukupnya, dibelai dan dibekalkan dengan segala benda yang seorang kanak-kanak ingini. Bukan kah seorang kanak-kanak jika cukup makan dan pakainya harus berterima kasih dan melakukan apa yang diarah oleh ibunya.

Mungkin apabila dinoda tanpa rela, seekor tikus boleh menjadi seekor kucing liar. 

Ataupun harimau.

Renjatan elekrik yang mengalir di dalam tubuh aku kerana cubaan meloloskan diri daripada penjara durjana itu menyebabkan aku terlantar selama 3 minggu. Tembakan yang hampir membunuh aku tidak memainkan peranan sangat dalam kesakitan aku. 

Apa yang terjadi selepas aku terkena renjatan elektrik yang menambahkan parah aku. Doktor memberitahu, apabila aku tercampak ke dalam air kolam renang, aku sebenarnya mati selama beberapa lama.

Itu adalah cerita yang disampaikan oleh doktor yang merawat aku. Aku hanya mendengar, mengangguk-angguk lemah, walaupun otak aku tidak dapat menerima penerangan doktor itu sepenuhnya. Terutama apabila doktor menerangkan bagaimana aku telah mati dan hidup kembali.

Mati? Bukankah maksud mati seseorang manusia sudah tidak bernyawa lagi? Bukankah aku diselamatkan, pengsan dan kini aku terjaga? Adakah doktor ini menggunakan mati sebagai maksud pengsan?

Kedua-dua doktor dan Ibu duduk di sebelah katil aku apabila mereka menceritakan fakta yang baru ini. Doktor itu dengan suara perlahan dan dengan Ibu memegang tangan aku menceritakan yang semasa aku pengsan, aku sebenarnya telah mati. Jantung aku tidak berfungsi dan aku tiada nafas atau nadi. Malahan, doktor telah datang 3 minit setelah aku dikeluarkan dari dalam kolam kemudian dan telah mengumumkan aku telah mati. Dia berada di dalam satu bilik di atas rumah agam itu dan dipanggil turun oleh Haji Judi.

Satu-satunya sebab doktor, Ibu dan Haji Judi tidak terus menanam aku adalah kerana mereka terkedu dan mungkin juga takut dengan apa yang terjadi. Mereka berdebat sesama mereka bagaimana mereka hendak membuang mayat aku.

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now