Balas Dendam - Part 20

1.3K 8 2
                                    

"Memang aku curiga mana kau belajar macamana nak siksa orang. Tadi kau kata kau bunuh dia, sekarang kau bercerita tentang macamana kau menyiksa dia pulak. Mana satu ni? Ye ke kau bunuh orang yang bernama Haji Judi ni? Ibu kau pulak tu macamana? Dia betul ke Ibu Ayam?" aku cuba memahami Bilis yang pada awalnya aku dapat merasakan seorang yang mempunyai masalah yang sama dengan aku.

Bilis menarik asap rokok yang dipegangnya ke rongga paru-parunya dalam-dalam. Dia menghembus asap rokok keluar dan mematikan puntung rokok yang dipegangnya.

Hari telah lama gelap. Nampaknya hujan bakal turun membasahi bumi Bangsar. Bangsar ni dikatakan sebagai pusat bandar Kuala Lumpur untuk sesetengah orang. Ia adalah bahagian Kuala Lumpur yang didiami oleh golongan elit.

Mungkin ramai yang lupa Bangsar mempunyai beberapa bahagian. Ia mempunyai kawasan komersil, kawasan rumah kedai, kilang dan kediaman. Ia tetap mempunyai peminta sedekah yang dikatakan kaya raya kerana sikap pemurah rakyat Malaysia, pasar malam yang dikunjungi oleh warga Bangsar dan orang luar, food court yang mempunyai ayam goreng dan nasi kukus terkenal dan kedai kaki lima yang menjual daripada kueh mueh sehingga lah kari kepala ikan.

Semua ada di Republik Bangsar.

Di sekeliling kami ramai warga kota berjalan dengan laju. Samada mereka ingin mengelak daripada dibasahi hujan yang bakal turun atau mereka sudah lewat sampai ke destinasi mereka. Daripada sudut yang kami huni di Coffee Bean itu kami boleh lihat kereta mewah datang dan pergi di pintu depan Bangsar Village II itu. Parkir valet yang menggunakan tepian mall itu penuh dengan Porsche Cayenne, Bentley, Mini, BMW dan Mercedes. Terdapat 3 kereta biasa dikapit oleh kereta-kereta mewah ini.

"Aku nak ajak kau naik kereta aku, kita drive ambik angin sambil kau sambung cerita kau tetapi hari nak hujan dah ni. Kita lepak je lah sini. Nanti mudah aku nak tunjuk kau sesuatu. Cerita kau ni memang memenuhi tema soalan aku. Aku yang nak tahu apa yang kau anggap kejam kan? Walaupun cerita kau ni tentang bagaimana nak kejam secara fizikal, bila kau dah habis cerita kau ni aku nak cerita pulak tentang bagaimana nak jadi kejam tanpa perlu melakukan apa-apa yang fizikal. Kau cerita dulu. Aku tak perlu nak ke mana-mana. Kau okay kan? Nak kopi lagi?"

Apabila Bilis menggelengkan kepalanya, aku terus bangun dan pergi ke kaunter di dalam Coffee Bean untuk mengambil air sejuk yang dihidang di dalam satu thermos. Aku isi gelas plastik yang disediakan di sebelah thermos itu dan kembali ke meja kami.

Aku dah bersedia untuk lepak lagi seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain.

Aku angguk dan Bilis memulakan kembali ceritanya.

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now